BBB, 17 Zulhijjah 1433 = 02 November 2012 (Jumaat):
Sudah lebih dari 10 hari aduan air terputus, setakat ini tidak diterima dari Kajang Utama. Mungkin boleh dibuat kesimpulan bahawa pihak Syabas dan Kontrektor Indah Water mengambil perhatian serius terhadap aduan ketiadaan air sejak beberapa kali sebelum itu menyebabkan Adun Bangi terpaksa turun menemui pihak-pihak berkenaan dan membuat lawatan ke lokasi yang menyebabkan berlakunya kebocoran air dan terganggunya bekalan kepada penduduk di beberapa bahagian di Kajang Utama – terutamanya Seksyen Satu dan Dua Kajang Utama.
Perkara ini bermula apabila pihak Indah Water mau meningkatkan loji Indah Water bersebelahan perumahan Town House di sini. Ini melibatkan pembesaran saluran dan penggalian bagi menggantikan saluran kepada yang lebih besar. Pihak Indah Water pada permulaan, iaitu sejak awal 2011 bimbang pihak penduduk membantah peningkatan loji di kawasan mereka. Loji ini bukan saja menampung khidmat bagi kawasan Kajang Utama, tetapi sebahagian dari kawasan Kajang. Untuk mendapat persetujuan penduduk pihak Indah Water terpaksa mendekati pemimpin setempat seperti mengadakan pertemuan dan jamuan - termasuk menjemput Adun Bangi. Al-hamdulillah akhirnya penduduk bersetuju dengan syarat tidak mengganggu lalulintas, air dan bekalan api.
Kerja-kerja penaikan taraf telah berjalan sejak dari itu dan dijangka penggalian dan penyambungan tinggal lebih kurang 30 meter lagi ke loji utama. Namun akhir-akhir ini penduduk sering mengalami gangguan air. Paip pecah dikatakan sudah 4 kali berlaku dan bila berlaku mengganggu bekalan air kepada penduduk dan paip pecah pada awal November disifatkan sebagai serius. Gangguan sehingga 6 jam. Adun Bangi turut menerima aduan. Difahamkan lebih daripada 26 aduan diterima. Ini membawa kepada pertemuan yang diadakan pada hari ini 2 November yang membawa Adun datang ke Pejabat Operasi Indah Water. Turut sama hadir ialah Encik Muhammad Fakhru & Encik Fakaruddin bin Amat dari Syabas, Cik Nordiana bt. Abdullah Engineer Operasi En. Sivalingam Shanmugam dari Persatuan Penduduk Kajang Utama, saudara Abu Bakar, En. Ibrahim Martibi Ketua Rukun Tetangga, Jr. T. Poovarajah Resident Engineer, Taman Kajang Utama, Encik Ambi bin Hussain, Encik Mohamad bin Rashid dan Encik Mokhtar bin Basafuddin yang mereka dari persatuan penduduk, Syabas dan kontraktor bagi Indah Water.
Keadaan menjadi kritikal apabila ketiadaan air berlaku mejelang Hari Raya Eidul Adhha dan pekerja-pekerja dari Syabas dan Indah Water tidak bekerja. Adalah difahamkan sebelum bercuti mereka membuat penahan paip agar tanah tidak bergerak dan paip tidak pecah, tetapi yang terjadi sebaliknya, iaitu paip pecah dan tindakan membaiki tidak diatasi segera, kerana pekerja bercuti. Sepatutnya mesti ada pekerja incharge 24 jam , walaupun masa cuti. Nampaknya merela tidak pentingkan penduduk, tetapi lebih pentingkan pekerja.. Difahamkan bila air memenuhi ruang yang digali, perlu disedut air terlebih dahulu bagi kerja-kerja penyambungan, sebab itu berlaku kelewatan dari segi pemulihan. Sepatutnya bila air terganggu melebihi 6 jam pihak Syabas mesti menghantar bantuan air melalui lori tangki.
Pertemuan hari ini mengambil keputusan:
- Pastikan penahan tanah tidak bergerak dan paip tidak pecah
- Paip yang rosak mesti segera dibaiki oleh Syabas
- Dalam keadaan kritikal hantaran air perlu dilakukan
- PRO perlu berkhidmat 24 jam dan boleh dihubungi
- Air yang melimpah perlu dipump
- Pemulihan air secara menyeluruh kepada penduduk
- Keutamaan hendaklah diberi kepada penduduk
- Jangan rosakkan kepercayaan dan hubungan baik dengan penduduk.
Sementara itu di Kajang Utama – Kawasan Kajang Dua pembangunan perumahan berlaku dengan pesat. Pokok sudah tiada. Bila hujan air segera turun dari kawasan gondol dan berbukit turun ke tambakan landasan keretapi. Difahamkan kawasan tadahan di situ tidak diselenggara menyebabkan takungan air cetek dan tadahan tidak berlaku dengan sempurna dari air berlumpur mengalir keluar dari terowong dan membanjiri Jalan Reko seperti berlaku mutakhir pada 01 November dan berkali-kali sebelumnya. Pada hari ini 01 November air di atas jalan Reko atas paras lutut dan sebahagian kenderaan tak dapat merentasi dan ada yang rosak. Kita berharap pihak Pemaju Anak Syarikat Metro dan MPKj dapat memberi perhatian mengatasi masalah kesan dari pembangunan yang menyukarkan orang ramai.
Sekian.
semalam hujan lebat selama 30min, jalan reko tenggelam lagi. harapan agar ada penyelesaian. terima kasih tuan
ReplyDelete