December 23, 2010

Tenang Bakal Sibuk & Menggelisahkan ?

BBB, 16 Muharram = 23 Disember 2010 (Khamis):


Tenang memang berada di dalam suasana tenang. Kita hampir tidak menyedari kewujudan DUN Tenang, jika tidak berlaku kematian Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha (59) pada pagi Jumaat 17 Disember 2010 yang lepas. Tenang di dalam kawasan Labis, Segamat ini memang disifatkan kawasan terpencil, kurang rancak dengan pembangunan. Masyarakat adalah terdiri dari golongan petani dan kurang berlaku peristiwa yang mengejutkan yang menarik perhatian masyarakat tentang kewujudan lokasi DUN Tenang. Ketenangan Tenang juga membuat al-Marhum Adun Tenang yang merupakan Adun tiga penggal berturut-turut itu tidak perlu bersifat agresif dan lantang dengan isu-isu baik bersifat tempatan atau negeri dan bagi beliau tidak perlu kepada publisiti dan populariti. Beliau cukup berpuashati dengan sokongan pengundi-pengundi setia yang memberi mandat kepadanya selama tiga penggal berturut-turut. Beliau telah berkhidmat kepada masyarakat Dun Tenang dan kembali ke Rahmatullah dengan tenang. Kita doakan semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.


Lembaran sejarah politik bagi Datuk Sulaiman Taha sudah berlalu dan tempatnya bakal diisi. SPRM akan memaklumkan status Dun Tenang dalam masa terdekat. Jika pilihanraya kecil Dun Tenang digantung dan tak perlu diadakan pilihanraya, maka ianya akan menguatkan lagi spekulasi Pilihanraya Umum Ke 13 akan berlaku dalam masa terdekat yang mungkin disekalikan dengan pilihanraya peringkat Negeri Sarawak yang juga di dalam perkiraan. Jika pilihanraya kecil Tenang diumumkan akan berlangsung, maka pihak BN, khususnya bagi Umno Johor dan Pakatan Rakyat akan menghadapinya dengan persediaan masing-masing selengkapnya.


BN barangkali boleh merasa selamat, kerana Tenang adalah kerusi tradisi bagi Umno dan tak perlu dirisaukan, tetapi bagi PR merupakan cabaran, terutama bagi Pas yang dijangka bakal bertanding di Dun Tenang, lantaran kerusi ini ditandingi Pas sebelum ini. Pas perlu menunjukkan kemajuan dan berusaha memenangi kerusi Tenang yang kosong itu. Pas berpeluang membuat kejutan dan menawarkan kepada pengundi Tenang perubahan. Sebenarnya penduduk Johor secara umum dan penduduk Tenang secara khusus, sudah mulai bersifat terbuka dan mulai menerima perubahan. Jika dahulu penduduk Johor sukar menerima Pas, maka kini sejak beberapa penggal yang lepas Dewan Undangan Negeri Johor telah menerima wakil-wakil rakyat dari Pas. Ini bererti laluan bagi pengundi Tenang untuk berubah adalah terbuka.


Meneliti kepada pengundian di Dun Tenang sendiri memperlihatkan perubahan yang positif ke arah penyokongan terhadap calon Pas.


Ini terbukti dari pengundian pada Pilihanraya Umum 2004 Dun Tenang yang jumlah pengundi ialah 14,511, maka dari pertandingan satu lawan satu antara calon PAS, iaitu:


Bandingkan perubahan yang berlaku dengan tahun 2008 yang calon-calon adalah sama

Dari keputusan di atas prestasi Pas dan calonnya makin meningkat. Calon Pas Mohd Saim Siran makin mendapat sokongan pengundi Tenang dan dapat mengurangkan majoriti calon Umno hampir separuh dari 2004. Ini memberi ruang menambahbaik calon dan prestasi Pas bila diadakan pilihanraya kecil kelak. Jika Pas dapat mengekalkan sokongan pengundi Tenang, calon Pas memerlukan tambahan 1,250 sokongan ditambah dengan separuh sokongan pengundi yang baru mendaftar, iaitu sesuatu yang tidak mustahil dicapai.


Kerja keras diperlukan dari pihak PR bagi memenangi hati pengundi Tenang. Penerangan perlu dipertingkatkan. Pihak BN nampaknya meletakkan harapan tinggi kepada Presiden MCA Soi Ah Lek bagi menarik dan meningkatkan sokongan pengundi Cina kepada calon Umno-Bn, manakala bagi Pas dari PR hendaklah berusaha menarik sokongan semua kaum di DUN Tenang yang dari segi statistiknya pengundi Melayu 49.66%, Cina 38.13%, India 12.11% dan lain-lain 0.10%.


Isu-isu yang dapat digunakan adalah lebih banyak berpihak kepada PR, iaitu dari kenaikan minyak, diesel, gas dan gula, kenaikan secara melambung harga barang dan perkhidmatan akibat dari kenaikan bahan-bahan tenaga tersebut. Isu terbaru yang dapat disampakan kepada pengundi Tenang ialah Janji 100 Hari Pakatan Rakyat hasil dari Kongres PR yang berlangsung di Pulau Pinang pada Ahad 19 Disember baru-baru ini. 10 perkara yang dijanji melibatkan perlaksanaan reformasi menyeluruh mengenai pengurusan Negara, ekonomi, pendidikan, SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan polis bagi memulih dan mengembalikan kewibawaan sistem pentadbiran Negara. Janji PR juga untuk memansuhkan ISA, mengambil alih aset lebuhraya bagi memansuhkan tol dan merombak struktur subsidi dengan mengurangkan subsidi kepada swasta dan meningkatkan subsidi kepada rakyat.


Jika Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri terkejut dengan tawaran dari PR dan kedua-duanya membuat komen yang langsung tidak berhemah, menandakan kegelisahan mereka, maka kita kira tawaran ini akan lebih mengejutkan rakyat dan menarik sokongan mereka yang akan memberi sokongan kepada PR – Insya Allah.


Sekian.

No comments:

Post a Comment