February 11, 2013

Pusat Dakwah Serantau Laksana Tugas Murni Mengeluarkan Da`ie

-->
ILIM, BBB, 28 Rabiul Awwal 1434 = 09 Februari 2013 (Sabtu):

Sudah dua tahun (2010-2012) Pusat Dakwah Serantau (PDS) beroperasi di Kampus Sementaranya di Kompleks Darul Irshad (dulu dikenali dengan Markaz-Tarbiyyah Ath-Thaqafiyyah, Lot 4459 Jalan Masjid Haji Muhammad Amin, Sungai Merab Luar, 43,000 Kajang, Selangor). PDS adalah di bawah pentadbiran Yayasan Amal Malaysia, 127-2, Jalan SBC 1, Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.  Dalam masa dua tahun ini PDS di Sungai Merab telah mengeluarkan Graduan Da`ie pertamnaya (2011) seramai 20 orang yang kini sedang menjalankan tugas dakwah terutama di Sabah dan Sarawak. Pada hari ini diadakan konvokesyen Graduan Da`ienya bagi kali kedua bagi seramai 20 orang Graduannya bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bandar Baru Bangi.


Hadir bagi meraikan graduan bagi Majlis Konvokesyen kali ini ialah Dato` Dr. Haron Din selaku Pengerusi, Majlis Perunding PDS, Tuan Haji Husin bin Ismail Presiden Yayasan Amal Malaysia, Tuan Haji Jamaluddin Alias Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Ustaz Jamsari selaku Mudir PDS, Puan Siti Aishah Wakil dari ILIM, Tuan Kamarul Arifin CEO Affin Bank,, Wakil-Wakil dari JAIS-MAIS juga dari CIMB, para tamu, graduan dan jemputan-jemputan yang berjumlah lebih kurang 80 orang.


Majlis bermula dengan perarakan masuk Graduan PDS yang berjumlah 20 orang, diikuti dengan perarakan masuk Ybhg. Dato` Dr. Haron Din Selaku Pengerusi Majlis Perunding PDS, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan Amal dan Pegawai-pegawai PDS dan para tamu jemputan. Majlis bermula dengan nyanyian Lagu Negaraku beberapa Nasyid dari para Graduan dan pertunjukan multi-media.

Ucapan Utama disampaikan oleh Ybhg. Dato` Dr. Haron Din yang mengucap syabas di atas kejayaan PDS – Yayasan Amal Malaysia mengeluarkan Graduan bagi kali kedua, Para Graduan hendaknya tergolong dari kalangan mereka diturunkan hikmat dan ilmu pengetahuan dan mengamalkannya. Menurut Dato` Dr. Haron Din, tergolong di bawah Al-Hikmah ialah Ilmu yang memberi manfaat, As-Sunnah dan Al-Qur`anul Karim. Beliau percaya para Graduan telah berpeluang mengisi ketiga-tiga ilmu di dalam dada mereka untuk disampaikan apabila mereka pulang terutama bagi Graduan dari Sabah dan Sarawak. Mereka lebih faham dan mampu menyesuaikan penyampaian di lokasi-lokasi setempat. Mereka mahir dengan bahasa anak tempatan sebagaimana ditunjukkan dalam contoh pengajaran yang dilakunkan selepas penyampaian nasyid. Dato` Dr. Haron Din membawa contoh Pendakwah Uqbah bin Nafi` Pendakwah yang berjaya mendakwah pada permulaan perkembangan Islam. Adalah diharapkan para Graduan Da`ie di bawah pemantauan PDS dapat memperluaskan dakwah, bukan saja di Sabah dan Sarawak, bahkan di mana juga kemungkinan.


Selepas daripada itu Ybhg. Dato` Dr. Haron Din diiringi oleh Presiden dan Timbalan Presiden Amal Malaysia menyampaikan Sijil kepada Graduan seorang demi seorang dan puncaknya dikurniakan sijil Anugerah Yayasan Amal Malaysia kepada Graduan Cemerlang Abdullatif dan Anugerah Majlis Perunding PDS yang diberi kepada Pelajar
Yang Komited dengan keilmuan dan amalan ialah kepada saudara Abdul Majid. Selepas itu para graduan bergambar beramai-ramai dengan Dato` Dr. Haron Din dan para tetamu.


Dalam perbincangan adalah dimaklumi bahawa pihak Yayasan Amal Malaysia sedang berusaha membina Kampus Tetapnya di atas tanah seluas 5 ekar berhampiran dengan KLIA. Usaha sedang dilakukan bagi mendapat dana melalui derma dan penjualan tapak secara waqaf berharga RM50.00 bagi satu kaki persegi dan disumbangkan semula kepada Yayasan Amal Malaysia sebagai wakaf untuk tujuan pembangunan Pusat Dakwah Serantau. Derma boleh dimasukkan terus ke_

Bank Islam 1305-301-0005100
Maybank     5530-1012-2090
CIMB          1468-0000-19110-8
HSBC          001-057884-021
Muamalat    130-100024997-15
Bank Islam  1305-301-00031-49.

Pertanyaan 03-61879294  Fax 03-61874382
Website: amalmalaysia.net/v2/

Sekian.

No comments:

Post a Comment