February 10, 2013

Gong Xi Fa Cai: Dato` Menteri Besar Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya

-->
Cheras Selatan, Balakong, 28 Rabiul Awwal 1434 = 09 Februari 2013 (Sabtu):


Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor petang ini – jam 3.00 petang melancarkan Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2013 Peringkat Negeri Selangor bertempat di AEON Cheras Selatan, Balakong. Turut sama hadir ialah Exco-Exco YB. Xavier, YB. Rodhiah, Adun-Adun YB. Dr. Shafie Abu Bakar dan YB. Khasim Abdul Aziz, Ahli Parlimen Dr. Che Rusli Che Mat, Penolong Setiauasaha Kerajaan Negeri Selangor Tuan Haji Dato` Tarmidi, Pegawai Daerah Hulu Langat Dato` Mohd. Amin Mohd Ahya, Dato` Tan Kuang Fan Ketua Pengurus Jabatan Keselamatan Jalanraya Merangkap Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Jalan Raya, pegawai-pegawai jemputan dan orang ramai.


Dalam pelancarannya selepas doa dibacakanYAB Dato` Menteri Besar mengingatkan bahawa, dalam masa cuti Tahun Baru Cina pertambahan kenderaan di jalan raya berganda meningkat, terutama di jalan utama ke utara, ke selatan dan ke timur, sebab itu mereka yang memandu hendaklah berhat-hati di jalan raya. Jika mengantuk hendaklah berihat di stesyen-stesyen R & D yang disediakan. Pengguna jalan raya pesan YAB, ``Hendaklah sentiasa berhemat dan cermat.`` Bagi pengguna jalan raya YAB mengingatkan agar:

1)      Rancang perjalanan sebelum melakukannya
2)      Guna cermin bila membelok atau memintas
3)      Elak dari ekori kenderaan secara berterusan
4)      Jangan menggunakan telefon bimbit dalam perjalanan
5)      Beri jalan laluan bagi yang hendak memotong
6)      Kawal had laju
7)      Jangan potong garisan
8)      Memakai tali/topi kledar

YAB memberi ingatan utama kepada penunggang-penunggang motorsikal perlu lebih hati-hati, kerana mereka lebih banyak mengalami kemalangan dan kematian.
Kemudian dengan lafaz Bismillahir-Rhmanir-Rahim YAB merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya, diikuti dengan Gimik Perasmian dengan tembakan `Hujan Perada Warna Warni` berterbangan di udara dan antaranya jatuh di atas kepala. Diikuti dengan Tarian Singa berdepan dengan Tamu-Tamu Istimewa diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada YAB Dato` Menteri Besar oleh pihak Penganjur.


Selepas itu YAB dan tamu-tamu kehormat bergerak keluar ke hadapan Kompleks Bangunan AEON. Pada pintu masuk bangunan YAB Dato` Menteri Besar melakukan `Flag Off``  dengan memakaikan beberapa pemandu motorsikal yang single dan yang berbonceng dengan topi keledar dan pemberian risalah-risalah panduan dan barangan hadiah.



Memasuki kembali ke dalam bangunan, para tamu dihadiahkan dengan kotak-kotak limau yang berwarna emas. Di dalamnya terdapat dua biji limau sebagai lambang kemakmuran bagi Tahun ini yang dikenali dengan Tahun Ular. Para tamu juga dihadiahkan dengan beg barangan sebagai kenang-kenangan.


Kemudian YAB diiringi ke Sidang Akhbar dan minum teh. Majlis ringkas berakhir jam 4.30 petang.

Sekian.

No comments:

Post a Comment