BBB, 16 Rabiul Akhir 1434 = 26 Februari 2013 (Selasa):
Kehadiran Trailer Kempen Jelajah Pas di Jalan Permukaan
masuk ke Pasar Malam Selasa, Seksyen 16 di sini jam 5.30 petang ini mengejut dan
mengexcitedkan pengunjung Pasar Selasa di sini. Trailer panjang mempunyai 5
baris tayar membuka tepinya secara hydrolic serentak membuka ruang pentas untuk
tempat ceramah. Trailer juga mempunyai peralatan canggih untuk ceramah dengan
bahagian atas sebagai bumbung untuk melindung penceramah dari hujan. Kebetulan
pada petang ini hari hujan. Walau bagaimana tidak menghalang orang ramai
mendekati dan setengah memandang dari jauh secara thrill terhadap kecanggihan
peralatan Kempen Jalanan Pas yang berlatarbelakang tiga pemimpin utama Pakatan
(Sebagai postar besar di tengah trailer), iaitu YB Dato` Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, YB Dato` Seri Haji Abdul Hadi Awang Presiden
Pas dan YB Lim Guan Eng Setiausaha DAP. Di Sebelah mereka terpampang Slogan
Negara Berkebajikan. Sebelum daripada itu trailer ini bertolak dari Kampung
Pandan dan singgah di Bandar Baru Bangi
dalam rangka menjelajah ke Sepang sebelum besok bertolak ke Seremban. Perjalanan
adalah sebagai publisiti yang menarik perhatian mereka yang memandang sekaligus
merasa haibat terhadap kecanggihan kenderaan dan kerapian persediaan. Tiba ke
BBB trailer singgah di Bilik Gerakan, Jubli Perak, Seksyen 4, BBB. Setelah
berada di sini lebih kurang 15 minit trailer yang didahului konvoi motorsikal
berkuasa tinggi itu menghala ke Pasar Malam Selasa, di Seksyen 16 di sini. Adun
bersama saudara Azizi dan Amir di dalam kenderaan Hilux yang mengiringi trailer
dari Seksyen 4 Tambahan, memintas sebelum trailer tiba dan menyambut ketibaan
trailer.
Trailer Pas ini adalah merupakan salah satu dari tiga
trailer Pakatan Rakyat, satu trailer DAP (datang ke Taman Seroja pada 23
Februari lepas) dan sebuah lagi trailer Keadilan Rakyat, yang khabarnya diorder
jenis `CinoTruk` dan diubahsuai di tempat yang sama. Dimaklumkan belanja
renovet bagi trailer Pas ini memakan perbelanjaan sebanyak RM100,000. Tidak
termasuk harga trailer. Trailer-trailer ini bergerak menjelajah Malaysia dengan kehadiran pemimpin-pemimpin dari
Pakatan Rakyat ke seluruh Malaysia .
Kempen jelajah seumpama ini misalnya diguna oleh Obama dalam kempen
pilihanrayanya dan bergerak menjalajah Amerika dengan menggunakan bas
berkonvoi.
Trailer yang diparking di jalan permukaan masuk ke pasar
malam berdekatan dengan Stesyen Minyak Shell itu mula menggerakkan dinding
secara hydrolic itu dan terbuka sebagai pentas dan tangga yang tersedia
disandar ke bahagian kiri dan alat pembesar suara dipasang setelah diuji
ternyata mengeluarkan bunyi yang baik. Adun, Ustaz Shafie dan Abang Ahmad Kerdi
berada di atas pentas. Orang ramai di bawah makin ramai yang mendekati dan
ramai yang mengambil gambar trailer dan bergambar kenang-kenangan berlatar
belakangkan trailer. Masa yang dihadkan bagi persinggahan di sini hanya lebih
kurang satu jam sahaja. Trailer Berpentas ini mula berfungsi di Bangi sebagai
Pentas Kempen Jelajah dengan Adun dijemput Abang Ahmad Kerdi bagi menyampaikan
ceramarah pendek. Adun memulakan ceramah, bahawa media adalah satu mekanisma
berpengaruh di dalam menyampaikan maklumat. Contoh Tv, radia dan akhbar-akhbar.
