Kajang Impian, 10 Rabiul Akhir 1434 = 16 Februari 2013
(Sabtu):
Jam 3.00 petang sebagaimana dijanjikan Adun tiba ke khemah
yang didirikan di padang
tidak jauh dari Surau Al-Ittifaqiyyah. Adun disambut oleh En. Azli Yusof
Pengerusi Persatuan Penduduk dan beberapa AJK dan terus diiring ke khemah yang
telah dihadiri penduduk dan pihak-pihak yang dijemput. Selain dari Adun yang
hadir ialah Tuan Haji Yusof Bachik Ahli MPKj, Sub Inspektor Tuan Zainol Mahyuddin
Timbalan Ketua Balai Polis Kajang, En. Mohd Yusof bin Kadi dari Bahagian
Perancang MPKj, Ustaz Zaki dari Surau Al-Ittifaqiyyah.
Menurut En. Azli tujuan diadakan pertemuan penduduk untuk
berdialog dengan pihak-pihak yang dijemput menganai masalah yang dihadapi
penduduk. Menurutnya, ``Walaupun perumahan Kajang Impian sejak dihuni empat
tahun yang lalu pada dasarnya aman, tetapi tidak sunyi dari masalah-masalah
yang dihadapi penduduk. Beliau berterima kasih kepada semua yang hadir. Setiap
Pihak diminta bercakap sebagai pembukaan. Sub Inspektor Tuan Zainol,
memaklumkan kawasan perumahan Kajang Impian pada dasarnya tidaklah bermasalah.
Statistik menunujukkan sepanjang tahun 2012 hanya 12 kes dilaporkan. Ini
bermakna hitung panjang satu kes sebulan dan sejak tahun 2013 hingga ke
pertengahan Februari ada 3 kes dilaporkan.. Menurut En. Mohd Yusof bin Kadi,
pihak MPKj sedia bekerjasama berdasarkan aduan penduduk. Saya difahamkan
perkhidmatan mengangkat sampah berjalan dengan baik. Mungkin masalah pemotongan
rumput tempat-tempat tidak dipotong. Manakala Tuan Haji Mohd Yusof Bachik
memuji penduduk mengadakan dialog dan beliau bersedia bekerja sama mengenai
masalah yang ditimbulkan. Manakala Adun melahirkan terima kasih. Adun memang
bergembira hubungan dengan penduduk berterusan sejak awal taman dihuni hingga
surau didirikan dan biasanya bila ada kegiatan Adun sering dijemput dan Adun
berusaha datang jika ada waktu.
Selepas ucapan majlis dialog dibukakan kepada tiga round.
Antara perkara yang ditimbulkan mengenai keselamatan
1) Minta
pihak polis sering mengadakan rondaan.
2) Ada kes pecah rumah
Jawapan pihak polis sedia mengadakan rondaan. Kita baru
menerima serahan motor ronda sebanyak 16 biji. 2 biji motor baru. Kalau ada
masalah minta hubungi terus Tuan Zainol di talian 873366580.
Masalah yang berhubung dengan MPKj.
1) Ada penduduk yang menanam
tanaman kekal dibahu jalan. Mengganggu untuk parking dan menyempitkan ruang.
2) Mengenai
rumah berhampiran kedai diganggu bising dan kawasan kotor. Bolehkah buat pagar.
3) Jalan
masuk ke taman silang empat yang membahayakan dan sering berlaku kemalangan
4) Ada pengusaha menggunakan
rumah untuk buka Sekolah
5) Ada kawasan semak di bawah
TNB ada ularI
6) Penjualan
arak di kedai seven eleven
Tindakan penduduk menanam pokok kekal tidak wajar.
Mengenai Gangguan, pihak MPKj sedia mengambil perhatian. Sebaik
diadakan rundingan dengan pihak tuan kedai.Tapi memagar dan menyekat jalan
tidak wajar. Masalah jalan masuk memang membahayakan. Kita akan memikirkan cara
terbaik, tapi penduduk perlu berhati-hati. Tidak boleh buka sekolah di rumah
dalam taman. Boleh diambil tindakan. Berhubung dengan kawasan semak dianjurkan
untuk diadakan gotong royong membersih. Soal jual arak terbaik pihak Persatuan
Penduduk dan Surau buat rundingan terus, minta dihentikan. Kawasan penduduk 98%
Islam tidak wajar dijual arak.
Masalah Ditujukan Kepada Adun
1) Perlu
padang futsal
untuk beriadah
2) Taman perlukan Sekolah
3) Mau
peruntukan bagi membaiki pondok pengawal
Jika ada kawasan untuk dibina padang futsal Adun bersedia mengeluarkan peruntukan
dan hendaklah dibina secara gotong royong..
Sekolah juga bergantung pada ada tapak. Jika ada tapak boleh
buat permohonan. Kita sedia sokong. Tapi di kawasan berdekatan tiada tapak
Sekolah. Tambahan Sekolah akan dilakukan di beberapa kawasan di Dun Bangi.
Berhubung dengan peruntukan baiki pondok pengawal, persatuan
diminta buat surat
kepada Adun dan Adun sedia menilai kewajaran jumlah yang patut dikeluarkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment