September 30, 2014

Perkukuh Pentadbiran Fokus Pada Pembinaan Fizikal Masjid Al-Umm


BBB, 04 Zulhijah 1435 =  29 September 2014 (Isnin):
Tahun 2014 adalah puncak bagi pembinaan Masjid Al-Umm, kerana mulai dari awal tahun ini berlaku pembinaan fizikal  bermula dengan kerja-kerja tanah, diikuti dengan kerja-kerja piling tanah, menanam cerocok dan pembinaan benteng konkrit tapak bagi tingkat bawah tanah.
Namun sebelum daripada kerja-kerja tapak dilakukan berlaku pengemasan dari segi pentadbiran dan perlantikan bagi tugas-tugas berhubungan.
Pihak AJK Pembinaan Masjid Al-Umm sejak 26 Mac 2013 telah melantik `Clerk of Works`, iaitu En. Azhar bin Ahmad. Beliau adalah cadangan dari Safari Ingeniuers. Beliau bertanggungjawab bagi kerja-kerja sivil dan struktur. Mempunyai pengalaman melebihi 20 tahun dalam bidang berkenaan. Berkelulusan dari Politeknik, Kota Bharu, Kelantan.
Seorang lagi turut dilantik selepas Tekad Nusantara dipilih menjadi kontrektor dan ditunjuk oleh pihak Tekad Nusantara ialah Petugas Site Agent. Beliau ialah En. Razak Rahman. Beliau bertugas mempastikan  semua pembinaan menurut spesifikasi  pelan. Saudara Razak Rahman dan Azhar bin Ahmad melaporkan progress pembinaan bagi pihak Tekad Nusantara kepada Pihak AJK.
Sementara itu pihak Urusbina Arkitek melantik Pengurus Kerja Tapak Dan Arkitek, iaitu En. Abdul Halim bin Lebai Din yang mempunyai pengalaman lama dalam bidang berkenaan. Ketiga-tiga petugas di atas merupakan penghubung yang melaporkan perkembangan pembinaan kepada  AJK Pembinaan Masjid Al-Umm. Sementara Raja Fuaddin Raja Ahmad Ar. Urusbina juga melantik wakilnya mewakilinya atau bersamanya dalam mesyuarat, beliau ialah En. Harizan. Yang Mulia Raja Fuaddin yang sebelumnya menjadi AJK Induk Pembinaan diminta tidak lagi menjadi AJK Induk kerana untuk mengelak dari `conflict of interest` . Beliau berada di dalam AJK Teknikal dan Tapak. Sebelum daripada itu AJK Induk Pembinaan Tuan Haji Omar Jaafar menarik diri dari  menjadi AJK atas masalah peribadi. Tuan Haji Hussin Yunos yang menjadi setiausaha memohon menjadi ahli biasa di dalam AJK Induk kerana masalah peribadi dan kesebokan kerja. Tempat beliau diganti oleh Tuan Haji Suib Maulud mulai Ogos 2013 seorang Bekas Pendaftar UPM yang agak aktif.
Manakala pihak Kontrektor Tekad Nusantara mempunyai pasukan pegawai-pegawainya . Mereka ialah:


Pengarah:    Hj. Marzuki bin Hj. Che Omar
Pengarah Eksekutif:  Abdul Aziz Hussein
Pejabat Urusan:  Norpipah bt. Hj. Sajat
Site Agent:  Razak Rahman
Site Supervisor: Mohd. Ikhwan Ab. Aziz
Forman:  Subhan
M & E Coordinator: Akbar Khan
Bertanggungjawab pada bidang  Air Conditioning, Electrical, Cold Water And Sanitary dan Fire Fighting.
Sementara itu bagi melicinkan pengawasan dan progress pembinaan, mulai awal 2014 pihak AJK Teknikal mewujudkan  AJK Mesyuarat Tapak yang membincangkan progress pembinaan yang dilaporkan oleh Clerk of Work (En. Azhar Ahmad) Site Agent (Razak Rahman) dan Pengurus Kerja Tapak Dan Arkitek (Abdul Halim Lebai Din). Mereka meilaporkan kemajuan pembinaan kepada AJK Teknikal dan seterusnya kepada AJK Induk:
Mereka ialah:
1)       Ir. Ghazali Hussein   Pengerusi Mesyuarat – Wakil dari  AJK Induk  Masjid Al-Umm
2)      Ir. Ishak bin Haji Arshad Pengerusi AJK Teknikal & ahli AJK Induk Masjid Al-Umm
3)      Tuan Haji Abdul Rahman Daud Wakil dari AJK Induk Masjid Al-Umm
4)      En. Nik Mohd Adham bin Nik Anuar Setiausaha Kerja AJK Masjid Al-Umm
5)      Ar. Raja Fuaddin bin Raja Ahmad Arkitek Urusbina
6)      Tn. Haji Halim bin Lebai Din dari Arkitek Urusbina (COW)
7)      Ir.Mohd Safari dari Safari  Ingeniuers
8)      En. Azhar Ahmad dari Safari Ingeniuers
9)      En. Ahmad Shahir Saufi Perunding Azfar
10)   En. Azanul Amri Muhamad Azmi dari Perunding Azfar
11)   E. Mahasan Mohamad dari May Consult
12)   En. Marzuki bin Omar Pengarah Tekad Nusantara Sdn. Bhd.
13)   En. Azim Asmawi Marzuki dari Tekad Nusantara Sdn. Bhd.
14)   En. Akbat Khan  Mohamad Yunus dari Tekad Nusantara Sdn. Bhd.
(Sebagaimana dalam mesyuarat Teknikal, maka begitulah juga Pengerusi Pembinaan Masjid Al-Umm Induk turut hadir bersama Bendahari Tuan Haji Mohd Nor bin Yasin dan Setiausaha Tuan Haji Suib bin Maulud  bagi mengikuti perkembangan kemajuan Pembinaan dari dekat).
Dengan beberapa  pasukan pekerja di atas sememangnya kelihatan kerja-kerja pembangunan Masjid Al-Umm berjalan lancar dan kita berdoa kepada Allah progress pembangunan mengikut jadual dan masjid dapat digunakan pada bulan Mei  2015 – Insya Allah.


Sekian.

September 29, 2014

Memulai Kerja Tapak, Menentukan Arah Kiblat Dan Penerimaan Dana


BBB,  03 Zulhijjah 1435 = 28 September 2014 (Ahad):
Menjelang dan bermula dengan tahun 2013 adalah tarikh penting bagi pembinaan fizikal bagi Masjid Al-Umm. Sebagaimana telah disebutkan bahawa pada 10 Disember 2013 ialah tarikh penyerahan dan pemilikan tapak bagi Kontrektor Tekad Nusantara Sdn. Bhd. Bererti dari hari ini dikira mula kerja dan `count down`  kerja keseluruhan. Kerja awal bagi kawasan tapak masjid yang telah sedia berpagar dengan zink biru sebelum daripada tender dibuka ialah karja tanah.
Sementara itu, sebelum daripada tender dikeluarkan, pihak AJK telah menghubungi pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi penentuan arah Kiblat. Kerja-kerja penentuan arah Kiblat ini adalah diswastakan oleh Jabatan Mufti kepada syarikat syarikat penentuan arah Kiblat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti. Pihak AJK Pembinaan menerima maklumat dari Jabatan Mufti negeri Selangor bahawa  tarikh penentuan arah Kiblat ialah pada Khamis  02 Januari 2014. Semasa AJK berkunjung ke rumah Penaung AJK Pembinaan Masjid Al-Umm TG Dato` Dr. Haron Din pada 16 Disember 2013 pihak AJK Pembinaan menjemput TG Dato` Dr. Haron Din untuk membaca doa selamat dan seterusnya Merasmikan Penetapan Arah Kiblat. Al-hamdulillah  TG berkelapangan pada hari itu.
Jadi serentak dengan kerja tapak turut disediakan tapak bagi penentuan arah Kiblat. Permulaan kerja tanah, ialah meratakan kawasan tapak Masjid Al-Umm yang pada asalnya kelihatan tidak rata, iaitu meratakan tanah pada bahagian masuk dari hadapan yang lebih tinggi ke bahagian sebelah kiri yang lebih rendah yang pada asalnya dijangka perlu dibawa tanah dari luar, tetapi dengan pembinaan masjid tiga tingkat tidak  diperlukan tanah dari luar. Tanah juga perlu ditolak ke bahagian sebelah kiri berhampiran dengan rumah semi D yang lama yang pada bahagian ini juga adalah rendah. Proses kerja tanah juga ialah memindahkan tanah pada bahagian hadapan tapak masjid berhampiran dengan jalan bersebelah Medan Usahawan ke tapak parkir di kawasan parkir di bawah talian letrik bersebelah sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan di belakang perumahan rumah teres Seksyen Dua, Bandar Baru Bangi. Pemindahan ini melibatkan lebih kurang 2.000 muatan lori.
Pada hari perasmian penetapan Arah kiblat, tapak kelihatan sebahagian besar telah diratakan, sedang pada bahagian untuk level bawah tanah adalah rendah dan tidak diratakan – kerana ianya perlu dikorek sebagai level bawah tanah.
Sebuah khemah adalah didirikan pada bahagian tapak bagi Majlis Perasmian antara 9.00 hingga 1030 pagi  yang bermula dengan Do`a Selamat. Tamu yang hadir ialah AJK Pembinaan  Masjid Al-Umm, Nazir Masjid Al-Hasanah,  Pengerusi-pengerusi dan wakil-wakil surau. Persatuan Penduduk,  tenaga kerja yang melalkukan ukuran dan pihak kontrektor dan arkitek. Selepas upacara doa TG Penaung Masjid Al-Umm merasmikan penentuan arah Kiblat yang keputusannya ialah berukuran:
Latitude   02 darjah   56 minit   40 saat
Longitude 101 darjah  46 minit   15 saat
Arah Kiblat     292 darjah   36 minit  58 saat
Tarikh pengesahan ialah 2 Januari 2014
Diperakukan oleh  Dato` Seri Utama Diraja Mufti Selangor
Tarikh  3 Januari 2014
Surat dari Jabatan Mufti   6 Rabiul Awal 1435 bersamaan 8 Januari 2014..
Berikut dari perasmian semasa minum bersama TG Dato` Dr. Haron Din, dan bercakap khususnya berhubung dengan dana yang ada, iaitu hanya RM2.5 juta, TG berjanji untuk mendapatkan derma RM1.5 juta  dalam tempoh seminggu. Walau bagaimana belum sempat seminggu TG menghubungi pihak AJK Pembinaan untuk datang ke rumah beliau pada 4 Januari 2014. Jumlah derma yang disumbangkan oleh TG melebihi dari yang dijanjikan, iaitu berjumlah RM1.52 juta. Melalui jasa baik dan usaha TG juga Masjid Al-Umm menerima derma melalui Yang Amat Mulia Tan Sri Dato` Seri Syed Anwar Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor pada 24 April 2014 derma berjumlah sebanyak RM1.8 juta.  Kedua-dua derma merupakan jumlah terbesar diterima oleh Masjid Al-Umm. Terima kasih dan jazakum Allah khairan kathiran.
Dengan penerimaan sumbangan-sumbangan derma di atas bersama dengan derma orang ramai memberi  kelegaan kepada AJK Pembinaan menguruskan pembinaan Masjid Al-Umm.

