December 19, 2010

Sukarnya Ke Bandar Bistari, Batang Berjuntai

Anekdot:


Sewaktu menghadiri satu seminar di Shah Alam, seorang peserta menyedari bahawa seminar berkenaan adalah di bawah Anjuran UNISEL;


Dia bercakap dengan kawan sebelah dan berkata,

``Al-hamdulillah, ini kali pertama saya menghadiri seminar anjuran UNISEL, tapi ke kampus utamanya belum pernah saya sampai, iaitu di Batang Berjuntai.``

`Tak pernah sampai ?``, Tanya kawan sebelah.``Sekarang kampusnya dinamakan Bandar Bistari,`` kata kawan berkenaan

`Yalah` jawabnya, ``Memanglah minat untuk ke Bandar Bistari tu.`` tambahnya

`Tapi untuk sampai ke Bandar Bistari, ibarat perlu meniti batang berjuntai yang licin bagai menyeberangi sungai terlebih dahulu !``

`Maksud ?` Tanya kawan yang belum menangkap allegory yang diungkapkan.

``Agak sedikit jauh,`` katanya.

``Hadir ke sini, kerana seminar dibuat di Shah Alam Convention Centre (SACC), kalau tidak mungkin juga tidak hadir.`` tambahnya.

Kawannya menyindir, ``Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, kerana ilmu dari seminar seperti ini, orang sanggup hadir bukan saja dalam negeri, tetapi hingga ke luar Negara.``

``Jika benar berminat, jangankan batang berjuntai, ribut badai dan berbagai halangan akan diatasi.`` kata kawan.


Mengembara, menghadapi kesukaran memang wadah dan ujian yang seharusnya dihadapi bagi pencari dan pencinta ilmu.


Shah Alam dan juga Bandar Bistari

Di kedua-duanya UNISEL berkampus

Jika tuan menjejak bijak bistari

Ke mana peluang tetap ditempuh.


Sekian.

No comments:

Post a Comment