BBB, 02 Zulhijjah 1435 = 27 September 2014 (Sabtu):
Sejak melancarkan derma bagi Dana Masjid Al-Umm pada 19 Mei 2012 hingga akhir tahun tersebut oarng
mula bertanya, bilakah masjid akan didirikan. Bagi menunjukkan kepada
masyarakat bahawa usaha bagi pembinaan sedang dilakukan, antaranya ialah dengan
membersih tapak dan menaikkan papan tanda Masjid Al-Umm. Adalah menjadi hasrat
AJK Pembinaan, bahawa pembinaan masjid
akan dilakukan pada tahun 2013 ini juga. Antara tindakan yang diambil bagi
menyegerakan pembinaan ialah:
a)
Majlis
Mesra Kenduri Kampung
Adun Bangi berusaha mendapat persetujuan dari Y.A.B. Tan Sri
Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim bagi melawat tapak Masjid Al-Umm. Dato` Menteri
Besar setuju hadir pada 6 Januari 2013. Untuk itu AJK membuat persiapan,
termasuk kerjasama dengan MPKj membersih tapak dan menyediakan tangga ke tapak
pembinaan. Majlis berlangsung di hadapan tapak masjid dengan mendirikan khemah
untuk tamu dan juga pameran pelan pembinaan masjid. Pada pagi itu Y.A.B
menerima derma yang disumbangkan dan yang lebih penting Y.A.B. mengumumkan yang
kerajaan negeri akan menyumbangkan atas kadar ringgit per ringgit hingga se
jumalh RM6 juta, iaitu separuh dari kos RM12 juta. Majlis yang diadakan amat
Berjaya.
b)
Infak
Ramadhan
Menjalankan penerangan dari surau ke surau juga masjid bagi
meningkatkan derma dan pada bulan Ramadhan 1434/ Julai 2013 melancarkan Rayuan
Infak Ramadhan dengan jangkaan orang ramai lebih berminat bagi melakukan
ibadat menderma dan waqaf sempena bulan Ramadhan
c)
Pelepasan Cukai Pendapatan
Mengumumkan bahawa derma kepada Masjid Al-Umm mendapat
pelepasan Cukai Prndapatan bagi mereka yang berhasrat mau mendapat Pelepasan
Cukai. Kelulusan Pelepasan Cukai
didapati, wlaupun sedikit lewat, iaitu dari 1 Mac 2014 hingga 28 Februari 2017 sebagaimana surat
LHDN 01/35/42/51/129-6.7271.
d)
Melantik Penaung Bagi Mengukuhkan Kedudukan
Mesyuarat AJK Pembinaan Masjid Al-Umm Bil. 3/2013 pada 30
Januari 2013 bersetuju untuk mengadakan pertemuan bagi mendapat persetujuan
bagi melantik TG Dato` Dr. Haron Din menjadi Penaung bagi AJK Pembinaan Masjid
Al-Umm. Keizinan diperolehi, iaitu melalui pertemuan dibuat selepas TG menyampaikan
kuliah sempena menyambut Ramadhan di
Kompleks Pendidikan Islam Bangi pada pagi 27 Sya`ban 1434 bersamaan 6 Julai
2013. Beliau bersetuju menerima perlantikan sebagai Penaung. Berikut dari itu AJK Pembinaan Masjid
Al-Umm telah mengadakan pertemuan dengan
TG Dato` Dr. Haron Din dirumahnya pada 16 Disember 2013. AJK melaporkan kepada TG
tentang kemajuan dari segi persediaan untuk membina Masjid Al-Umm dan juga
membincangkan cara-cara untuk mendapat kewangan.
e)
Urusan dengan pihak MPKj
Mengadakanpertemuan dengan YDP MPKj dan pegawainya pertengahan
2013 berbincang mengenai pelan arkitek
yang belum diluluskan. Kemudian pada 8 Oktober 2013 menulis surat susulan mohon diluluskan Pelan
Pembinaan Masjid Al-Umm. Surat kelulusan
diterima pada 16 Disember 2013. Rujukan kelulusan (11 dlm. MPKj 8/P/2/2013) – Diluluskan
mulai 4 Disember 2013.
f)
Memilih
Kontrektor
Dengan hasrat mau membina Masjid Al-Umm pada tahun 2013 juga
maka. Pihak May Consult Perunding diminta oleh AJK Pembinaan Masjid menyediakan dokomen tender. Disediakan pada 11
September 2013 dan dibawa kepada perbincangan dan diikuti dengan iklan. Tarikh
penjualan dokumen pada 2 Oktober 2013.Tarikh tutup dilanjutkan dari 16 kepada 21 Oktober 2013.
Sebanyak 10 kontrektor
membuat pembelian dokumen dan datang interview pada 19 November 2013.
Kontrektor-kontrektor dimaksudkan ialah:
1)
GTS
Contractor Sdn. Bhd.
2)
Tekad Nusantara Sdn. Bhd.
3)
Margong Jaya Services sdn. Bhd.
4)
Vastec Engineering Sdn. Bhd.
5)
Twinty Enterprise Sdn. Bhd.
6)
Iqtiqad Maju Sdn. Bhd.
7)
Bangi Mas Sdn. Bhd.
8)
Ufukrata Sdn. Bhd.
9)
Pembinaan Sham
10)
SDE Bina Sdn. Bhd.
(No. 7, 8 dan 9 tak datang untuk diinterview)
Setelah AJK peninterview diketuai Pengerusi Pembinaan Masjid
Al-Umm membuat penilaian, maka keputusan diambil menwarkan kontrek pembinaan
Masjid Al-Umm kepada `Tekad Nusantara
Sdn. Bhd. Surat tawaran dibuat pada 21
November 2013 dan Tekad menyatakan persetujuan pada 25 November 2013. Masuk
tapak yang menandakan mulai kerja ialah pada 10 Disember 2013. Lewat seminggu
dari kelulusan pelan oleh PKNS (4 Disember 2013). Tarikh janji siap ialah
selama 18 bulan yang dijangka siap pada 25 Mei 2015.
Ini bererti hasrat mau membina Masjid Al-Umm pada tahun 2013
dapat dilaksanakan, walaupun pada peringkat hujung tahun 2013. Bagi AJK
Pembinaan, walaupun jumlah dana hingga akhir Disember 2013 yang dapat dikumpulkan hanya sebanyak RM2,641,102.35
- pembinaan dimulakan. Adalah diharapkan dengan bermulanya pembinaan orang
ramai lebih berkeyakinan dan mereka lebih murah hati untuk menderma.
Sekian.
No comments:
Post a Comment