Sekian. 

September 28, 2014

Hasrat Mau Dirikan Masjid Al-Umm Pada Tahun 2013


BBB, 02 Zulhijjah 1435 = 27 September 2014 (Sabtu):
Sejak melancarkan derma bagi Dana Masjid Al-Umm pada  19 Mei 2012 hingga akhir tahun tersebut oarng mula bertanya, bilakah masjid akan didirikan. Bagi menunjukkan kepada masyarakat bahawa usaha bagi pembinaan sedang dilakukan, antaranya ialah dengan membersih tapak dan menaikkan papan tanda Masjid Al-Umm. Adalah menjadi hasrat AJK Pembinaan, bahawa  pembinaan masjid akan dilakukan pada tahun 2013 ini juga. Antara tindakan yang diambil bagi menyegerakan pembinaan ialah:


a)       Majlis Mesra Kenduri Kampung
Adun Bangi berusaha mendapat persetujuan dari Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim bagi melawat tapak Masjid Al-Umm. Dato` Menteri Besar setuju hadir pada 6 Januari 2013. Untuk itu AJK membuat persiapan, termasuk kerjasama dengan MPKj membersih tapak dan menyediakan tangga ke tapak pembinaan. Majlis berlangsung di hadapan tapak masjid dengan mendirikan khemah untuk tamu dan juga pameran pelan pembinaan masjid. Pada pagi itu Y.A.B menerima derma yang disumbangkan dan yang lebih penting Y.A.B. mengumumkan yang kerajaan negeri akan menyumbangkan atas kadar ringgit per ringgit hingga se jumalh RM6 juta, iaitu separuh dari kos RM12 juta. Majlis yang diadakan amat Berjaya.
b)       Infak Ramadhan
Menjalankan penerangan dari surau ke surau juga masjid bagi meningkatkan derma dan pada bulan Ramadhan 1434/ Julai 2013 melancarkan Rayuan Infak Ramadhan  dengan jangkaan  orang ramai lebih berminat bagi melakukan ibadat menderma dan waqaf sempena bulan Ramadhan
c)       Pelepasan Cukai Pendapatan
Mengumumkan bahawa derma kepada Masjid Al-Umm mendapat pelepasan Cukai Prndapatan bagi mereka yang berhasrat mau mendapat Pelepasan Cukai. Kelulusan Pelepasan Cukai  didapati, wlaupun sedikit lewat, iaitu dari  1 Mac 2014 hingga  28 Februari 2017 sebagaimana  surat  LHDN 01/35/42/51/129-6.7271.
d)      Melantik Penaung Bagi Mengukuhkan Kedudukan
Mesyuarat AJK Pembinaan Masjid Al-Umm Bil. 3/2013 pada 30 Januari 2013 bersetuju untuk mengadakan pertemuan bagi mendapat persetujuan bagi melantik TG Dato` Dr. Haron Din menjadi Penaung bagi AJK Pembinaan Masjid Al-Umm. Keizinan diperolehi, iaitu melalui  pertemuan dibuat selepas TG menyampaikan kuliah sempena menyambut Ramadhan  di Kompleks Pendidikan Islam Bangi pada pagi 27 Sya`ban 1434 bersamaan 6 Julai 2013. Beliau bersetuju menerima perlantikan sebagai  Penaung. Berikut dari itu AJK Pembinaan Masjid Al-Umm telah  mengadakan pertemuan dengan TG Dato` Dr. Haron Din dirumahnya pada  16 Disember 2013. AJK melaporkan kepada TG tentang kemajuan dari segi persediaan untuk membina Masjid Al-Umm dan juga membincangkan cara-cara untuk mendapat kewangan.
e)      Urusan dengan pihak MPKj
Mengadakanpertemuan dengan YDP MPKj dan pegawainya pertengahan 2013  berbincang mengenai pelan arkitek yang belum diluluskan. Kemudian pada 8 Oktober 2013 menulis  surat susulan mohon diluluskan Pelan Pembinaan  Masjid Al-Umm. Surat kelulusan diterima pada 16 Disember 2013. Rujukan kelulusan (11 dlm. MPKj 8/P/2/2013) – Diluluskan mulai 4 Disember 2013.
f)        Memilih Kontrektor
Dengan hasrat mau membina Masjid Al-Umm pada tahun 2013 juga maka. Pihak May Consult Perunding diminta oleh AJK Pembinaan Masjid  menyediakan dokomen tender. Disediakan pada 11 September 2013 dan dibawa kepada perbincangan dan diikuti dengan iklan. Tarikh penjualan dokumen pada 2 Oktober 2013.Tarikh tutup dilanjutkan  dari 16 kepada  21 Oktober 2013.
 Sebanyak 10 kontrektor membuat pembelian dokumen dan datang interview pada 19 November 2013. Kontrektor-kontrektor dimaksudkan ialah:
1)       GTS Contractor Sdn. Bhd.
2)      Tekad Nusantara Sdn. Bhd.
3)      Margong Jaya Services sdn. Bhd.
4)      Vastec Engineering Sdn. Bhd.
5)      Twinty Enterprise Sdn. Bhd.
6)      Iqtiqad Maju Sdn. Bhd.
7)      Bangi Mas Sdn. Bhd.
8)      Ufukrata Sdn. Bhd.
9)      Pembinaan Sham
10)   SDE Bina Sdn. Bhd.
(No. 7, 8 dan 9 tak datang untuk diinterview)
Setelah AJK peninterview diketuai Pengerusi Pembinaan Masjid Al-Umm membuat penilaian, maka keputusan diambil menwarkan kontrek pembinaan Masjid Al-Umm kepada  `Tekad Nusantara Sdn. Bhd. Surat tawaran dibuat pada  21 November 2013 dan Tekad menyatakan persetujuan pada 25 November 2013. Masuk tapak yang menandakan mulai kerja ialah pada 10 Disember 2013. Lewat seminggu dari kelulusan pelan oleh PKNS (4 Disember 2013). Tarikh janji siap ialah selama 18 bulan yang dijangka siap pada 25 Mei 2015.
Ini bererti hasrat mau membina Masjid Al-Umm pada tahun 2013 dapat dilaksanakan, walaupun pada peringkat hujung tahun 2013. Bagi AJK Pembinaan, walaupun jumlah dana hingga akhir Disember 2013 yang  dapat dikumpulkan hanya sebanyak RM2,641,102.35 - pembinaan dimulakan. Adalah diharapkan dengan bermulanya pembinaan orang ramai lebih berkeyakinan dan mereka lebih murah hati untuk menderma.

Sekian.

September 27, 2014

Tahap Perlantikan Perunding-Perunding


BBB, 01 Zulhijjah 1435 = 26 September 2014 (Jumaat):
Tahap ini adalah bermula dari akhir  tahun 2012. Sebelum daripada itu dalam mesyuarat AJK Pembinaan Masjid Al-Umm, seorang AJK yang mempunyai pengalaman yang luas dari segi pentadbiran dan pembangunan, iaitu Tuan Haji Omar Ja`afar Bekas Pendaftar Bahagian Pembangunan UKM dalam mesyuarat AJK Pembinaan pada 21 Mac 2012 bersamaan 27 J. Awal 1433 telah mencadangkan agar dilantik seorang yang berpengalaman dari segi teknikal dalam pembangunan mengetuai  bahagian teknikal. Cadangan beliau diterima dan Ir. Tuan Haji Ishak bin Arshad  dari UKM mengetuai bahagian teknikal. Pada peringkat permulaan bahagian teknikal lebih menumpukan perhatian pada pelan arkitek yang disediakan oleh Ar. Raja Fuaddin Raja Ahmad yang juga pada masa itu sebagai  AJK Pembinaan Masjid Al-Umm. Mesyuarat Khas bahagian teknikal yang pertama diadakan pada 14 Ogos 2012 dari jam 10.15 -12.00 pagi di Pejabat Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.
Melalui mesyuarat teknikal dan mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan yang mulai dikenali sebagai Jawatakuasa Induk, maka dikenalpasti  perunding-perunding yang kemudian dibawa masuk sebagai perunding-perunding bagi AJK Pembinaan Masjid Al-Umm.
Bahagian Arkitek merupakan Perunding  yang paling awal, iaitu Arkitek Urusbina yang beralamat:
No. 47, Taman Seri Medan,
Jalan Raja Syed Alwi,
0100 Kangar Perlis.
Perunding bahagian Civil  Engineer yang dijemput ke perundingan diketuai  Ir. Mohd Safari Ahmad ialah:
Safari  Ingeniuers,
No. 20 – 3, Jalan 18/23E,
Taman Danau Kota,
Setapak,
53300 Kuala Lumpur.
Manakala Perunding bahagian Ukur Bahan  diketuai Sdr. Mohd Ashri Yusuf ialah:
Tetuan May Consult.
No. 48B, Jalan Jernai.
Medan Idaman Business Centre,
Gombak,
53100, Kuala Lumpur
Seterusnya Perunding bahagian  Mechanical dan Electrical ialah:
Perunding AZFAR,
7-1 & 7 -2 , Jalan 3/23A,
Danau Kota, Setapak,
53300 Kuala Lumur.

