December 13, 2010

UMNO TINGGALKAN SAMPAH DI BALAI PAHLAWAN BANGI.

Selepas berdegar-degar bercakap pasal patriotik umno serdang dalam program ceramah Selamatkan Selangor, inilah yang ditinggalkan mereka.


(Gambar sampah yang memenuhi padang awam Seksyen 2, sebelah SK Bandar Baru Bangi)


Gambar-gambar ini diambil (13 Dis. 2010) selepas lebih dari 24 jam mereka mengadakan program tersebut. Aduan tidak rasmi diterima dari penduduk sekitar yang mengatakan mereka terganggu oleh bunyi bising deruman berpuluh-puluh biji motor pada malam Sabtu (11 Dis. 2010). Pada keesokkan harinya ketika melalui padang tersebut untuk kepasar berdekatan mereka melihat pemandangan yang mencemarkan. Padang tersebut dipenuhi oleh bekas-bekas minuman dan makanan yang bertaburan di atas rumput padang. Longgokan sampah juga kelihatan disana-sini kerana tiada tong sampah disediakan.

Hasil tinjauan mendapati program tersebut (ceramah ditempat awam) tidak mempunyai permit polis. Dianjurkan oleh UMNO cawangan BBB 3 dan 5 menggunakan Balai Pahlawan (sebuah bangunan yang dibina untuk kegiatan Persatuan Bekas Perajurit Malaysia) sebagai pusat kegiatan mereka dan mendapat kerjasama dari SK Bandar Baru Bangi. Beberapa peralatan yang mempunyai logo sekolah tersebut dengan indents jelas tertera SK BBB telah digunakan untuk program tersebut.

Kejadian gangguan bunyi bising dan kekotoran yang ditinggalkan amat dikesali. Beberapa aduan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak mengenai program tersebut.

Jika inilah manifestasi yang ditunjukkan oleh mereka rakyat seharusnya menilai sekiranya mereka diberikan ruang dan peluang untuk memerintah maka apa yang ditinggalkan kepada rakyat adalah SAMPAH untuk kita bersihkan.

No comments:

Post a Comment