BBB, 8 Zulkaedah 1435 = 3 September 2014 (Rabu):
Pada hari ini kelihatan lori pembancuh simen melengkapkan
curahan dan perataan semin ke lantai dan kotak-kotak tiang bahagian sayap kanan
sebelah masjid. Dengan kerja ini hamper melengkapkan rangka struktur Masjid. Sebagaimana
disebutkan bahawa separuh dari masa pembinaan Masjid Al-Umm adalah menyiapkan
struktur utama bagi masjid, iaitu semua tiang dan belira (beam) bagi tiga
tingkat, tiga lapis lantai mulai lantai bahagian bawah untuk pelbagai kegunaan
sebagaimana Penulis membuat lawatan kelmarin, lantai utama bahagian tengah
untuk jamaah dan lantai lengkong tingkat tiga bagi jamaah perempuan dan
penggunaan yang lain.
Separuh kedua nanti adalah merupakan melengkapkan keperluan
atas dan dalaman masjid. Kerja-kerja mungkin nampak lebih kecil, tetapi
memerlukan kemahiran khusus. Kalau dulu bahan-bahan utama bagi pembinaan ialah
besi, batu dan semin, tetapi memasuki fasa baru pelbagai bahan dibawa masuk
mulai dari batu bata, atap, kayu, bahan-bahan dari besi, aluminium dan
sebagainya. Kerja-kerja antaranya menegakkan kerangka atap, pintu-pintu, paip
air dan saluran-saluran, tile, seterusnya pemasangan wiring yang melibatkan
lampu, kipas, pendingin udara, pembesar suara, tempat mengambil wudhu`dan
kemudahan-kemudahan qadha hajat, bahagian pengurusan mayat, tempat persalinan
dan partition bagi ruang-ruang dan bilik-bilik bagi berbagai-bagai fungsi.
Dalam fasa dua ini juga melibatkan aspek-aspek yang
mencirikan kemasjidan, bahkan melibatkan elemen estetika yang berkait dengan Takmilah. Berhubung dengan aspek-aspek yang
mencirikan kemasjidanseperti arah, lantai, bumbung, keperluan wudhu` dan elemen
estetikanya seperti kubah, menara, mihrab, mimbar dan elemen-elemen dekoratif,
jika diteliti elemen-elemen berkenan
tidaklah static dan berlaku perubahan dengan perubahan teknologi, peralatan dan
kemudahan semasa. Masjid pada zaman tradisi lebih merupakan rumah kayu bertiang
dengan lantai kayu dan beruang yang luas yang dihampar adalah tikar yang
dianyam dari mengkuang yang merupakan tumbuhan berdaun panjang tempatan. Tidak
terbayang untuk menggunakan hamparan permaidani. Masjid tradisi tidak
menggunakan kubah yang dengan bangunan tradisi yang menggunakan kayu-kayu untuk
atap tidak sesuai digunakan kubah yang agak berat. Menara juga merupakan elemen
yang relatifnya baharu yang dilihat sebagai tambahan yang tidak begitu perlu
dan kini lebih bertujuan memenuhi tuntutan estetik. Pemakluman pada zaman
tradisi yang belum ada letrik dan tiada pembesar suara, maklumat disampaikan
ialah dengan memukul beduk juga ketuk kayu yang dipukul dengan nada tertentu bagi masuk waktu solat,
kematian dan sebagainya. Kini tiada lagi beduk dari belulang atau ketuk dari
batang kayu dengan adanya pembesar suara secara moden. Pada zaman tradisi kewujudan telaga atau perigi
amat penting di dalam menyediakan air untuk wudhu`, khususnya bagi penggunaan
bagi solat Jumaat. Untuk persediaan air
bagi wudhu` disediakan bekas besar,
tetapi kemudian dibuat qalah, bagi diisi air bagi keperluan wudhu`. Jika pada
hari jumaat, bilal atau petugas-petugas khusus menimba air dari dalam perigi
dengan timba dan dimasukkan ke kolah untuk mengambil wudhu`. Kini dengan adanya paip air, maka
fungsi telaga berkurang, bahkan ruang
kolah ditiadakan, kerana cara meng gunakan air secara beramai-ramai dari kolah
kurang baik dari segi kesihatan, walaupun dapat menjimatkan air. Jadi paip air
mengubahkan peralatan dan teknologi tradisi bagi mendapatkan air.
Pada zaman tradisi belum ada kemudahan letrik , khususnya di
kampung-kampung, lantaran itu untuk mendapat cahaya digunakan lampu minyak yang
digantung bagi mendapat cahaya dan pada zaman tradisi juga kerana belum sampai
letrik, maka tiada kipas bertenaga letrik yang digunakan. Sebagaimana telah
disebutkan pada zaman tradisi masjid berbumbung berlapis adalah sebagai cara
memudahkan udara masuk ke dalam ruang dari bumbung-bumbung bertingkat yang
menyejukkan. Udara juga memasuki dari bawah lantai dan dinding yang boleh menyejukkan ruang dalam.
Adapun Masjid Al-Umm adalah dibina pada zaman moden dan
tidak perlu memenuhi aspek
tradisi,kecuali di dalam beberapa perkara. Masjid Al-Umm adalah responsive
dengan zaman moden dan perlu menyediakan kemudahan yang diperlukan di dalam
zaman moden juga perlukan ketahanan tinggi yang digunakan oleh khalayak ramai. Hasrat
Masjid Al-Umm tidak saja menyediakan keperluan fizikal yang agak sempurna,
tetapi pengisian kegiatan berterusan
akan ditekankan.
`Ke arah kesempurnaan dan kegiatan beretrusan inilah semua pihak bekerja.
Sekian.
No comments:
Post a Comment