Malangnya maklumat-maklumat di atas dikawal oleh pihak pemerintah dan tidak diberi
peluang langsung kepada pihak Pakatan Rakyat menggunakannya. Bukan saja tidak
diberi peluang, tetapi mereka menggunakan Media Berpengaruh bagi menyerang Pakatan
dan memanipulasi maklumat tentang Pakatan bagi mengelirukan rakyat. Kita
mempunyai mekanisme media secara terhad seperti Harakah dan Selangor kini di
samping internate, sebab itu kita terpaksa menyediakan mekanisme maklumat
alternative. Mengadakan Trailer Kempen Jelajah oleh Pakatan Rakyat ini adalah
idea yang kreatif dan baik, bukan saja mengejut,hebat dan tertarik oleh
tuan-tuan dan puan-puan, saudara saudari sekalian, tetapi lebih mengejut dan
menakutkan pihak BN. Trailer Kempen Jelajah ini bukan saja canggih dari segi
bentuk, tetapi menampilkan kehebatan Pas dan Pakatan Rakyat di mana saja
trailer bergerak. Saya percaya saudara-saudari pada petang ini dikejutkan dan
merasa excited dengan kehadiran trailer ini pada petang ini. Penjelajahannya
adalah sebagai publisiti dan penghebahan kepada khalayak masyarakat. Trailer
ini dengan persediaannya memudahkan tempat dan peralatan kempen, tidak perlu
kepada khemah dan pentas, kerana keperluan ini tersedia pada trailer ini. Ianya
berhenti dan terus bersedia untuk diguna sebagai pentas sebagaimana tuan puan
saksikan pada petang ini. Lebih hebat jika pentas ini digunakan dengan
kehadiran pemimpin-pemimpin tertinggi dari Pakatan Rakyat menyampaikan ceramah.
Dalam kesempatan berucap ini Adun juga menyentuh dengan kemajuan ekonomi negeri
Selangor yang mengatasi negeri-negeri lain dengan menampikan statistic oleh
MIDA mengenai penanaman modal di Selangor bagi 2012 (RM 48 bilion) mengatasi
saingan kedua Sarawak (RM40 bilion). Adun juga memaklumkan berbagai skim yang ditawarkan
kepada rakyat negeri Selangor – termasuk dua skim terbaru, iaitu Skim Ibu
Tunggal dan Skim Mempelai pertama kali mendirikan rumah tangga. Ustaz Shafie
Ngah selaku pencermah ringkas kedua bercakap tentang hasrat Pakatan Rakyat
menguasai Putrajaya dan mengekalkan kemenangan di Selangor. Sebagai identitinya
sebagaimana di dalam beberapa ceramah lepasnya beliau mengajak hadirin
menyanyikan dua ungkapan, ``Ubah-Ubah Ke
Putrajaya` dan `Kekal-Kekal Pakatan di Selangor !``
Selepas dari ucapan hadirin dibenarkan naik ke Pentas Trailer dan ramai yang mengambil kesempatan naik ke pentas dan bergambar bersendirian, berkumpulan termasuk bersama pemimpin-pemimpin tempatan bagi mengabadikan kenangan dengan kehadiran Trailer Kempen Jelajah di Bandar Baru Bangi ini. Oleh kerana kehadiran Trailer Kempen Jelajah ini ke Bangi secara singgah sekejap, dalam perjalanan menuju ke Sepang bagi memenuhi program di sana, maka sebelum tiba Maghrib, trailer bergerak membelah senja dengan didahului pasukan bermotor Kuasa Tinggi ARC dan kenderaan-kenderaan yang lain.
Sekian.
No comments:
Post a Comment