December 21, 2010

Mari Kita Berpolitik Matang


Jika Najib PM mendakwa
Dia Juara pendukung Satu Malaysia
Mengapa pula kontradik pendirian
Antara mereka ada Ketuanan
Bagaimana pula yang lain
Adakah mereka hamba ?
Matangkah politik mereka ?

Mari kita berpolitik matang
Mendepani rakyat secara kesamaan
Bukan double standard lidah bercabang
Di depan satu kaum di pedalaman
Membakar semangat adu domba perkauman
Melonak suara di antara komponan
Semata untuk mendapat sokongan
Jangan perlekeh minda rakyat pedalaman
Mereka faham tentang tipu helah Barisan
Mereka menilai tentang kematangan.

Mari kita berpolitik matang
Telus dari segi maklumat
Mendapat hak peluang penyebaran
Mengapa pula BN monopoli harta kerajaan
Menguasai media perdana
Menjadi alat penyebaran parti
Menyiarkan maklumat berpihak
Memberi ruang kepada penyangak
Yang kejujuran jelas pincang
Mengintai peluang menikam dari belakang
Matangkah politik sekongkol penyangak-petualang ?

Jika BN pendukung Satu Malaysia
Sama berdepan undang-undang
Sama berhak mendapat keadilan
Mengapa pula takut turun ke padang
Berpancak silat politik anak jantan
Berpolimik secara matang
Tidak bersifat pura-pura membela
Hakikat sebenarnya mereka bacul
Sering berlindung diri di sebalik kekebalan.
Matangkah mereka berpolitik sedemikian ?

Mari kita berpolitik matang
Membentang manifesto pelan perancang
Biar rakyat bebas memilih
Tanpa menggunakan tipu helah
Penambahan pengundi POS
(Pengundi Orang Suruhan)
Kerana mereka adalah ketuanan
Kebelakangan mereka makin ghirah
Berusaha berbagai kategori menambah
Tentera, rela, pegawai kesihatan
`Menghalalkan` kalangan pendatang
Dan semua dianggap berkepentingan
Untuk menegak ketuanan
Matangkah mereka berurusan
Mencanggahi demokrasi terang-terang ?

Kita sama dari segi kejadian
Kita sama di sisi Tuhan
Berusaha menegak kebenaran
Berusaha menegak keadilan
Bersama mencari keredaan
Dialah sebenar Ketuanan
Tiada ada kelebihan antara kita
Melainkan yang taqwa di sisi Tuhan.

Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
07 Muharram 1432/ 13 Disember 2010.

No comments:

Post a Comment