(Tidak dimasukkan kontrektor, kerana pemilihannya dibuat akhir 2013 secara interview)
Beberapa ahli dari AJK Pembinaan Induk diwakili ke dalam AJK Teknikal, iaitu Engineer Haji Ghazali Hussin Bekas Engineer di IKRAM, Bendahari Tuan Haji Mohd. Nor Yasin, Haji Abdul Rahman Daud dan Mohd Adham bin Annuar Setiausaha Kerja).
Tiap perunding di atas mengkhusus di dalam bidang masing-masing. Sebagaimana perunding berhubung dengan arkitek demikianlah dengan  perunging misalnya Kejuruteraan Awam misalnya berhubung dengan  anggaran tanah yang akan dikeluarkan, kerja-kerja pembinaan dan sebagainya. Demikian dengan Ukur Bahan menilai keperluan bahan-bahan bagi pembinaan dari segi kuantiti dan kualiti dan Bahagian Mrkanikal dan Elektrikal dari segi kemasukan tenaga elektrik, keperluan peralatan air-cond., kipas dan jangkaan penggunaan tenaga letrik ke seluruhan. Juga mempastikan sub-station elektrik dapat dipasang lebih awal hingga tidak terganggu usaha-usaha menyiapkannya  bagi penggunaan letrik
Antara hasil penting daripada perbincangan dengan perunding-perunding ialah menukar binaan Masjid Al-Umm dari dua tingkat kepada tiga tingkat. Penukaran ini banyak melibatkan  pengubahsuaian dari segi pelan arkitek. Selain daripada itu perubahan juga melibatkan luaran dari segi fizikal, misalnya rumah mayat, penyediaan kolah, kaedah penjimatan air dan sebagainya, manakala dari bahagian dalam melibatkan partisan di bahagian bawah dan atas.
Perbincangan ini mendahului tempoh pembinaan, kerana mau dipastikan semua aspek diberi perhatian. Perunding-perunding memainkan perana penting menasihat dan membuat cadangan-cadangan melalui mesyuarat yang diadakan. Meskipun mereka adalah keahlian dalam mesyuarat teknikal, tetapi bila ada cadangan penting yang hendak dibawa kepada AJK Induk mereka yang berkait dengan bidang rundingan diminta hadir memberi penjelasan dan cadangan.  Pendek kata semua aspek berhubung dengan pembinaan yang berkait dengan perunding-perunding diteliti terlebih dahulu agar semua perfect bila pembinaan mula dijalankan.

Sekian.

September 26, 2014

Pentahapan Pembinaan Masjid Al-Umm



BBB, 30 Zulkaedah 1435 = 25 September 2014 (Khamis):
Pembinaan Masjid Al-Umm boleh dibahagikan kepada beberapa tahap
1)      Tahap memohon keizinan dari` Pihak Berkuasa`  mendirikan Masjid Al-Umm seperti kelulusan dan gazet tanah dari pihak Kerajaan Negeri Selangor - Menteri Besar, pihak JAIS dan Pejabat Daerah (Tanah) Hulu Langat (Telah dibicarakan (24.9.2014).
2)      Tahap merancang  dan merunding dari segi arkitek dan melancarkan pemungutan Derma
3)      Tahap melantik perunding-perunding pembinaan
4)      Tahap pembinaan fizikal bangunan Masjid Al-Umm
5)      Tahap perbincangan dari segi teknikal bahagian utama masjid seperti kubah, mihrab, mimbar, menara dan dekorasi ruang dalam bahagian hadapan dalam  masjid seperti dinding bahagian hadapan,  tiang dan dekorasi bahagian dari dalam kubah.
2. Tahap Merunding dengan arkitek dan Pelancaran Derma
Selepas kelulusan utama di dapatin- kelulusan tapak dan keizinan pembinaan, maka AJK Pembinaan Masjid Al-Umm member  perhatian kepada usaha mendapat dana bagi pembinaan Masjid Al-Umm. Pada masa itu belum timbul soal mendapat kewangan dari pihak kerajaan negeri atau mana-mana institusi, apa yang menjadi focus ialah untuk mendapat derma sebanyak dan sesegera mungkin bagi mengisi Tabung yang dijangka RM10 juta ringgit. Ia adalah jumlah besar bagi AJK yang kecil dan besar hasrat dan cita-cita,
Tindakan awal dan utama  (2012) ialah memohon keizinan dari pihak JAIS untuk memungut derma dari orang ramai.  Keizinan didapati dari MAIS: MAIS/E/MAL/03-2/001/03-1/34 yang mentauliah 10 orang AJK memungut derma. Keizinan ini  adalah saluran utama bagi mendapat derma. Di samping derma diusahakan oleh setiap yang mendapat tauliajh satu Majlis Pelancaran Tabung Masjid  Al-Umm, Bandar Baru Bangi dilancarkan pada Sabtu 19 Mei 2012 jam  10.00 pagi bertempat di Tapak Letak Kereta Jalan 1/4 , Bandar Baru Bangi. Pelancaran derma ini mendapat sambutan yang memuaskan. Jumlah derma awal yang didapati dari pelancaran berkenaan ialah RM150,000. Jumlah ini menjadi  induk bagi perkembangan dan pertambahan derma seterusnya. Ikhtiar yang utama dari pencarian derma seterusnya ialah melalui tong derma yang diletak di masjid dan surau-surau yang antaranya diusaha penyampai  sendiri (Haji Abdul Rahman Daud dan pembantu-pembantunya).
Tahap kedua yang berlaku di dalam tahun 2012 ialah menyiapkan pelan arkitek bagi pembinaan Masjid Al-Umm. Pihak AJK tidaklah mengiklankan kepada sebarang arkitek untuk menawarkan kepakaran bagi  merekabentuk Masjid Al-Umm. Secara kebetulan di daklam AJK terdapat seorang arkitek yang tinggal di section 2, jamaah Surau Damai, surau yang paling dekat dengan Masjid Al-Umm. Beliau merupakan AJK yang mewakili Surau Damai dalam AJK di samping beberapa ahli lain dari Surau Damai. Beliau menawarkan kepakaran dan diterima AJK untuk beliau merekabentuk pelan Masjid Al-Umm di bawah syarikat beliau yang bernama Urusbina Sdn. Bhd. yang berpejabat di Arau, Perlis. Beliau telah merangka pelan yang melibatkan  berpuluh salinan (16 salinan untuk jabatan-jabatan seperti MPKj, Bomba,  LLN, perparitan, kesihatan dan sebagainya). Rangka pelan ini dipamirkan pada pameran tentang rekabentuk Masjid Al-Umm bila diadakan Majlis Pelancaran Derma  Masjid Al-Umm pada 19 Mei 2012 itu. Walau bagaimana pelan arkitek ini belum final. Bahkan pada setiap kali mesyuarat setiap bulan, maka agenda mengenai pelan, cadangan, perubahan dan kritikan berlaku.  Dapatlah dikatakan bahawa plan yang terhasil  adalah dari gabungan pendapat dan cadangan-cadangan dari AJK.
Pelan awal yang dicadangkan itu tidaklah amat menarik, bahkan boleh disifatkan biasa. Ia adalah gabungan elemen-elemen yang biasa dan bentuk biasa bagi sesebuah masjid sederhana yang dibina dari batu (bukan kayu). Binaan awal ialah satu setengah tingkat yang luas lantainya ialah 4,317 meter persegi atau 46,456 kaki persegi yang dijangka boleh memuatkan 3,000 jamaah secara serentak. Perbincangan mengenai rekabentuk  Masjid Al-Umm mengambil masa yang lama dan banyak berlaku perubahan pada rekabntuk asal. Misalnya AJK tidak bersetuju bahagian atas bersifat sutuh, kerana iklim Negara kita tidak seperti Negara Arab yang kurang hujan. Sutuh tidak sesuai kerana iklim kita sering hujan, mudah kotor dan berlumut. Bahagian atas perlu beratap yang bersifat curam sesuai dengan larian hujan dan bahagian dinding hendaklah dilindungi atap agar dinding tidak terdedah dengan hujan panas yang cepat kotor dan rosak. Dalam gambar perspektif masjid, dua menara kelihatan lebih rendah dari  kubah. Ia berlainan dari biasa. Menara hendaklah lebih  tinggi dari kubah. Pada asal cadangan masjid tidak direkabentuk untuk dipasang dengan air-cond., AJK mau agar ruang masjid sesuai untuk dipasang air-cond, di samping turut dipasang kipas sebagai alternative bila air-cond tidak digunakan. Perubahan dan perbincangan memerlukan pengubahsuaian plan arkitek dan melambatkan pelan berkenaan ke MPKj dan jabatan-jabatan lain.
Selain dari perbincangan dari segi pelan arkitek, soal tapak sering dibincangkan. Dari awal hingga ke akhir tahun 2012 tapak masih lagi berpokok, walaupun sudah beberapa kali dibersihkan. Pembersihan sebenarnya bila pembinaan hendak dimulakan, tetapi pada tahun 2012, belum ditentukan bila akan dibangunkan, kerana keperluan utama ialah kelulusan pelan dan pelan hanya  dalam persiapan pada pertengahan tahun 2012 tersebut.

Sekian.

September 25, 2014

Taklimat Pembangunan Masjid Al-Umm - Pengurusan Awal


BBB, 29 Zulkaedah 1435 = 24 September 2014 (Rabu):
Salah satu agenda yang disusun bagi Bengkel Untuk Merancang Dan Mengimarahkan Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi, ialah Taklimat Pembangunan Masjid Al-Umm bagi maklumat peserta-peserta terutama bagi pengerusi-pengerusi dan setiausaha-setiausaha atau wakil-wakil dari surau-surau  Bandar Baru Bangi, juga tamu-tamu jemputan. Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman Daud  ahli jawatankuasa pelaksana Bengkel yang juga ahli jawatankuasa induk (Dilengkapkan dengan maklumat-maklumat tambahan).


