Ketika pulang dari Kajang Utama ke Bandar Baru Bangi,
penulis bersama teman memilih Jalan Silk dan membelok ke kiri berdepan tol ke
Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Bila membelok ke kiri kami masuk melalui Taman
yang dikenali sebagai.
`Taman Impian Kajang, Bandar Baru Bangi !``
Teman menimbulkan persoalan, ``Taman ini memang mengelirukan
!`
`Mengapa ?` tanya
penulis
``Dah Impian Kajang, mengapa Bandar Baru Bangi ?``
Kalau Impian, Kajang, sepatutnya di Kajang, jawab teman.
`Ya ! Kalau sudah di Bangi, mengapa tidak dinamakan `Impian
Bangi saja !`
``Ia juga,` kata penulis dan menambah, ``Namanya cantik dan
sesuai dengan Bangi yang menjadi rebutan orang untuk dihuni dan amat sesuai
dinamakan `Impian Bangi`.
Sebenarnya kekeliruan bukan saja setakat `Impian Kajang`,
tetapi penggunaan istilah impian itu sendiri. Oleh kerana istilah indah, maka
banyak tempat, khususnya taman perumahan menggunakan atau menamakan taman
mereka dengan nama Impian dan tambahan kata yang lain. Contoh: Impian Ehsan,
Kajang Impian, Impian Kajang, Impian Putera. Oleh kerana terlampau banyak
tempat menggunakan istilah `Impian` kadang-kadang menimbulkan kekeliruan.
Misalnya untuk pergi jemputan kahwin ke Kajang Impian terpergi ke Impian Kajang.
Untuk pergi ke Impian Putera orang mencari tempatnya di Putrajaya. Bayangkan
berapa banyak masa dan tenaga terpaksa digunakan bila berlaku kekeliruan.
Kata kawan, ``Penggunaan kalimah `Impian` ini menandakan
orang kita suka sangat berimpi, berangan-angan, berkhayalan. Sebab itu
penggunaan istilah ini kepada taman-taman perlu dikawal. Dengan pengawalan
tidak menimbulkan kekeliruan dan sebenarnya bila tidak banyak menggunakan, maka
menyerlahkan keindahan tempat yang tak banyak menggunakannya.
Sebenarnya penggunaan nama secara terkawal perlu juga
dilihat dari segi lokasinya agar tidak bercampur aduk seperti Impian Kajang,
Bandar Baru Bangi. Dengan kedudukannya di Bangi, maka tidak seharusnya
digunakan, jika pun hendak digunakan, maka hendaklah Impian Bangi, Bandar Baru
Bangi.
Kekeliruan dari segi lokasi berlaku misalnya, Taman Intan,
Kajang, pada kawasan kelilingnya, misalnya Taman Melor, Bangi, West Country,
Seksyen 5 Bangi, mengapa Taman Intan diletak di bawah Kajang ?
Lebih mencelarukan lagi Bandar-Bandar Seri Putera
beralamatkan Bangi di bawah Poskod 43,650, begitulah juga Bandar Bukit Mahkota
seharusnya beralamat Bangi.
Kita pernah mencadangkan kawasan seperti Bandar Seri Putera
dan Bukit Mahkota sebagai Bangi 2, sebagaimana Kajang ada Kajang Duanya.
Penentuan lokasi sedemikian adalah wajar, kerana Bangi adalah menjadi Pusat
Pentadbiran Hulu Langat. Semua Pejabat Pentadbiran Hulu Langat berada di sini,
kecuali Majlis Perbandaran.
No comments:
Post a Comment