November 8, 2012

Sumbangan Kepada Masyarakat India Di Taman Bangi Permai Menyambut Deepavali

BBB, 22 Zulhijjah 1433 = 07 November 2012 (Rabu):

Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Adun Bangi mengeluarkan peruntukan bagi kaum India menyambut Deepavali yang jatuhnya pada 13 November 2012 (Selasa). Setakat ini kerajaan negeri melalui Y.B. Dr. Xavier Jayakumar Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin telah menghantar keperluan-keperluan masyarakat India bagi menyambut Deepavali. Pejabat Adun Bangi dan Adun yang lain setakat ini menerima hantaran barang-barang keperluan seperti:


Beras, bihun kering, Tepung Maruku, Serbuk Kari Ikan/Ayam dan minyak masak. Barang-barang ini akan disampaikan kepada masyarakat India sebelum tibanya Hari Deepavali. Beberapa tempat dijangka Adun akan turun menyampaikan sumbangan seperti di West Country, Taman Zamrud, Kajang Utama dan Kajang Raya.

Sementara itu pada 4 November 2012 (Ahad) telah diadakan gotong royong anjuran Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga dan MPKj dan Adun turun selepas gotong royong menyampaikan bahan-bahan keperluan sambutan Deepavali kepada penduduk di Taman Bangi Permai, Pekan Bangi. Hadir ke Majlis Gotong Royong dan Penyampaian sumbangan ialah Tuan Haji Shafie Ngah dan Haji Mazwan Johar yang kedua-duanya Ahli MPKj, saudara Hari Krishnan Ketua Antara Kaum, Encik Mahendran Ketua Komuniti di Taman Bangi Permai. Wakil Penduduk En. Mahendran menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu dan Tamil mengucapkan terima kasih kerana diadakan Majlis Sumbangan Bagi Persediaan Deepavali. Tuan Haji Mazwan memaklumkan bahawa pada sebelah pagi tadi diadakan gotong royong bersama penduduk yang pada masa gotong royong tersebut YDP MPKj sendiri Dato` Hasana Nawawi turut sama hadir. Manakala Ustaz Shafie Ngah menyebut bahawa Kerajaan Negeri banyak sayang pada rakyat, sebab itu berbagai bantuan disampaikan pada rakyat termasuk apa yang dilakukan pada hari ini, manakala MPKj juga prihatin dengan masalah penduduk.


Manakala Adun Bangi dalam ucapan sebelum menyampaikan sumbangan menyebut bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat memberi perhatian kepada semua kaum. Kita turun menemui rakyat dan menyampaikan sumbangan dan selamat menyambut menyambut Deepavali, kita juga ucap selamat Tahun Baru Cina, bila tiba Tahun Baru Cina, begitu juga kita ucapkan selamat menyambut Eidul Fitri bila tiba Raya Eidul Fitri. Pada hari ini Adun membawa peruntukan yang berupa bahan-bahan bagi penduduk India menyambut Hari Deepavali. Peruntukan adalah berjumlah untuk 200 orang. Kata Adun kami akan turun lagi ke beberapa tempat yang lain.


Adun Bangi menyebut, bahawa ini adalah sebahagian dari bantuan. Banyak lagi bantuan yang diberi oleh kerajaan seperti air percuma, skim warga emas, Jom Shopping, tawas, bantuan anak masuk universiti, Si Kembar, bantuan anak sekolah miskin, bantuan anak ke tadika. Di Pekan Bangi ini juga kita menyampaikan bantuan kepada tiga kuil di sini setiap tahun, di samping kita menyampaikan bantuan kepada Sekolah Tamil di sini.Kita juga membaiki jalan-jalan utama dan Taman, begitu juga membaiki longkang seperti yang baru siap dibaiki.


Adun mengingatkan bantuan-bantuan dan pembaikan seperti di atas tidak diberi oleh kerajaan selain dari Pakatan Rakyat sebelum ini. Oleh itu bagi mengekalkan bantuan seperti ini pada masa akan datang, kita berharap kata Adun Bangi, rakyat dari kaum India di sini akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Selepas Majlis Ucapan Adun Bangi bersama Ustaz Shafie Ngah, Tuan Haji Mazwan dibantu oleh En. Mahendran menyampaikan bantuan kepada 200 penduduk Bangi Permai.

Sekian.

No comments:

Post a Comment