Dari segi pembangunan fizikalnya pembinaan Masjid Al-Umm bermula dari `Masuk Tapak` oleh pihak kontrektor bermula pada 10 Disember 2014. Namun sebelum bermulanya pembangunan fizikal, ada sejarah dan usaha mendapat kelulusan pembangunan. Sebelum daripada itu penduduk generasi awal BBB sejak 1978 menggunakan `Rumah Semi D` sebagai surau beralamat di No. 6, Jalan 1/3G dengan ihsan dari pihak PKNS. Mula digunakan pada 6 Ogos  1978 sempena 1 Ramadhan 1398 (Pada 5 Ogos gotong royong membersihkan bangunan).  Pihak PKNS sebenarnya  menyediakan tapak masjid/surau berhampiran sekolah Rendah BBB seluas 1.89 ekar sejak BBB dibangunkan bermula 1975, ada usaha dari AJK Surau al-Umm untuk mendirikan surau bagi menggantikan Surau NO. 6, Jalan 1/3G dan pernah mendapat keizinan JAIS 1996, (Surat JAIS (2) dlm. JAIS Sel. 9189 3/5/10 bertarikh 30 Ogos 1996). Pada 2007 pihak PKNS sendiri pernah menghantar surat kepada AJK Surau Al-Umm agar mendirikan surau di tapak berkenaan, kerana PKNS berhasrat untuk mengambil balik rumah semi D berkenaan. namun tidak bergerak, lantaran AJK  sekali mau dirikan masjid dan sekali mau mendirikan surau. Tiada tindakan berkesan.
Sejak  BBB dihuni pada akhir November 1977 penduduk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kajang,tetapi oleh kerana sukar bagi warga kampus UKM dan penduduk BBB menunaikan solat Jumaat, maka UKM menyediakan tempat solat Jumaat bermula bertempat dilobi Bangunan Pentadbiran UKM,  kemudian ke ruang Perpustakaan Tun Seri Lanang selepas perpustakaan dibuka pada 19 Sya`ban 1400 bersamaan 2hb. Julai 1980. Kemudian solat Jumaat didirikan di Ruang Legar berhadapan Kentin UKM di  tepi Bangunan Pentadbiran berdekatan Bangunan IBKKM pada masa iti.  Apabila bangunan Masjid UKM siap dibina pada 16 April 1982 (mula dibina pada 16 Mac 1979), maka penduduk BBB menggunakan Masjid UKM sebagai tempat solat Jumaat. Namun kemudiannya untuk memudahkan jamaah berjamaah, maka Surau Al-Nur dibenarkan mendirikan solat Jumaat pada akhir 1990an, Surau ini terus mendirikan solat Jumaat, walaupun Masjid Al-Hasanah yang didirikan pada akhir 1990an itu siap dan mula mendirikan Jumaat sejak 2001.


Dengan terdirinya Masjid Al-Hasanah, hasrat mendirikan Masjid tidak timbul buat beberapa masa, tetapi penduduk Bandar Baru Bangi makin bertambah dan sejak pertengahan 2005 penduduk BBB menjangkau sekitar 80,000 penduduk, maka kewujudan satu masjid di Bandar Baru Bangi dengan beberapa surau dinaikkan taraf mendirikan Jumaat kemudiannya tidak mencukupi. Sementara itu usaha mendirikan Masjid (Al-Umm timbul semula dengan Janji pilihanraya sebelum  (Mac 2008) untuk mengusahakan pembinaan Masjid Al-Umm di tapak yang sedia ada di samping misi mau menjadikan Bangi Bandar Ilmu yang telah dicetuskan sempena menyambut 30 tahun Bandar Baru Bangi pada tahun 2007 (30 Julai hingga 1 September 2007).
Tindakan diambil selepas kemenangan dengan Setiausaha Surau Al-Umm Tuan Haji Hussen Yunos dengan mempastikan status tanah bagi tapak masjid dan membuat permohonan terhadap JAIS berhubung mendirikan Masjid. Pejabat Tanah Hulu Langat membuat jawapan terhadap tujuan mendirikan masjid Ruj. PTD UL.16/3/5.2008(3) bertarikh 24 Mei 2008. Berikutnya surat maklumat kelulusan dari Dato` Menteri Besar melalui Pejabat Tanah kepada JAIS Bil. PTD UL.16/3/194-2006(9)bertarikh 1 September 2009. Pihak JAIS pula menjawab secara positif JAIS Bil(16) dlm. JAI. SEL.BKP/03/016/5/22 bertarikh 17hb. November 2009, ``Tiada halangan tapak bagi mendirikan masjid dan pewartaan tanah dipohon (Pewartaan terhadap tanah Lot 51177 Jalan 1/4A, BBB seluas 1.89 ekar diluluskan pada  September 2010 – Kelulusan pembinaan JAIS pada Jun 2011).
Berikutan dari kelulusan itu, Adun Bangi pada masa itu (Dr. Shafie Abu Bakar) menjemput Pengerusi-Pengerusi dan Wakil-Wakil Surau di sekeliling `Tapak Masjid Al-Umm`  pada malam 4 Februari 2010 bagi membincangkan cadangan membina Masjid Al-Umm, mesyuarat  bertempat di Surau Al-Umm. Mesyuarat yang berlangsung dari jam 9.30 – 11.00 malam bersetuju untuk mendirikan Masjid Al-Umm dengan peruntukan yang dianggarkan sebanyak RM10 juta.

Sebuah AJK Awal ditubuhkan kea rah mendirikan Masjid Al-Umm yang terdiri dari:
1.       Y.B.Dr. Shafie Abu Bakar (Pengerusi)
2.       Mohd. Ghazali bin Abbas – Pengerusi Surau Al-Nur (Timbalan Pengerusi)
3.       Tuan Haji Hussin bin Yunos  Setiausaha
4.       Fahdee bin Faisal
5.       Mohd Hafiz bin Suib
6.       Haji Mohd Nor bin Haji Yassin – Bendahari
7.       Ahmad bin Haji Hasbullah
8.       Imam Supaat Abdul Rahman – Pengerusi Surau Al-Umm
9.       Haji Abdul Rahman Daud
10.   Mohd. Nezar Osman
11.   Dr. Abdul Rahim Samsuddin
12.   Mohd Said Mohd. Yunus
13.   Amin bin Othman.
Jawatankuasa ini bergerak dan bermesyuarat. Antara hasilnya ialah menubuhkan tiga AJK Kerja
1 Jawatankuasa Plan Binaan dan Landscaping diketuai Encik Nasai (Lantikan tanpa hadir dengan Setiausahanya Haji Mohd Said Mohd Yunus
2. Jawatankuasa Dana diketuai Tuan Haji Mohd. Nor Yasin
3. Jawatankuasa Pendidikan diketuai  Dr. Tajul Ariffin Noordin
Jawatankuasa berjalan. Antara tindakan  ialah membersih kawasan Tapak Masjid Al-Umm dengan menggunakan mesin jentolak. Dalam masa yang sama Adun Bangi juga berurusan dengan Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahi  melancarkan Bangi Bandar Ilmu pada 22 Jun 2008 dan usaha bagi Y.A.B. Kemudian berusaha agar Dato` Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim datang melawat Tapak Masjid Al-Umm pada 6 Januari 2013. Untuk itu AJK diperkemas. Misalnya  mesyuarat November 2012, maka beberapa penambahan  AJK dilakukan, manakala yang tak tak  hadir mesyuarat tergugur dengan sendirinya. Antara tenaga yang dibawa masuk menjadi AJK ialahTuan Haji Omar bin Jaafar,  Ir.Ir. Haji Ishak bin Arshad dari UKM, Ir. Hj Ghazali bin Hussin dari IKRAM, Haji Ahmad Sufi Munasir YDP PPBBB, Haji Mohd Kalok bin Latif Bekas Pendaftar UPMf, Haji Suib bin Maulud juga Bekas Pendaftar UPM, Mohd Adham bin Annuar Setiausaha Kerja dan Raja Fuaddin bin Raja Ahmad, tidak termasuk  dua audit dalaman iaitu Amir Abbas bin Mohd. Khalil dan Haji Shamsuddin bin Puteh  Turut dimasukkan kemudian  ialah Tuan Haji Suib bin Maulud. Beberapa AJK dilantik awal digugurkan kerana tidah hadir mesyuarat.

Sekian.

September 24, 2014

Alu-Aluan Dan Format Bengkel - Pengerusi Pelaksana

BBB, 28 Zulkaedah 1435 = 23 September 2014 (Selasa):


Pada pagi Ahad 21 September, majlis bagi Bengkel Untuk Merancang Dan Mengimarahkan Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi bermula dengan alu-aluan  selepas  doa, dari Pengerusi Pelaksana Bengkel . Majlis dikendalikan oleh Tuan Haji Mohd. Ghazali Abbas  menjemput  Dr. Hj. Tajul Ariffin Noordin selaku Pengerusi JK Pelaksana Bengkel  berucap menyampaikan ucapan alu-aluannya. Beliau  mengucapkan terima kasih di atas kehadiran TG Dato` Dr. Haron Din Penaung dan Penasihat AJK Pembinaan Masjid Al-Umm yang walaupun baru pulang dari Muktamar Pas di Batu Pahat, Johor  malamnya, tapi masih dapat hadir ke bengkel pagi itu. Beliau juga mengalu-ngalukan kehadiran Y.B. Ustaz Shafie Ngah Adun Bangi, Pengerusi AJK Pembinaan Masjid Al-Umm Dr. Shafie Abu Bakar, Nazir Masjid Al-Hasanah Ustaz Napiah bin Shahrani, ahli-ahli panel  Sidang Pleno, pengerusi-pengerusi surau dan wakil-wakil kerana sudi memenuhi jemputan, walaupun pada hujung minggu – dan hujung cuti sekolah yang sepatutnya masing-masing sebok menguruskan persediaan anak-anak  kembali ke sekolah.


Selaku Pengerusi AJK Pelaksana Dr. Tajul memaklumkan kepada hadirin bahawa beliau mendapat kerjasama dari AJK yang terdiri dari Haji Mohd. Ghazali Abbas, Haji Ahmad Hasbullah, Hj. Abdul Rahman Daud, Hj. Mohd Suib Maulud, Haji Mohd. Nor Haji Yassin, Dr. Mohd Sabri Haron dan Nik Muhammad Adham bin Nik Anuar selaku Setiausaha JK Pelaksana. Dengan kerjasama mereka  terlaksananya majlis yang bersifat bengkel  sebagaimana yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan pada pagi ini.  Kata Dr. Tajul, ``Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka.``
Menurut Dr. Tajul, ``Bangunan fizikal Masjid Al-Umm yang mula pembinaannya pada 10 Disember 2013 sedang rancak didirikan. Mutakhir rangka  dan tiang-tiang bagi tingkat tiga sedang  dibina dan tapak menara juga turut dibangunkan. Adalah dijangka bangunan Masjid Al-Umm akan  disiapkan pada pertengahan Mei 2015.`` Namun tambah Dr. Tajul,


``Siapnya bangunan tiada erti, tanpa perancangan program dan pengisian.Dengan pengisian, maka  barulah Masjid benar-benar berfungsi.``
Jadi tujuan mengadakan Bengkel Perancangan dan Pengimarahan masjid bertujuan mendapat maklumat dan maklum balas dari hadirian apakah kaedah dan pendekatan terbaik bagi mengimarakan Masjid Al-Umm. Antara tujuan bengkel:
Bagi mendapatkan input-input awal dari seluruh warga Bandar Baru Bangi untuk merancang pengisian dan pelaksanaan pengajian Masjid Al-Umm. Input-input diharapkan ialah
1)      Konsep dan model pengajian yang unggul
2)      Penentuan modul, bidang dan tajuk pengajian
3)      Strategi pelaksanaan terbaik dalam konteks peranan surau-surau dan masjid-masjid yang sedia ada di Bandar Baru Bangu
Bagi mendapat input yang  banyak. Maka  format bengkel dibahagikan kepada beberapa sesi yang berlainan.
Bagi mendapat panduan dari segi prinsip dan dasar bagi pengimarahan Masjid Al-Umm, maka kita jemput TG Dato` Dr. Haron Din Penaung Dan Penasihat AJK Pembinaan Masjid Al-Umm menyampaikan Ucaputama yang daripada ucapannya dapat diambil  panduan mengendalikan masjid, di samping pandangan-pandangan lain.


Pembentangan kertas kerja oleh Dr. Shafie Abu Bakar selaku Pengerusi AJK Pembinaan Masjid Al-Umm adalah panduan bagi penyediaan bidang-bidang keilmuan  yang mau disampaikan di masjid, termasuk kitab dan buku serta membina  kurikulum bagi bidang-bidang keilmuan. Seterusnya perbincangan mengenai ruang-ruang yang hendak digunakan. Cadangan pengajian tahfiz dan pengajian secara pakej serta pecahan-pecahan masa yang sesuai.
Maklumat diperkayakan dengan adanya Pengulas, iaitu Profesor Dr. Azimi , Profesor bidang pendidikan dari UPM.


Diikuti dengan soal jawab dari peserta-peserta yang diharap mencetuskan pandangan. Dengan cara  ini dijangka banyak idea dan cadangan yang  diutarakan oleh peserta-peserta.
Sesi terakhir Sidang Pleno yang melibatkan beberapa tokoh terkenal di dalam pentadbiran masjid seperti Ustaz Napiah Shahrani Nazir Masjid Al-Hasanah , Ustaz Muis dari PAID  Hulu Langat yang antara tugasnya  ialah menguruskan  hal ehwal Masjid dan Surau
Juga saudara Sahrizal seorang yang berpengalaman menjga dan mengurus Islamic Centre di Belfast,  Ireland. Dari siding pleno juga kita dapat pandangan dan cadangan dari peserta-peserta.
Menurut Dr. Tajul dengan cara ini kami berharap mendapat renpond dari semua yang hadir memberi pendapat dan pandangan yang bakal dijadikan panduan bagi merancangkan kegiatan dan mengimarahkan Masjid Al-Umm. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua dan selamat berbengkel.

Sekian.

September 23, 2014

Ucaputama Penaung Masjid Al-Umm Sempena Bengkel Untuk Merancang Dan Mengimarahkan Masjid Al-Umm


BBB, 27 Zulkaedah 1435 = 22 September 2014 (Isnin):


Ucaputama di atas disampikan oleh  Ybhg. Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din selaku Penaung dan Penasihat AJK Pembinaan Masjid Al-Umm pada pagi Ahad 26 Zulkaedah 1435 bersamaan  21 September 2014, bertempat di Puri Pujangga, UKM dihadapan para peserta yang mewakili masjid dan surau-surau di Bandar Baru Bangi dan AJK  Pembinaan dan Bengkel Masjid Al_Umm. Turut meraikan TG ialah Adun Bangi Ustaz Shafie Ngah, Penulis selaku Pengerusi Pembinaan Masjid Al-Umm dan Dr. Tajul Ariffin Noordin selaku Pengerusi  JK Pelaksana Bengkel dan AJK-AJK
Dalam ucapannya TG berfokus pada konsep mengimarahkan masjid sebagai topik utama bengkel. Pendekatannya bagi  mengimarahkan masjid ialah berdasarkan ayat-ayat Al-Qur`an. Beliau bertolak pembicaraan berdasarkan ayat Al-Qur`an yang bermaksud:


``Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman dengan Allah dan pada hari akhirat, dia mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan dia tidak takut melainkan kepada Allah. Semoga mereka itu dari kalangan yang mendapat hidayah.`` (Al-Taubah: 18).
Daripada ayat di atas dapat difahami antara ciri-ciri memakmurkan masjid ialah wujudnya jamaah, masjid sebagai institusi mengukuhkan keimanan dan memupuk taqwa. Mereka patuh dengan suruhan Islam dengan bersolat dan berzakat. Mereka orang yang patuh dan tak takut melainkan kepada Allah dan mereka adalah dari kalangan orang yang mendapat hidayah.
TG Dato` Dr Haron Din memuji dengan kepekaan AJK Pembinaan dan Pemakmuran Masjid Al-Umm, walaupun masjid pada peringkat pembinaan fizikal pada peringkat 25%, tetapi dari awal mempunyai kesedaran merangka perancangan persediaan bagi memakmurkan masjid sebagaimana terbukti dengan perlaksanaan bengkel pada hari ini. Sesungguhnya menurut TG,`` Pihak AJK telah beberapa kali menemui saya di rumah bukan saja melaporkan pembangunan, tetapi membincangkan perancangan dan program yang akan dilaksanakan – termasuk juga berhubung dengan usaha mendapatkan dana.``
TG mau masjid sebagai `Rumah Allah` adalah menjadi tempat `mesra jamaah dan pengunjung` dan tidak disekat dengan aturan dan birokrasi. Kecintaan mereka hendaklah dipupuk terhadap masjid dan tertarik dengan apa yang dapat ditawar dan disajikan kepada mereka seperti kemudahan beribadat dan wadah keilmuan..
Menurut TG fungsi dan peranan masjid dapat difahami lagi dari firman Allah bermaksud:
``Dan kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman), ``Bersihkanlah  (Ka`bah dan Masjidil Haram dari perkara yang dilarang), untuk orang-orang bertawaf dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk dan sujud.`` (Al-Baqarah: 125).
Masjid adalah tempat suci, maka perlulah dijaga dari segi kesuciannya, baik  kesucian bersifat zahir dari kotoran nyata seperti najis dan sebagainya dan kotoran  yang merosakkan.yang bersifat maknawi seperti kekejian percakapan. Merujuk kepada Masjid Al-Umm ianya hendaklah dibina secara bersih dan ikhlas sebagaimana niat dan harapan para penderma.
Masjid Al-Umm haruslah mendukung ciri-ciri yang digaris oleh Al-Qur`an, bahkan Masjid Al-Umm hendaklah didirikan atas dasar taqwa  dan menjadikannya tempat para jamaah memupuk ketaqwaan sesuai dengan firman Allah bermaksud:
``Sesungguhnya Masjid (Quba` yang engkau bina wahai Muhammad) yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau bersolat padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (Al-Taubah: 108).
Demikianlah fungsi masjid yang utama adalah sebagai ruang dan peluang insan mendekati Allah membersihkan diri zahir dan batin (kotoran najis dan kekotoran paling tinggi ialah najis syirik)  – antaranya melalui  ibadat  dan pengajian yang dengannya meningkatkan ketaqwaan.
Sesungguhnya masjid adalah `Rumah Allah`, sebab itu pembinaannya hendaklah kerana Allah dan siapa yang beribadat padanya kerana Allah nescaya mendapat ganjaran pahala kerana Allah. Sesungguhnya firman Allah bermaksud:
``Dan adalah masjid-masjid untuk beribadat kepada Allah (semata-mata) dan janganlah kamu seru dan  sembah sesiapa bersama Allah. `` (Al-Jinn: 18).
Solat yang berkait rapat dengan masjid adalah ibadat paling istimewa dan perintah bersolat diterima melalui Isra` Mi`raj yang melibatkan perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa dan k e Sidratul Muntaha yang gambaran detailnya sebagaimana di dalam surah Al-Najm. Allah memperlihatkan ayat-ayatNya (tanda-tanda dan bukti-bukti) sebagaimana Allah memperlihatkan kekuasaan dan Kebesarannya melalui cerita tentang pemuda-pemuda Al-Kahfi yang  ditidurkan selama 309H. tahun di dalam alkahfi.
Masjid sebagai `Rumah Allah` perlu dipelihara kesucian dan hendaklah menjaga dari segi adab-adab, antaranya tidak senonoh dari segi berpakaian. Firman Allah bermaksud:
``Wahai anak Adam,  hendaklah  berpakaian sopan dan indah di Masjid.`` (al-A`raf: 31).
Keperluan menjaga adab dan bertatatertib berpakaian penting contoh pada hari Jumaat bila menunaikan solat Jumaat, supaya diri tidak memaslahkan kepada orang lain di samping menjaga ketertiban.
Di samping menjaga pakaian individu, masjid sendiri  hendaklah dijaga dari segi kebersihan, menarik dari segi landscape luar dan dalam dan menenangkan  fizikal, minda dan jiwa.
Masjid  sebagai  institusi Islam yang penting  seharusnya  menjadi pusat bagi ibadat, pendidikan,  keilmuan dan kemasyarakatan.

