February 21, 2013

Hi-Tea Perhimpunan Rakyat Di Padang Taman Putera, Bangi


Taman Putera, 6 Rabiul Akhir 1434 = 17 Februari 2013 (Ahad):

Perhimpunan adalah sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Program adalah diatur oleh Pejabat Adun Bangi dengan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Kawasan Parlimen Serdang dan Kawasan Serdang. Pertemuan adalah bermula dari jam 5.00 petang.


Pada petang itu sebelum jam 5.00 khemah disediakan dan padang sudah penuh dan dibanjiri hadirin yang terdiri dari berbagai kaum, tapi didominasi oleh kaum Cina, sesuai dengan Majlis Tahun Baru Cina. Mereka bukan setakat dari Taman Putera, tetapi dari berbagai Taman di Kajang Mewah dan berdekatan Sungai Chua yang terletak di bawah Dun Bangi. Adun tiba bersama saudara Azizi jam 5.00 petang sebagaimana ditentukan.
Kami disambut oleh AJK setempat yang menjayakan perhimpunan. Walau bagaimana YB. Teo sedikit lewat. Untuk menjimatkan masa, maka jamuan rakyat dimulakan yang menunya antaranya sate Kajang, karipap, mee goring dan apam balik. Sebagaimana ianya adalah jamuan rakyat, maka masing-masing mendapatkan makanan dan duduk dikerusi atau di mana saja menurut keselesaan. Walaupun makanan yang disediakan amat sederhana, tetapi keceriaan terbayang diwajah yang hadir yang kebanyakan sudah berumur. Warga emas yang datang adalah sengaja dijemput bagi meraikan mereka dan bagi menyampaikan bantuan. Manakala sebahagian yang hadir adalah dari kalangan kanak-kanak, mereka bagaikan tahu ada peruntukan ang pau kepada mereka.



Oleh kerana YB. Teo masih belum tiba dan masa bergerak pantas, maka Adun bersama YDP Pas Serdang yang juga Ahli MPKj buat keputusan untuk memulai upacara. Bermula dengan ucapan Ustaz Shafie yang mengalu-ngalukan semua yang hadir dan mengucapkan Go Xi Fa Cai. Beliau berharap semua sihat dan gembira menyambut Tahun Baru Cina – Tahun Ular Air dan bertanya mereka. Sokong Pakatan Rakyat !  Semua menjawab, Sokong !



Adun Bangi juga berucap ringkas memaklumkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat menyambut semua Perayaan Budaya semua kaum dan memberi peruntukan RM40,000 bagi satu Dun bagi menyambut Maulidur Rasul, Ponggal dan Tahun Baru Cina. Tapi paling istimewa. Satu peruntukan khas ditambah sebanyak RM15,000 bagi Tahun Baru Cina. Sebahagian besar dari peruntukan ini kita gunakan pada hari ini. Kita akan adakan lagi dua siri sambutan ini di dua tempat lain di Dun Bangi. Adun juga menyebut beberapa program di bawah MES yang dilaksanakan seperti air percuma, skim warga emas, Tawas, Si Kembar, Tunas, pemeriksaan kesihatan percuma, bantuan Sekolah aagama, cina dan Tamil dan berbagai lagi. Selangor di bawah Pakatan Rakyat lebih maju dan makmur. Adun juga bertanya, sokong Kerajaan Pakatan Rakyat ! Sokong ! Jawab mereka dan Gong Xi Fa Cai ! Sambil menunggu YB Teo yang mempunyai banyak program dan dalam perjalanan ke Taman Putera kami menyambung makan dan juga orang ramai. Kemudian membuat keputusan untuk edarkan bantuan kepada warga emas dan yang wajar dibantu. Mereka melibatkan semua kampong, tapi lebih ramai dari kalangan kaum Cina.
Penyampaian bantuan melibatkan 140 orang yang lebih merupakan ang pau. Penyampaian kepada mereka ini berjalan dengan baik. Untuk menyebut nama kaum Cina pemanggil dilakukan oleh orang Cina di samping Melayu oleh saudara Abu Bakar. Pada satu ketika penyampaian terpaksa diperlahan, bahkan dihentikan seketika untuk memberi peluang YB Teoh sama menyampaikan bantuan.



Bila YB Teoh tiba beliau terus berucap yang hampir keseluruhan dalam bahasa Cina. Adun nampak betapa perhatian diberi oleh warga-warga emas Cina terhadap ucapan YB Teo dan kadang-kadang mereka bertepuk. Berikutnya YB. Teoh menyampaikan bantuan terhadap warga emas terutama dari kalangan kaum Cina sehingga ke penyampaian terakhir.



Program terakhir ialah penyampaian ang pau kepada anak-anak. Mereka diminta beratur secara aman. Penyampaian serentak dilakukan. Anak-anak nampaknya begitu ramai yang hadir. Pada peringkat awal mereka dapat dikawal dengan baik, tetapi pada akhirnya mereka menyerbu dan bertolak-tolak ke belakang. Beberapa penyampaian ditangguh dan meminta anak-anak berbaris kembali. Penyampaian dilakukan sehingga peruntukan terakhir disampaikan.

Jam 7.00 petang semua beredar pulang.

Sekian.

No comments:

Post a Comment