December 24, 2010

Operasi Menurap Jalan-Jalan Di DUN Bangi

BBB, 17 Muharram = 23 Disember (Khamis):

Menjelang akhir Disember 2010 pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kerajaan negeri dengan kerjasama JKR dan Pemaju Taman giat menurap beberapa batang jalan yang rosak dan perlu dibaiki di BBB.



Adun Bangi membuat lawatan dan melihat jalan-jalan yang diturap di tempat-tempat berikut:

a) Jalan 1/1 – Jalan masuk berhadapan Stesyen Petronas ke Pasar BBB.
b) Jalan masuk ke Surau Damai ke Sekolah Rendah BBB
c) Jalan Utama antara Seksyen 3 hingga 5 Bandar Bukit Mahkota
d) Jalan ke Seri Intan
e) Jalan ke Surada
f) Jalan hadapan KLIA Holding dan Taman Seri Bangi
g) Jalan hadapan Warta
h) Jalan utama berdepan Surau Al-Kauthar
i) Jalan hadapan Sekolah Rendah & Menengah Kajang Utama.
j) Jalan dari Tol Bangi dan bulatan

Manakala jalan rosak yang ditampal ialah Jalan Kenanga, Industri Sulaman, Sungai Ramal Luar, Jalan Saujana, Desa Dahlia dan Taman Seri Melor.

Dalam tinjauan yang dibuat penurapan dan penampalan masih giat berlaku dengan mesin-mesin masih berada dijalan bagi kerja-kerja penurapan. Diharap dengan kerja-kerja yang dilakukan lebih memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna jalanraya di DUN Bangi.

Sekian.





No comments:

Post a Comment