December 20, 2010

Sungai Ramal Luar Akan Dapat Sekolah Menengah

Kg. Paya, Sungai Ramal Luar, 09 Muharram = 15 Disember (Rabu):


Tapak bagi Sekolah Menengah Sungai Ramal Luar memang sudah dikenalpasti bertempat berhampiran dengan kawasan Klinik Kesihatan di belakang kawasan perumahan berdekatan Masjid Berkembar Haji Mat Saman. Selama ini tapak Sekolah dan klinik berkenaan tidak ada tanda-tanda untuk dibangunkan. Walau bagaimana bangunan klinik telah didirikan di Sungai Chua. Ini bererti bangunan klinik tidak akan didirikan di tapak yang disediakan, kerana sudah ada klinik didirikan berdekatan.


Sejak beberapa tahun terakhir tapak Sekolah berkenaan dicadang dibangunkan – termasuk dari Adun Bangi dan Ketua Kampung Sungai Ramal Tuan Haji Mohd. Yusof Abdul Kadir. Adun bersama ketua kampung pernah berbincang agar tapak Sekolah berkenaan dibangunkan bagi Sekolah Ma`had Tahfiz, bahkan Adun pernah mengutarakan di dalam mesyuarat Penyelarasan JAKIM dan Ketua-Ketua Jabatan Agama Negeri yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dato` Dr. Yusof Nor agar dibangunkan tapak berkenaan sebagai tapak Sekolah Tahfiz seperti Datrul Qur`an di Kuala Kubu (Adun mewakili Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu), bahkan juga dicadangkan bagi didirikan Kolej Islam di situ bagi menggantikan konsep Kolej Islam asal di Klang. Hasrat penggantian ini disuarakan oleh Alumni Kolej Islam Klang.


Walau bagaimana berita mutakhir, tapak berkenaan – mungkin dikombinasikan dengan tapak Klinik Kesihatan disatukan berjumlah 18 ekar bagi didirikan Sekolah menengah bagi menampung kekurangan Sekolah berkenaan, terutama bagi penduduk Sungai Ramal Luar dan Dalam dan pelajar dari kawasan sekitaran. Difahamkan dari Ketua kampung, pelan bagi persekolahan berkenaan sudah siap dan menunggu masa untuk ditenderkan. Dan kemungkinan ianya termasuk dalam pelan pembangunan bagi Rancangan Malaysia, jika tidak ke-10, maka akan dimasukkan dalam Pelan Pembangunan Malaysia ke 11.


Walau apa pun persekolahan mahu didirikan, maka ianya memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Diharapkan sebuah Sekolah yang besar dan akan siap dibangunkan memberi keselesaan pelajar dari Sungai Ramal Luar dan Dalam dan bagi anak-anak penduduk sekitaran.


Sekian. Terima kasih.

1 comment:

  1. Salam, bandar baru bangi memang kekurangan sekolah menengah.Kita cuma ada Sek Men Jalan 3 dan Jalan 2 utk anak2 yg resultnya biasa2 aja. SMKJ4 dan Mahaad Hamidiah pula utk yg terpilih. Banyakkan lah sekolah aliran agama. SRAI Bandar baru bangi default sekolah adalah SKM Datuk Hj Abu Bakar Baginda ... jauh nya. Duduk di Seksyen 5 or 4 tapi sekolah di situ sedangkan yang paling dekat adalah SKMJ4 or Mahaad Hamidiah. Adakah tujuan SKMJ4 di bangunkan bukan ke utk penduduk Bandar Baru Bangi.

    ReplyDelete