Sekian.

September 22, 2014

Bengkel Bagi Merancang Dan Mengimarahkan Masjid Al-Umm


BBB, 26 Zulkaedah 1435 = 21 September 2014 (Ahad):
Bengkel di atas dirancang selepas setengah tahun pembinaan fizikal Masjid Al-Umm berlangsung (10 Disember 2013 – Jun 2014), namun ianya ditangguhkan kepada hari ini, iaitu selepas separuh dari tempoh pembinaan fizikal Masjid Al-Umm  berlangsung yang dijangka siap pembinaan pada pertengahan Mei 2015. Bengkel diadakan ialah sebagai persediaan bagi pengisian kegiatan, khususnya pengajian yang akan diisi sebagai kegiatan masjid. Bagi tujuan ini jawatankuasa pendidikan  diketuai oleh Dr. Tajul Ariffin Noordin dengan ahli-ahlinya Nik Muhammad Adhan (S/U), Hj. Mohd Ghazali Abbas, Hj Ahmad Hasbullah, Hj. Abdul Rahman Daud, Hj. Mohd. Suib Maulud, Hj. Mohd. Nor Mohd. Yasin dan Dr. Mohd Sobri Haron, mereka telah merangka program bagi menjayakan bengkel pada hari ini bertempat di Puri Pujangga UKM mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.


Bagi mencapai matlamat apakah kegiatan-kegiatan yang dapat mengimarahkan Masjid Al-Umm yang dijangka mulai digunakan pada pertengah Mei 2015, maka dijemput Nazir Masjid Al-Hasanah Pengerusi surau-surau bersama setiausaha atau wakil-wakil  sebagai peserta-peserta termasuk NGO-NGO. Jumlah mereka termasuk AJK-AJK Pembinaan Masjid Al-Umm adalah seramai 100 orang. Diharap pengalaman  mereka mentadbir masjid dan surau-surau dapat memberi  input yang dapat menjadi panduan bagi AJK Masjid Al-Umm menjalankan kegiatan bagi mengimarahkan masjid tersebut. Pengerusi majlis bagi perjalanan bengkel  ialah Tuan Haji Ghazali Abbas.
Objektif bengkel  antaranya ialah:


·         Mengenal pasti kegiatan, keilmuan dan  pengajian yang akan diisi
·         Memilih kitab-kitab dan kurikulum serta guru-guru  bagi bidang-bidang pengajian
·         Sasaran pengajaran yang melibatkan semua generasi
·         Taburan masa bersesuaian bagi semua jenis pengajaran
·         Bermatlamat dengan kegiatan masjid membentuk masyarakat dan generasi berilmu dan bertakwa  di Bangi


Tokoh utama yang mengisi aturcara yang  menyampaikan ucaputama ialah Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din selaku Penaung dan Penasihat bagi AJK Pembinaan,  Pengisian Pengajian dan Kegiatan di Masjid Al-Umm. Dengan didahului ucapan alu-aluan oleh Dr. Tajul Ariffin Noordin selaku Pengerusi Bengkel  dan diikuti Taklimat Pembinaan Masjid Al-Umm oleh  Haji Abdul Rahman Daud, manakala pembentangan kertas kerja disampaikan  oleh Dr.Haji Shafie Abu Bakar selaku Pengerusi AJK Pembinaan Masjid Al-Umm dengan Pengulas ialah oleh Profesor Dr. Azimi Hamzah dari Fakulti Pendidikan UPM. Moderator bagi sesi pembentangan ialah Tuan Haji Ahmad Hasbullah.  Adalah diharapkan dari pembentangan kertas kerja dan pengulasan dapat dijana pendapat-pendapat dan cadangan-cadangan dari peserta-peserta apabila sesi soal jawab dibuka.


Satu lagi program yang disusun ialah Sidang Pleno mulai jam  2.30 hingga 4.30 petang. Ahli-ahli sidang  ialah mereka yang terlibat secara langsung dengan pentadbiran masjid-masjid. Mereka ialah Ustaz Asrizal yang merupakan penceramah bebas lulusan Syariah dari Jordan dan pernah  berkhidmat sebagai Pegawai di Balfast Islamic Centre di Ireland beberapa tahun sebelum kembali ke Malaysia. Ahli bagi sidang Pleno kedua ialah Ustaz  Napiah Shahrani yang merupakan Nazir bagi Masjid Al-Umm dan berpengalaman menjadi  guru sekolah, pentadbir dan pensyarah di Institut Pendidikan Islam Bangi sebelum bersara dan menjadi Nazir Masjid. Beliau juga merupakan guru tarannum. Seorang lagi ahli sidang pleno ialah Ustaz Abdul Muis Pegawai dari PAID Hulu Langat yang terlibat secara langsung dengan pentadbiran Masjid-Masjid dan surau-surau di Hulu Langat. Moderator bagi sesi sidang pleno ini dikendalikan oleh Dr. Mohamad Sabri Haron, Profesor Madya dari Pusat Pengajian Umum UKM.


Bengkel yang diadakan secara ekslusif dengan jemputan secara khusus ini mendapat sambutan di luar dugaan. Peserta-peserta, termasuk ada wakil dari wanita memenuhi ruang bengkel dan penyertaan mereka berterusan sehingga ke sesi petang. Sudah tentulah, walaupun bengkel bertujuan mendapat cadangan dan saranan bagi kegiatan Masjid Al-Umm, pihak surau-surau turut sama mengambil manfaat dari berbagai cadangan yang dikemukakan oleh peserta-peserta.


Dengan benkel yang diadakan ini banyak cadangan yang dapat disifatkan sebagai bernas dikemukakan  oleh peserta-peserta yang akan dijadikan dokumen dan panduan di dalam mengisi kegiatan-kegiatan bagi mengimarahkan Masjid Al-Umm – Insya Allah.

Sekian.

September 21, 2014

Faham Liberalisme Dan Pluralisme Perbincangan Topik Berat Anjuran Jabatan Mufti Selangor - Komentar


BBB, 25 Zulkaedah 1435 = 20 September (Sabtu):
Kita ucap tahniah di atas usaha pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor mengadakan Dialog Fatwa Perdana 2014 pada 18 September 2014 bersamaan 23 Zulhijah 1435 bertempat di Dewan Jubli Perak SUK, Shah Alam. Penulis tidak masukkan Syiah sebagai topic berat kerana ianya tidak selari dengan liberalisme dan pluralisme  sebagai bidang falsafah. Namun Syiah  adalah jelas penyimpangan dari pegangan umat Islam yang juga  jelas bercanggah dengan pegangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah yang jika dibiarkan dan tidak dicegah memecahbelahkan umat Islam, khususnya di Malaysia.
Topik yang dibicarakan di dalam dialog Fatwa Perdana jelas adalah berat dan adalah dijangka tidak semua khalayak yang hadir memahami apa itu sebenarnya liberalisme dan pluralisme. Sebagai bukti dari semua persoalan yang dikemukakan, hanya seorang yang memahami topic yang dibicaraka (tidak termasuk persoalan mengenai Syiah). Walau bagaimana persoalan liberalisme dan pluralisme  adalah amat penting diberi perhatian, kerana ianya mengancam akidah kepercayaan umat Islam.
Sekular ialah faham yang memisahkan kepercayaan agama dari kehidupan dunia yang seharusnya diberi tumpuan. Agama menurut faham sekularisme  tidak seharusnya campur dalam kehidupan dan kehidupan adalah yang kini dan tak ada hubungan dengan kepercayaan agama. Dalam kata lain tidak ada hubungan dengan kepercayaan tentang akhirat, bahkan Tuhan dipersoalkan. Liberalisme adalah lahir dari secular. Liberal adalah lambang kebebasan dari ikatan kepercayaan dan nilai-nilai yang mengikat. Liberal adalah kebebasan dan penentuan adalah atas pilihan dan tindakan individu. Norma adalah aturan dan undang-undang, tetapi kesedaran tertinggi adalah kemanusiaan (humanism) yang  boleh dikatakan sebagai etika kemanusiaan itu sendiri. Pluralisme adalah natijah dari faham secular dan kebebesan kekinian yang dilihat dengan runtuhnya batas-batas kepercayaan dan sekatan dan melihat manusia hendaklah  kembali kepada watak kemanusiaan dan kehidupan kekinian dan halangan-halangan yang diakibatkan oleh sesuatu tak bersebab menyekat perlu diruntuhkan. Kalau ada yang dihormati mungkin dari apa yang dicapai melalui budaya dan nilai-nilai manusia. Lantaran itu agama sebagai satu kepercayaan (jika masih ada percaya) seharusnya terbuka lantaran dilihat arah tuju yang sama sesuai dengan apa yang dikatakan `luaran berbeza tapi dalaman dan tujuan sama). Lantaran itu  ada yang hidup sebumbung berlainan kepercayaan. Bahkan etheis, theis boleh bersama dan berlaku kahwin campur dan lebih daripada itu bersekedudukan secara bebas.
Ini adalah gambaran masyarakat yang lahir dari liberalisme dan pluralisme. Mereka bukan dari kalangan masyarakat biasa, tetapi dari kalangan berpelajaran. Contoh Nurkhalis Majid tenaga pengajar di university di Indonesia, Aliran Penolakan terhadap Hadith yang juga dari tokoh intelektual, Sisters in Islam kelompok  wanita intelektual yang banyak mempersoalkan hukum-hukum Islam. Sungguhpun mereka tidak ramai, tetapi berpengaruh dan mendapat dokongan mereka yang sealiran dan biasanya berpendidikan tinggi. Di zaman globalisasi dan tanpa sempadan, pemikiran mereka tersebar cepat dan meluas dan pengkut secara diam melebihi dari yang terang-terang !
Nah inilah yang dihadapi oleh `Dialog Fatwa Perdana` yang sebenarnya.
Kita mengharap sejauh mana – tidak adil mengharapkan kepada Jabatan Mufti Selangor sahaja, berdepan dengan perang pemikiran berkenan, sebenarnya ia menjadi cabaran kepada universii-universiti bernama Islam, jabatan-jabatan bernama Islam, ulama dan tokoh intelektual  Islam menyahut cabaran global yang dihadapi oleh umat Islam. Kita mau universiti-universiti bernama Islam menjawab secara dialog intelektual yang mematahkan hujah-hujah para pendukung faham secular, liberal dan plural. Kita menunggu penghasilan buku-buku yang dapat memberi  jawapan tuntas  terhadap hujah-hujah pendukung secular, liberal dan plural.
Problem yang dihadapi umat yang antara mereka mendepani krisis keyakinan, antaranya kerana kegagalan umat menyediakan wadah keilmuan Islam yang selari dengan perkembangan dan kepantasan keilmuan awam.Kekuatan yang ada pada masa kini lebih bergantung pada kekuatan tradisi yang mendapat dokongan massa, berdepan dengan kelompok kecil tetapi perkasa. Kita perlu pengkuhan, bahkan keperkasaan dari intektual dan ilmuan Islam yang dapat mematahkan hujuah-hujah pendukung sekularisme, liberalism dan pluralism secara berkesan.

