Pangsung, Hulu Langat, 07 Rabiul Akhir 1434 = 17 Februari
2013 (Ahad):
Adun diminta merasmikan penutup Kursus Jenazah yang
dianjurkan oleh Surau Al-Muhajirin yang berlangsung selama tiga hari mulai
Jumaat 15 Februari lepas. Kursus bertempat di Kem Nor, Pangsung Hulu Langat.
Peserta adalah dari ahli jamaah Surau Al-Muhajirin, Kajang Utama, iaitu seramai
10 orang.
Adun bertolak bersama saudara Azizi dari Bangi jam 11.00
pagi dan tiba jam 12.00 tengahari sebagaimana dijanjikan. Adun disambut oleh
Tuan Haji Ramli Penyampai Kursus dan Wakil Haji Azhar Pengerusi Surau
Al-Muhajirin, Haji Sanusi yang Haji Azhar terpaksa pulang segera, kerana ada
urusan mustahak.
Dalam Majlis Perasmian Penutup Adun diberitahu oleh Haji
Sanusi, bahawa tujuan kursus diadakan bagi menyediakan pasukan mengurus jenazah
di Surau Al-Muhajirin agar tidak perlu jemput pengurus yang lain. Pembimbing
kursus Tuan Haji Ramli adalah dari Masjid Bandar Muazzam Kuantan. Beliau
berpengalaman di dalam pengurusan jenazah.
Menurut Tuan Haji Ramli hari pertama kursus lebih pada
membicarakan soal hukum hakam fiqhiyyah, misalnya soal air jenis-jenia air,
bahan-bahan yang diperlukan di dalam mengurus jenazah, pengukuran dan
alat-alat. Manakala pada hari kedua lebih membicarakan tentang pembacaan dan
solat jenazah itu sendiri. Pada hari ini juga dibicarakan tentang mayat dan
jenis-jenis mayat yang biasa, yang berpenyakit, yang kemalangan dan mayat yang
uzur kerana kelamaan masa. Pada akhir hari kedua dan ketiga lebih kepada
praktikal.
Adun di dalam ucapannya memuji pihak Surau Al-Muhajirin yang
mengambil inisiatif mengadakan Kursus Mengendalikan jenazah. Kursus ini penting
bagi kemudahan ahli kariah yang menghadapi kematian keluarga dan kemudahan bagi
penduduk setempat. Kematian adalah kemestian yang ditempuhi oleh setiap yang
bernyawa. Persediaan terutama bagi kita sebaik mungkin. Ianya tahap perjalanan
hidup terakhir selepas kelahiran, perkahwinan dan kematian. Allah berfirman
bermaksud’ Apabila tiba ajal mereka itu, maka tidak akan diawal atau
ditakhirkan. Kesempurnan pengurusan adalah bergantung kepada pesediaan dan
kemahiran mereka yang menguruskan jenazah. Dalam pelayaran terakhir kembali
kepada Allah hendaknya diurus dengan sempurna dan bersih serta suci.
Pada masa penutupan Adun menyaksikan sendiri kursus pada
peringkat praktikal, seorang peserta paling muda (Semua peserta lelaki) – Ada
keluarga perempuan ahli turut hadir, dijadikan model menyempurnakan kursus dari
segi kafan dan cara meletakkan mayat dan sebagainya. Pada masa itu juga berbau
gaharu dan airmawar yang disediakan sebagai betul-betul berlaku kematian. Semua
alat yang digunakan disedekah oleh Haji Ramli kepada Surau Al-Muhajirin.
Selepas ucapan perasmian Adun menyampaikan ijazah sijil yang
telah disediakan kepada setiap seorang dari peserta.
Berikut dari itu sebelum pulang, kami sama menyertai jamuan
tengahari sebagai berakhirnya kursus.
Sekian.
No comments:
Post a Comment