Kajang, 12-13 Rabiul Akhir 1434 = 23 & 24 Februari 2013
(Sabtu & Ahad):
Sebagaimana Sambutan Raya
Eidul Fitri bagi masyarakat umat Islam di Selangor memakan masa selama
sebulan, nampaknya budaya ini juga mempengaruhi masyarakat kaum lain di
Selangor. Misalnya Sambutan Tahun Baru Cina juga disambut sehingga sebulan juga
lamanya. Pada asalnya sambutan pada peringkat Dun Bangi hendak diadakan sekali
sahaja, tetapi Adun Bangi mencadangkan agar tiga kali sambutan di adakan di
tempat-tempat berlainan agar sambutan lebih meluas dan pihak Adun juga Ahli
Parlimen dapat menemui dan bermesra dengan rakyat lebih kerap dan lebih ramai.
Sebab itu tarikh dan tempat dicadangkan ialah:
1) Pada
Ahad 17 Februari diadakan di Taman Putera, Kajang Dun Bangi.
2) Pada
Sabtu 23 Februari diadakan di Taman Saroja, Jalan Reko, Kajang, Dun Bangi
3) Pada
Ahad 24 Februari diadakan di Taman Bukit Mewah Kajang, Dun Bangi.
Sambutan bagi siri pertama pada Ahad 17 Februari telah
dilaporkan betapa sambutan begitu meriah diberi oleh masyarakat.
Bagi siri kedua bertempat di Taman Saroja adalah lebih
istimewa, kerana pada sambutan ini pihak DAP menghantar Trailer Kempennya di
Taman Saroja sejak dari petang sambutan lagi. Yang lebih istimewa, pada
malamnya YB En. Lim Kit Siang Penasihat Umum Parti DAP yang juga Ahli Parlimen
Ipoh turun menyampaikan ucapan. Inilah kali kedua YB En. Lit Kit Siang ke Bangi.
Pertama YB. Lim Kit Siang datang ke Stadium Seksyen 15, pada awal kemenangan
Pakatan 2009 bersama YB. Dato` Seri Anwar Ibrahim dan YB. Tuan Guru Haji Abdul
Hadi Awang sempena sambutan Eidul Fitri di Dun Bangi.
Pada kesempatan kehadirannya YB. Encik Lim Kit Siang
antaranya menyebut bahawa hingga kini masih belum dapat dipastikan tarikh
pilihanraya. Perdana Menteri Dato` Seri Najib nampaknya teragak-agak dan
bimbang. Jangkaan Parlimen dibubar pada 22 Februari masih tidak menjadi
kenyataan. Najib adalah Perdana Menteri Terlama yang menjadi Pertdana Menteri
bukan secara pilihan langsung, tapi menerima dari Pak Lah. Biasanya mereka yang
menerima perlantikan sedemikian akan mengadakan pilihanraya dalam tempoh
setahun bagi menerima mandate dari rakyat, tapi tempoh Najib sudah empat tahun. Beliau takut-takut untuk
mengumumkan tarikh pilihanraya, kerana tidak yakin akan menang. Nampaknya
tempoh akan matang dengan sendiri. Beliau menyeru agar rakyat membuat perubahan
di dalam pilihanraya akan datang dengan menambahkan majority di Selangor dan
menguasai Putrajaya.
Sambutan Tahun Baru Cina Siri Kedua ini adalah sebagaimana
format sambutan bagi kali pertama dalam mana orang ramai dari berbagai kaum,
tetapi didominasi jumlah orang Cina, sesuai dengan Sambutan Tahun Baru Cina
berhimpun di bawah khemah yang disediakan di Taman Seroja. Majlis yang bermula
dari jam 5.00 petang itu dihadiri oleh Adun Bangi YB Dr. Shafie Abu Bakar, YB
Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Ustaz Shafie Ngah Ahli MPKj, En Mahendran
Ketua Rukun Tetangga, saudara Nathan dan sejumlah orang ramai lebih kurang 700
orang. Majlis bermula dengan jamuan menu dari nasi lemak, sate, karipap, apam
balik, mee. Ucapan-ucapan disampaikan oleh Ustaz Shafie Ngah yang mengajak
orang ramai menyanyi lagu ``Ubah-Ubah Sekarang`. Adun Bangi mennyebut tentang
prestasi negeri Selangor dari segi ekonomi dan berbagai skim tawaran yang
diberi kepada rakyat negeri Selangor termasuklah air percuma, warga emas, jom
shopping, Tawas dan sebagainya. Adun juga mengumumkan dua skim baru, iaitu Skim
Ibu Tunggal dan Insentif bagi mempelai yang berkahwin. Manakala YB. Teo Nie
Chin berucap di dalam bahasa Manderin yang meminta orang ramai terus memberi
sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang telah berjaya banyak membawa
perubahan bagi kebaikan rakyat. Puncak dari sambutan ialah penyampaian bantuan
kepada sejumlah 80 warga emas diikuti dengan penyampaian ang pau kepada
anak-anak.
Pada malamnya selain dari ucapan oleh YB En. Lim Kit Siang
turut berucapa Ustaz Shafie Ngah yang juga membawa lagi `Ubah-Ubah Sekarang,
Adun Bangi menceritakan kerjasama sebagaimana Pakatan Sekarang telah bermula di
Kajang sejak pilihanraya 1999 dalam mana calon Pas diberi mandate yang jumlah
pengundi Melayu dan bukan Melayu lebih kurang sama jumlahnya dan kemenangan
diberi kepada calon Pas. Demikian dalam pilihanraya 2004 pengundi di Bangi
memeberi majority tertinggi antara Dun-Dun di Selangor dan Adun Bangi
mengharapkan pengundi terus memberi sokongan dengan jumlah majority yang lebih
besar. YB Teo juga bercakap dalam bahasa Manderin yang juga meminta pengundi
terus memberi sokongan.
Sambutan Tahun Baru Cina siri terakhir bertempat di Bukit
Mewah adalah menurut format yang sama. Cuma masa bermula agak sedikit lewat,
iaitu jam 6.00 petang. Pada petang ini hujan turun renyai-renyai. Walau macam
mana tidak menghalang dari kehadiran pengunjung yang melebihi 1,000 orang. Pada
petang ada sedikit perbezaan dalam mana pengunjung dihibur dengan Tarian Singa
dan pertunjukan senam robik dari sebuah kelab di sini. Susunan ucapan juga sama
sebagaimana siri kedua. Sesudah berucap jamuan rakyat bermula dengan menu yang
lebih kurang sama kecuali pada kali ini ada roti canai dan martabak yang
dibakar di tempat sambutan. Adun sendiri merai dan melayani warga-warga emas
makan semeja dengan Adun.
Selepas makan secara rakyat, penyampaian sumbangan dilakukan
oleh Adun Bangi dengan YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang yang jumlah
didaftarkan ialah 140 orang – teramai antara tiga siri. Kemdian diikuti dengan
penyampaian ang pau kepada anak-anak.
Setibanya Maghrib Adun memohon diri, sedang majlis
makan-makan diteruskan hingga jam 9.00 malam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment