Hingga kini 57 tahun negera merdeka
Setiap tahun diadakan sambutan
Apakah ianya sekadar pesta ulangan ?
Merdeka adalah pengiktirafan dan peluang
Tidak hanya tumpuan kepada orang politik
Itupun secara berpihak, lupa pada yang berhak
Tidak saja pada perajurit sekadar berparade
Merdeka untuk semua rakyat Malaysia
Berpeluang menyumbangkan jasa.
Merdeka iktiraf pada
ibu bapa para guru berjasa
Mendidik anak bangsa sebagai warga terpelajar
Mengeluarkan pemimpin
berbagai sektor kerjaya
Memacu kemajuan Negara.
Merdeka memberi
penghormatan
Pada petani nelayan pekerja industri pengeluaran
Walaupun dilihat mereka sebagai pekerja biasa
Tapi mereka adalah landasan kehidupan
Tanpa mereka terhalang kemajuan.
Merdeka adalah mengutama
Pelabur peniaga pengusaha
Sektor penting Negara
Penyedia peluang kerja
Dinamik ekonomi Negara
Merdeka tidak mengabaikan
Sektor perkhidmatan berbagai bidang
Melicinkan perjalanan tadbiran
Lumpuh tanpanya segala urusan
Merdeka memberi ruang
kepada
Pemikir kreatif berdaya inovatif
Diinamik dengan pembaharuan
Segar dan merangsang kemajuan.
Kepada mereka semua diberi pengiktirafan
Menggilirkan kepada yang berkelayakan
Terbaik dari kalangan mereka
Galakan dan sari
tauladan
Digerak pemimpin berwawasan.
Bandar Baru Bangi,
05 Zulkaedah 1435
31 Ogos 2014.
No comments:
Post a Comment