April 5, 2010

Spanish-fly

Dengan berbelanja tidak sampai lima puluh ringgit banyak kes ragut kewanitaan dilaporkan terjadi. Demikain dijelaskan oleh Dr. Kamal Effendi dalam satu majlis ceramah mengenai “Seks Diusia Remaja” sempena program “Night Jogathon 2010” di Kolej Universiti Antarabangsa Twintwch(IUCTT), Bangi pada Sabtu 3 April yang lepas.

Program anjuran Penggerak Belia Tempatan (PeBT), Majlis Perwakilan Penduduk MPKj Zon 22 dengan kerjasama IUCTT turut dihadiri oleh peserta dari institut pengajian swasta (IPTS) yang lain seperti Kolej Dar al-Hikmah, Kolej Master Skill, German Malaysia Institute (GMI) dan Kolej Kulinari Kagumas.

“Spanish-fly adalah sejenis dadah sintetik yang tidak mempunyai warna, bau atau rasa diambil dari toksik sejenis kumbang. Ia hanya bertindak meransang hormon estrogen. Wanita tanpa mengira umur akan mengalami delusi rangsangan selama 6 jam jika diberikan dadah tersebut. Dadah ini harganya lebih kurang RM 30 di pasaran gelap yang biasanya dimasukkan ke dalam minuman mangsa.”

Tegas beliau lagi, “Sesiapa sahaja mungkin menjadi mangsa jenayah. Tidak kira cantik atau tidak, lelaki atau perempuan, kecil atau dewasa dan ada musuh atau tidak. Agak sukar membendung jenayah dari berlaku. Apa yang lebih penting ialah mengurangkan jumlah mangsa jenayah dengan kesedaran orang ramai terhadap kejadian jenayah. Gunakan apa sahaja untuk menghalang kejadian jenayah tetapi prinsip yang terbaik ialah mengelak sesuatu kejadian jenayah dari berlaku.”

Dr. Kamal Effendi yang mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang pencegahan jenayah turut memberi beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil untuk mengelak dari sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku. Antaranya ialah jangan sesekali keluar dengan orang yang baru sahaja dikenali. Dalam keadaan diancam, cuba berusaha untuk memecahkan profil penjenayah seperti menjerit dan menyerang pada tempat yang lemah.

Selain dari program ceramah “Seks Diusia Remaja”dan aneka gerai jualan dan pameran, turut diadakan ialah peraduan mewarna dan pertandingan ‘cube rubix’. Kemuncak program ialah acara “Night Jogathon”. Majlis dirasmikan oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi. Turut bersama beliau melepaskan larian kira-kira 300 orang peserta ialah Hj. Mohd Shafie Ngah, Ahli Majlis MPKj Zon 22 selaku penganjur program.

Unit Media

ADUN Bangi.


1 comment:

  1. Terkejut saya tengok tajuk topik entri ni spanish fly. Bagus utk menarik perhatian pembaca.

    Skrg ni musim pilihanraya, diharap Yang Berhormat dapat banyak membuat tinjauan sana sini. Terima kasih.

    ReplyDelete