February 21, 2013

Takziah atas Pemergian Ketua Ulama Serdang 21 Feb 2013

Adun Bangi dan petugas Pejabat Adun mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ust Basir bin Alias yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.


Allahyarham merupakan Ketua Ulama' PAS Serdang dan pernah memegang Jawatan sebagai Nazir Masjid As-Solihin Teras Jernang.


Diberitakan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Merab.

Berkumpul sebelum Asar di Masjid Hasanah untuk Solat Jenazah. Lebihkurang 1000 para jemaah menghadiri solat jenazah.


Turut hadir President Pas Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang semasa pengkebumian.


Diucapkan keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian ini dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Amin.

Al-Fatihah.

1 comment:

  1. التعزية
    انّا لله و انّا الیهی راجیعون
    أعْظَمَ اللهُ أجْرَكَ وأحْسَنَ عَزَاءَكَ وغَفَرَ لِمَيِّتِكَ

    ReplyDelete