Sekian.

September 20, 2014

Liberalisme, Pluralisme Dan Syiah Mengancam Akidah - Dialog Fatwa Perdana


BBB, 24 Zulhijjah 1435 =  19 September 2014 (Jumaat):
Semasa sesi perbincangan bagi dialog di atas dibuka seramai lima orang peserta sempat mengambil bahagian mengeluarkan pendapat dan pertanyaan.


Peserta terawal bercakap ialah Tuan Haji Ismail Mina  bin Haji Ahmad dari Pertubuhan Maufakat. Beliau seorang tokoh yang selama ini terkenal  dalam mempertahankan kemurnian Islam.  Menurut beliau liberalism yang dibawa antaranya oleh Sisters In Islam mempengaruhi anak muda, antaranya aktif di Seremban yang antara mereka adalah bekas pelajar seperti lulusan dari Mesir dan Pakistan. Menurut Tuan Haji Ismail ada institute yang dikenali dengan Institut Kajian Dasar (IKD) turut mendukung faham liberalism. Belia menyebut beberapa nama yang bergiat dengan faham tersebut. Antaranya mendapat sokongan dari parti politik tertentu.
Menurut S.S. Dato` Setia Haji Mohd Tamyez bin Abdul Wahid Dato` Seri Utama Diraja Mufti Selangor, apa yang diutarakan oleh Tuan Haji Ismail bukan soalan, tetapi memperjelaskan pengaruh liberalism di Selangor dan pandangannya diterima.
Tuan Haji Mohd Azlan bin Muhammad Sharif bertanyakan masalah minority orang Islam di Pulau Ketam yang kurang jamaah, adakah perlu mendirikan solat Jumaat. Menurut Tuan Mufti perlu didirikan Jumaat di Balai Islam yang ada, walaupun tidak cukup ahli jamaah. Beliau juga bertanya dengan kalangan muallaf yang lebih dari lima tahun Islamnya, apakah dia masih mendapat bantuan atas nama muallaf. Menurut Tuan Mufti Dia boleh terima dengan perpindahan status muallaf kepada kategori miskin. Tuan Haji Azlan mau lebih banyak NGO-NGO bergerak aktif ke Negara-negara yang dilanda bencana, khususnya bagi Negara umat Islam. Pertolongan kepada mereka mengeratkan persaudaraan dalam Islam, di samping mempertingkatkan imej Negara  terlibat dengan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan.
En. Muhammad Maruan menujukan soalan kepada  Dato Haji Mokhtaqr Bin Hj. Shafii tentang  macam-macam gambaran tentang Mazhab  Syiah. Menurut mereka akidah adalah sama.  En. Muhammad Maruan diingatkan perlu berhati-hati dengan sikap taqiyyah mereka dan jangan terjatuh dalam masalah yang biasa mereka berlindung di atas nama `taqiyyah.
Saudara Muhammad Maruan juga bertanyakan tentang ASB. Soalan ini dijawab Dato` Mufti, bahawa ASB melakukan amalan tidak menurut Syariah dan Selangor berpendapat tidak wajar melibatkan diri  dengannya. Beliau juga bertanya tentang ISIS yang dialog tidak member komen tentang soalan ini – mungkin terlepas dari perhatian.
Seorang penanya yang kenal rapat dengan pengikut Syiah yang menurutnya normal dan biasa. Beliau diharap tidak terpengaruh dengan kawan berkenaan, sebaliknya beliaulah sepatutnya berusaha mengembalikan sahabatnya ke pangkal  jalan.
Penanya terakhir ialah saudara Razman bin Mohd. Nor, Beliau mengemukakan soalan berhubung dengan peristiwa Bani Thaqifah, Tentang Abu Musa al-Ash`ari berhubung peristiwa Tahkim, soal muallaf yang melebihi lima tahun, soal Syiah dan tentang pejuang  yang syahid di Syria. Dato` Haji Mokhtar secara ringkas menjawab soalan-soalan beliau. Peristiwa di Bani Thaqiqah berhubung dengan perlantikan Sayyiduna Abu Bakar menjadi khalifah adalah disetujui oleh para sahabat, termasuk oleh sayyiduna Ali k.w. Tapi perkara ini (tak puas hati) ditimbul oleh pihak lain jauh kemudian dari masa sebenarnya.. Berhubung dengan peristiwa Tahkim adalah peristiwa yang banyak mengubah jalan sejarah umat Islam dan menjadikan umat berpecah-pecah, tapi ada hikmat yang tersendiri. Tentang Syiah adalah sentiment pengikut yang lebih membawa kepada perpecahan yang pihak musuh menjadikannya sebagai senjata adu domba. Soal muallaf, jika beliau masih dalam kategori asnaf, beliau masih wajar mendapat bantuan dan dia perlu kepada bimbingan yang dapat melepaskannya dari sikap menadah tangan. Adapun kematian  `syahid ?` dalam perjuangan di Syria perlu kepada penelitian yang lebih lanjut. Video tentang Syiah turut ditayangkan bagi pengukuhan penerangan.

Pada dasarnya soalan tidak seluruhnya berfokus pada tajuk tentang liberalisme, pluralisme dan Syiah. Sebagai rumusan dapat diteliti apa yang diucapkan oleh Y.A.D. Dato` Mufti  Selangor sebagai kata-kata alu-aluan kepada Majlis Perasmian dan Penutup yang disampaikan oleh Y.A.D. Dato` Setia Haji Muhammad Adzib bin Mohd. Isa Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor. Menurut Dato` Mufti faham liberalism dan pluralism  adalah hasil dari faham secular yang terbuka dan  menerima kepercayaan campur aduk yang menjadikan masyarakat campuraduk dan kacau dari segi keyakinan dan tiada paksi keyakinan. Mereka menyamakan yang tidak sama dan membetulkan yang tidak betul yang menjadikannya semua tidak betul. Leberalisme dan pluralisme adalah agenda Barat yang selepas era penjajahan Negara dan fizikal, merangka penjajahan minda  yang menghilangkan keyakinan dan menghilangkan identity dan jati diri masyarakat yang akhirnya kacau kerana tiada paksi pegangan tanpa keyakinan. Masyarakat perlu disedarkan dari fatamorgana yang tiada keaslian, sebagaimana masyarakat juga perlu sedar pada kekaguman terhadap Iran dari kejayaan revolusi yang apabila bila didekati banyak pertentangan denga Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah, jika diikuti sebagaimana liberalism dan pluralism menjadikan kita terperangkap di dalam jaring-jaring kontradiksi, perpecahan  dan hilang kemurnian dan ketenteraman.
Y.A.D Dato` Adzib bin Mohd Isa dalam ucapan perasmian dan penutup menjelaskan proses fatwa dan penguatkuasa terhadap seperti kesalahan akidah dan ajaran sesat. Menurutnya peranan Mufti yang dilantik Sultan menurut anekmen diperuntukkan ialah menyiasat kes yang diterima. Kes diteliti dan dikaji dan dikemukakan kepada AJK Fatwa untuk diputuskan. Pihak Mufti memutuskan fatwa, tetapi pelaksanaan dan tindakan dilakukan oleh pihak penguatkuasa termasuklah polis.  Keputusan jika perlu digazetkan untuk kepentingan orang ramai. Tetapi tidak semua keputusan digazetkan. Penyelarasan diadakan dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Tetapi ada keputusan negeri tidak sama dengan Persekutuan atau antara negeri-negeri contoh fatwa mengenai merokok dan ASB.
Dato` Adzib memuji pihak Jabatan Mufti negeri yang Berjaya mengadakan Dialog  Fatwa Perdana 2014. Beliau berharap ianya lebih member kefahaman terutama kepada pemegang-pemegang tauliah yang dapat memeberi penerangan kepada masyarakat mengenai sesuatu isu yang timbul bagi kepentingan masyarakat. Sebagai tanda penghargaan kesudian Y.A.D. Dato` Adzib merasmikan Dialog dan penutupan Dato` Mufti menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Dato` Adzib.

Sekian.

