BBB, 27 Rabiul Awwal
1434 = 08 Februari 2013 (Jumaat):
Adun Bangi hari ini menerbitkan Keluaran Khas Buletin Bangi
menjelang pilihanraya ke 13 yang merupakan rumusan bagi kegiatan setahun dan
Perbelanjaan yang telah digunakan sepanjang tahun 2012. Keluaran mutakhir (jika
pilihanraya berlaku dalam masa terdekat) ini adalah Buletin ke 26 diterbitkan
sejak kemenangan PAS di Dun Bangi pada pilihanraya ke 12 (18 Mac 2008).
Penerbitan pertamanya atas nama Buletin Bangi ialah pada bulan April 2008.
Sebelumnya diterbitkan atas nama Buletin Serdang bermula pada bulan Ogos 2006
dan berterusan sebanyak 7 keluaran sehingga bulan Februari 2008 menjelang
pilihanraya ke 12 (18 Mac 2008).
Pengeluaran Buletin Bangi adalah merupakan pemaparan kegiatan-kegiatan
Adun Bangi di dalam berbagai bidang kegiatan di bawah Kabinet Mini Adun Bangi
dalam tempoh antara keluaran Buletin tersebut (sebulan atau lebih). Ia adalah rekod kegiatan
sekaligus sebagai dokumen yang dapat digunakan bagi berbagai-bagai tujuan.
Bulletin Bangi Khas adalah berasaskan Laporan Perbelanjaan
Adun Bangi bagi Tahun 2012 berasaskan 9 bidang utama dan laporan-laporan bagi bidang-bidang
berkenaan yang dikemukakan dalam bentuk graf menegak, pie dan jumlah
perbelanjaan bagi bidang-bidang perbelanjaan. Contoh-contoh dan gambar-gambar
adalah dari kegiatan dan peristiwa mutakhir di dalam bidang-bidang berkenaan.
Dibawah diperturunkan Laporan.
Laporan Perbelanjaan Adun Bangi Bagi Tahun 2012
Bil. Bidang Banyaknya Peratus
1.
Pendidikan RM108,050.00 16.56 %
2.
Infra-Struktur RM
98,600.00 15.11 %
3. Kebajikan RM 98,387.00
15.08 %
4. Agama RM 90,500.00 13.87 %
5. Perpaduan Kaum RM 87,390.00 13.39 %
6. Belia, Sukan, Rekreasi RM48,150.00 7.38 %
7. Penerangan RM 44,689.00 6.85 %
8. Pusat Khidmat
Masy. RM41,700.00 6.40 %
9. Wanita & Keluarga RM34,950.00 5.36 %
Jumlah
RM652,305.00 100
%
Bagi bidang-bidang di atas dipaparkan kegiatan dan peristiwa
yang berkait dengan bidang berkenaan dari contoh paling mutakhir. Contoh bagi
bidang pendidikan dipaparkan tentang kelas tuisyen, bengkel-bengkel pelajaran,
bahkan diperturunkan kegiatan-kegiatan bergambar menonjol semasa setahun dalam
bidang pendidikan sebanyak sehalaman. Untuk bidang infrastruktur diperturunkan
lebih dari projek dan kegiatan seperti baikpulih longkang,, naik taraf bahu
jalan 1/7, bina tangga laluan pintas orang ramai KRT, Penginapan Taman Bukit
Kenangan dan banyak lagi. Juga disenaraikan kegiatan kebajikan selama setahun lebih
daripada 30 kegiatan. Contoh Bantuan Banjir Sungai Ramal Dalam, Sumbangan
kepada Madrasah Al-Hamidiah di Kampung Bahagia, Bangi, Bantuan kepada rumah
terbakar di Surada, sumbangan Ramadhan dan berbagai lagi yang kegiatan
sebenarnya lebih dari jumlah yang dipaparkan. Bagi bidang keagamaan ialah
seperti Sumbangan Ramadhan, Sambutan Maulidur Rasul, sumbangan lembu kurban. Juga
sumbangan kepada kuil-kuil. Bagi bidang perpaduan kaum seperti Hari Keluarga ,
Ramah Mesra,, Aktiviti Tahun Baru Cina, Sambutan Ponggal dan sebagainya.
Bagi kegiatan Belia dan Sukan dikemukakan hampir 40 kegiatan
seperti Lawatan Anak Muda ke Kedah, Kejohanan Sepak Takraw Sri Putra, Aktiviti junior
Bola Sepak Seksyen 7, Pertandingan badminton tertutup dan sebagainya. Manakala
bagi bidang Penerangan ialah seperti Penerbitan Buletin, membuat banner bagi
berbagai kegiatan, Program Maklumat MES, Penerangan berkenaan Selangorku dan
sebagainya. Manakala bagi Pusat Khidmat Masyarakat pula seperti Program Jom
Shopping, Membeli Peralatan Pejabat, Pengagihan beg Sekolah, Sewa bas bagi
program dan sebagainya. Manakala bagi Program Wanita dan Keluarga seperti Hari
Keluarga Belia Prihatin, Karnival Usahawan Wanita di Taman Jasmin, Penyerahan
mesin Jahit di Baitul Imtiyaz, Kelas Masakan Nasi Arab dan sebagainya.
Selain dari diperturunkan sebahagian dari conrtoh-contoh
bagi bidang-bidang berkenaan turut diisi dengan Laporan dari Adun, ialah
tentang lalu lintas dan banjir, program-program Exco di Bangi dan diberi ruang
khusus pada bahagian akhir dengan detail ialah kegiatan yang berhubung dengan
Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Apa yang menggembirakan bahawa di dalam keluaran ini dapat
memuatkan berita kehadiran pihak tertinggi negeri, iaitu Tentang Perasmian
Masjid Sungai Ramal Luar oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, kehadiran
Tuan Guru Dato` Nik Azizi ke Bangi dan Lawatan Kerja YAB Tan Sri Dato` Seri
Abdul Khalid Ibrahim ke Tapak Masjid Al-Umm Seksyen Satu Bandar Baru Bangi dan
Sekolah Rendah Agama di Sungai Tangkas pada 6 Januari 2013.
Pendek kata Buletin Bangi merakamkan kegiatan-kegiatan
penting Adun Bangi. Ianya juga dapat dijadikan sumber berbagai maklumat.
Kegiatan yang dikeluarkan biasanya yang penting-penting. Banyak lagi
maklumat-maklumat perlu dirakam dan diterbitkan. Laporan secara lebih detail
dapat diikuti di dalam Blog Adun Bangi yang bermula dari 4 Jun 2008 yang hingga
kini jumlah tulisan (entri) hingga pada 12.2.2013 jam 7.00 pagi jumlah mereka
yang mengikuti blog Adun ialah 430,116. Dapat pula dikatakan apa yang
dilaporkan dalam Buletin Bangi adalah sebahagian dari janji menjadikan Bangi
Bandar Sejahtera, Aman, Berilmu dan Prihatin yang sebahagian dari janji ini juga
dapat dibaca dari penerbitan buku berjudul Bangi Bandar Ilmu (2012). Lebih dari
itu usaha ditingkatkan bagi memenuhi
pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan releven yang dikemukakan oleh
penulis-penulis di dalam buku Gagasan Bangi (2012) di dalam menjadikan Bangi
Bandar Ilmu yang kondusif dan memberi saham di dalam membina Selangor Negeri
Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan sebagaimana Bangi makin kukuh sebagai
Bangi Bandar Ilmu yang boleh disifatkan sebagai mini Baldah Tayyibah wa Rabbun
Ghafur.
No comments:
Post a Comment