December 4, 2010

Ironi ! Kesan Model Baru Ekonomi, Tak Perlu Tunggu Lama: Kenaikan Harga Bahan Tenaga Mencengkam Segera Kehidupan Rakyat Jelata !

BBB, 27 Zulhijjah = 04 Disember (Sabtu):

Ketika Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Laporan Akhir Model Baru Ekonomi (MBE) Malaysia semalam beliau mengatakan, bahawa kesan dari MBE ini tidak dapat dilihat dalam masa segera dan memerlukan masa, tetapi ironinya, belum apa-apa rakyat menerima pukulan ekonomi segera dengan kenaikan bahan-bahan tenaga yang diumumkan semalam. Ianya merupakan kesan awal dari MBE yang akan mengekori dan bertali kesan-kesan seterusnya sama ada dari segi negatif dengan dituruti kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan atau positif.

Untuk kenaikan bahan tenaga ini digunakan beberapa strategi agar tidak ketara dirasa rakyat. Antaranya Tidak memberi sebarang isyarat terlebih dahulu mengenai hasrat kerajaan mau menaikkan bahan-bahan tenaga berkenaan agar tidak timbul pertentangan pra-pengumuman. Kenaikan diumumkan dalam masa kerajaan menyerang bertubi-tubi terhadap Kerajaan Pakatan, khususnya Selangor, agar pada pendapat mereka, dalam masa Kerajaan Pakatan Rakyat terpukul, mereka sebok mempertahan diri beserta menjawab dan kurang memberi tumpuan kepada penyerangan, kerana kekurangan masa untuk menyerang berhubung dengan kenaikan harga bahan-bahan tenaga. Semua media dikawal dan tidak dibenar membesar-besarkan tentang kenaikan harga. Berita-berita tentang kenaikan harga tenaga bersifat marginal dan terpinggir. Media-media pula tidak dibenar menggunakan istilah secara langsung. Misalnya tidak boleh menyebut, Harga Minyak Naik Mengejut ! atau Rakyat Terbeban Dengan Kenaikan harga Minyak dan sebagainya, sebalik diarah menggunakan istilah yang lebih lembut dan kurang mencengkam minda dan perasaan rakyat. Contoh:

Penyelarasan Harga Ron 95, LPG dan Gula Pasir
Harga Ron 95, LPG dan Gula Pasir Masih Murah Berbanding Dengan Negara Jiran dan sebagainya.

Semalam secara mengejut Kerajaan mengumumkan kenaikan harga:

Harga Petrol RON95
Harga Diesel
Harga Petroleum Gas Cecair
Kenaikan setiap bahan di atas adalah 5 sen
Manakala Gula diselaras (Dinaikkan) dengan kenaikan 20 sen yang semuanya berkuatkuasa semalam secara serta merta.
Berikutan itu harga RON95 yang dinaikkan menjadi RM1.90 seliter
Diesel menjadi RM1.80 seliter
LPG menjadi RM1.90 bagi satu Kg.
Manakala Gula menjadi RM2.10 bagi satu Kg.
Demikian diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala. Kononya dengan penyelarasan harga di atas mengurangkan beban subsidi Kerajaan sebanyak RM1.18 bilion disamping mengimbangi difisit kewangan Negara yang makin parah itu. Jelaslah kenaikan harga bahan tenaga tersebut bagi mengatasi kekurangan kewangan kerajaan dan beban hutang.

Dengan kekurangan dan deficit yang dihadapi kerajaan di dalam bajet secara berterusan rakyat janganlah mengharapkan MBE menyumbang sebarang significant bagi kejayaan ekonomi negara. Kita melihat ianya tidak lebih dari usaha kerajaan bagi memperkukuhkan diri bagi menghadapi pilihanraya. Rakyat dapat melihat dan bertanya apakah hasilnya misalnya pendekatan secara koridor yang tidak berapa lama dilontarkan, tetapi kini tenggelam.

Yang pasti bagi Pakatan Rakyat isu-isu kenaikan bahan tenaga dari petroleum, gas, LPG dan Gula di samping air dan isu-isu lain hendaklah digunakan sebagai senjata pilihanraya yang boleh menikam mereka.

Baru pelancaran lanjutan MBE, belum apa-apa rakyat telah menerima padahnya.
Rakyat jangan biarkan keadaan ekonomi Negara makin parah, bertindaklah untuk berubah !

Sekian.

No comments:

Post a Comment