September 19, 2014

Dialog Fatwa Perdana 2014 Anjuran Jabatan Mufti Selangor


Shah Alam, 23 Zulkaedah 1435 = 18 September 2014 (Khamis):
Majlis dialog di atas adalah merupakan kali pertama dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor. Majlis dialog berlangsung di Auditorium, Dewan Jubli Perak, SUK 40000 Shah Alam mulai jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Dua kertas kerja dibentangkan:
1)      Bertajuk:  Fatwa  Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama
Pembentang: Y.A.D. S.S. Dato` Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid
Dato` Seri Utama Diraja Mufti Selangor
2)      Bertajuk: Fatwa Berkaitan Ajaran Syiah Di Negeri Selangor
Pembentang: Y.Bhg. Prof. Madya Dato` Haji Mohd. Mokhtar bin Hj. Shafii
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor


Dalam pembentangannya S.S.  Dato` Mufti  Selangor menyatakan bahawa  faham liberalism dan pluralism  sebelumnya tidak wujud di negeti Selangor. Dari pertembungan dengan budaya dan faham dari luar dibawa masuk oleh kalangan yang terpengaruh dengan kedua-dua faham berkenaan. Faham liberalism  dan pluralisme adalah berbahaya, ianya merupakan api di dalam sekam yang boleh merosakkan akidah mereka yang terpengaruh dan mengikutinya. Faham yang meracunkan ini disebarkan antaranya melalui internet. Mereka menggunkan lima  S, iaitu:
1)      Sex     2.  Sport    3)  Smoke    4)  Screen  5)  Scene
Liberalisme tumbuhnya di Barat bertujuan untuk menentang kuasa gereja dan menghadkan kuasa politik. Kemudian ia berkembang dan memfokuskan  perjuangan kepada menghadkan kuasa politik, pertahan pemilikan dan perjuangan membela hak asasi manusia.
Dari segi pluralisme menurut Dato` Mufti Selangor. Mereka perjuangkan kebebasan agama dan menganggap semua agama betul. Berbeza luaran, tapi sama tujuan dan dalaman. Mereka menganjurkan merubah tafsiran lama terhadap Islam kepada tafsir baru dan bersesuaian dengan  suasana semasa. Bagi pluralisme, bahawa  kebenaran itu milik bersama dan tidak ada beza.
Pluralisme  berfaham bahawa , akal manusia adalah wahyu, mereka menimbulkan keraguan tentang Al-Qur`an, persoal tentang kenabian  dan menganjurkan membuat tafsiran baru terhadap Al-Qur`an menurut kesesuaian masa. Mereka menolak Hadith. Mereka memperjuangkan tentang kebebasan beragama dan  memetik ayat Al-Qur`an bahawa:
`Tiada paksaan dalam beragama. (Al-Baqarah: 256)
Mereka persoal tentang Imam mengapa mesti hanya lelaki, mereka mau wanita juga boleh mengakadkan nikah dan menjadi wali dan juga mau wirathah harta pesaka dibahagi secara adil.
Pengaruh Liberalisme dan Pluralisme di Indonesia seperti yang disebarkan oleh Nur Khalis Majid, manakala di Malaysia seperti yang diperjuangkan oleh Sisters  In Islam dan Faham Yang Menolak Hadith dan juga yang mau `Kalimah Allah` bebas digunakan oleh agama lain.
Faham-faham yang merosakkan akidah ini perlu ditentang dan dibasmikan bagi menyelamatkan akidah umat.


Berhubung dengan Fatwa Berkaitan Ajaran Syiah Prof. Madya Dato` Hj. Mohd Mokhtar Bin Hj Shafie AJK Fatwa Negeri Selangor menyatakan bahawa kemenangan Iran menentang Amerika pada tahun 1969 dan kejatuhan rejim Shah Iran mendapat sokongan Malaysia dengan harapan dapat menyatupadukan umat dan mengkuhkan Islam. Ada kalangan mereka yang berhubungan dan melawat bahkan belajar di  Iran, tetapi ketara kemudian ada masalah yang mengancam dari segi akidah yang menjadikan kita lebih berwaspada di dalam berhubungan dengan mereka, bahkan pengaruh Syiah bertempat di kalangan mereka yang terpengaruh dengan ajaran Syiah yang berlainan dari pegangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah. Misalnya pengucapan syahadah Syiah berlainan dari syahadah pegangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah, pemujaan terhadap Sayyiduna Ali dan penentangan mereka terhadap Khalifah Abu Bakar, Umar dan `Uthman, konsep ma`sum pimpinan, penambahan mereka terhadap Al_Qur`an. Mereka berpegang dengan Mushaf Fatimah . Seterusnya soal  mut`ah yang bertentangan dengan ajaran ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah.


Faham Syiah bukan saja berlainan dari Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah, tetapi jika dibiar berkembang di Malaysia boleh membawa perpecahan di kalangan umat
Dengan dialog diharap memberi  kesedaran dan ingatan. Para pemegang tauliah diharap mengingatkan masyarakat tentang bahayanya liberalism, pluralism dan Syiah yang perlu ditentang dan dibasmikan bagi menyelamatkan umah dari perpecahan. Kita perlu perkukuhkan pegangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah.
(Akan diikuti dengan dialog dan acara perasmian penutup).

Sekian.

September 18, 2014

Yang Baru Dalam Pembinaan Yang Lama Perlu Pemuliharaan


Kuala Selangor, 22 Zulkaedah 1435 = 17 September 2014 (Rabu):
Penulis yang setiap hari berdepan dengan pembinaan Masjid Al-Umm dan sebarang perkembangan dapat dilihat depan mata kepala, lantaran pembinaan masjid tidak jauh dari rumah dan pejabat penulis sendiri. Prihatin terhadap kemajuan pembinaan, baik pagi atau petang sengaja Penulis mendekati benteng bangunan masjid bagi melihatnya lebih dekat, bahkan adakala masuk ke tingkat-tingkat bangunan bagi  menghayati pembinaan  masjid yang masih pada peringkat menyiapkan rangka bangunan tiga tingkat itu. Penulis dan tentulah AJK dan orang ramai, khususnya penderma-penderma mengharapkan Masjid Al-Umm akan siap mengikut jadual dan  spesifikasi architecturenya agar dapat digunakan menurut jadual.


Pagi ini di Kampung Permatang Pasir, Penulis selaku Timbalan Pengerusi Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan  Selangor (PADAT)  berdepan dengan situasi  berlainan dan kontradik, jika Masjid Al-Umm yang dalam pembinaan itu begitu kukuh dan hebat, tetapi yang Penulis depani ialah sebuah rumah warisan yang begitu using dimamah usia dan rosak. Turut hadir sama ialah Y.B. Dr.Ahmad Yunus Hairi Pengerusi PADAT yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Puan Azlinda Azman CEO PADAT , Prof. Dr. A. Ghafar Ahmad Pakar Pemuliharaan Bangunan Lama dari USM,  AJK-AJK PADAT dan kakitangan..


Kehadiran kami adalah dalam rangka menilai kembali `Rumah Warisan Bersenibia Bugis` yang dicadang untuk dipemulihara dan kemungkinan menempatkannya  kembali sama ada di Kuala Selangor atau di pekarangan Muzium Sultan Alam Shah, di Shah Alam. Prof. Dr. A. Ghafar Ahmad dari USM adalah pakar Pemuliharaan sengaja dijemput bagi menilai dan membuat cadangan-cadangan. Kesedaran tentang kewujudan Rumah Tradisi Bugis ini telah dikenalpasti sejak beberapa Tahun yang  lepas. Pada masa Penulis selaku ADUN Bangi  (2008-2013) dan dilantik selaku Pengerusi Padat (2012-2013), Penulis dan AJK telah membuat lawatan awal dan berikutnya. Dari penilaian yang dibuat pihak AJK memberi priority memulihara Rumah Warisan Bugis ini. Pada masa itu, walaupun rumah berkenaan telah usang, tetapi masih boleh dinaiki dengan selamat. Bahagian bumbung pada masa itu sengaja ditutup dengan tikar plastic untuk melindung bangunan dari hujan panas yang boleh menyebabkan lekas reput. Tetapi pada hari ini, penutup plastic telah hancur dan yang masih tinggal ialah cebisan-cebisan daripadanya kelihatan bersangkutan, di samping terdapatnya sedikit atap nipah yang terpasang  pada sebahagian dari kasau bumbung. Dapatlah dikatakan bertahun selepas kunjungan bangunan terdedah kepada hujan panas dan luluhawa yang menyebabkan lantai reput dan menaikinya perlu berhati-hati. Dapatlah dikatakan ada kealpaan dari segi penjagaan.


Rumah Warisan Bugis pada asalnya  adalah warisan yang diwarisi oleh keluarga keturunan Bugis di sini. Menurut En. Mohd Ruslan  (54) antara pewaris mutakhir Rumah Warisan Bugis ini, bahawa rumah ini dibina oleh moyang mereka  Mohd Taib bin Katas bin Zainal dari keturunan Daeng Pandan dari Sulawesi. Ayah Mohd Ruslan, iaitu Zainal bin Mohd Taib mewarisi rumah ini dan beliau (Zainal) pernah dilantik selaku Ketua Kampung.  di Kg. Permatang Pasir. Ayahnya meninggal  pada 2009. Selepas itu Rumah Warisan Bugis ini  terbengkalai.
Keaslian Rumah Warisan Bugis ini adalah pada bahagian rumah ibu, manakala bahagian dapur yang lama telah diubahsuai dan bahagian asal sudah tidak ada. Tetapi secara lakaran dapat digambarkan, terutama bagi keluarga warisan yang masih mendiami bahagian dapur.
Sejak Mesyuarat pemuliharaan pada  awal 2012 beberapa usaha telah dilakukan. Antaranya  penentuan waris yang berhak terhadap Rumah Tradisi Bugis, rundingan pembelian bangunan berkenaan, kos yang ditaksirkan dan pihak JAIS dirujuk mengenai pembahagian wang secara faraid bagi waris-waris yang berhak. Taksiran dibuat adalah sebanyak RM50,000 dan pembahagian telah dibuat terhadap waris-waris. Ini bererti bangunan Rumah Tradisi Bugis ini adalah menjadi hak PADAT.
Kehadiran rombongan pada pagi ini lebih kepada bagaimanakah rumah berkenaan hendak dipindah. Kecenderungan nampaknya lebih tinggi untuk memindahkannya ke dalam kawasan Muzium Alam Shah di Shah Alam dari memindahkan ke kawasan  Muzium di Bukit Melawati, Kuala Selangor, kerana difahamkan  tiada tapak di situ. Tidak ada rancangan untuk mengekalkan di tapak asal, kerana ia melibatkan pemilikan tanah.


Penulis berdepan dengan dua situasi yang menyentuh rasa sayang terhadap kedua bangunan. Bangunan Masjid Al-Umm yang dalam pembinaan dengan ghairah mahu masjid itu siap dengan baik dan menarik. Sentuhan rasa saying juga terhadap `Rumah Warisan Bugis` yang satu-satunya rumah sedemikian masih wujud di Selangor. Terasa sedih dan sayang terhadap bangunan  berharga dari segi budaya sudah rosak teruk. Kita sama berharap tindakan segera, berkesan dan efektif segera diambil bagi memulihara Rumah Warisan Bugis ini agar tidak hilang ditelan zaman.

Sekian.