December 21, 2010

Khianat ! 12 Buah Motorsikal Di Bakar, 20 Unit Rumah Pangsa Rosak

Seksyen Satu, BBB, 14 Muharram = 20 Disember (Isnin):


12 buah motosikal yang di parking di ruang tangga bagi menaiki ke Bangunan MPOB (Malaysian Palm Oil Berhad) di sini terbakar hangus yang dipercayai dilakukan oleh pengkhianat yang tidak berhati perut. Kejadian berlaku jam 3.00 pagi tadi. Kesan dari pembakaran ini api naik menjulang membakar unit-unit rumah ke atas sebanyak lima tingkat. Setiap tingkat 4 buah (4 x 5), iaitu 20 buah. Manakala seluruh blok bangunan bergelap kerana kerosakan letrik.

Adun Bangi yang baru tiba dari Terengganu jam 9.30 malam ini bergegas ke tempat kejadian dengan diirngi saudara Tuan Hj. Shafie Ngah Ahli MPKj Zon 23 di sini, Puan Zuryati Yassin Ketua Muslimat Pas Sedang, Tuan Haji Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan dan ahli-ahl;nya, saudara Abu Bakar, saudara Azizi dan berapa yang lain. Penghuni-penghuni rumah di Blok terbakar yang dipindah sementara di Bangunan Agro Bank, Sungai Merab turut datang bersama pada malam ini. Kehadiran kami disambut mereka, kami melahirkan rasa dukacita dan simpati terhadap kejadian malang yang sepatutnya tidak dilakukan oleh orang yang waras. Semasa kami tiba pekerja-pekerja letrik sedang berusaha menyambung api bagi menerangkan bahagian terbakar dan mengambil tindakan keselamatan. Kami dapati semua motosikal terbakar secara keseluruhan dan yang tinggal bersusun ialah rangka-rangka besi. Pintu-pintu rumah teruk terbakar dengan meter letrik cair terbakar. Kami menaiki ke tingkat-tingkat atas semua meter letrik dan pintu-pintu rumah terbakar. Bagi pintu yang tidak kalis api (ditukar) hangus langsung. Pembaikan semua unit bagi blok yang terbakar dijangka memakan masa berbulan.


Adun bertanya, oleh kerana malam (3.00 pagi), penghuni berada di rumah, ``Bagaimana mereka menghadapi kebakaran ?``
`Mereka terkepung dan tak dapat keluar untuk turun dan berada di anjung luar,`` menurut seorang penghuni yang hadir sama, `Pihak bomba dari Balai Bomba BBB datang menuyelamat dan memadamkan kebakaran.`


Menurut penduduk, ``Salah seorang dari mereka cuba keluar ke pintu tangga, tidak dapat dan mengalami kebakaran dan melecur badan, terkena hangat api.``
Kami difahamkan mangsa berkenaan, iaitu Cik Aishah Binti Mohd. Idris dibawa ke Hospital Serdang dan dimasukkan ke ICU bahagian kebakaran. Kami difahamkan kerugian untuk kerosakan motorsikal yang tidak boleh dibaiki lagi tidak kurang dari RM50,000 dan kos bagi membaikpulih bangunan milik MPOB mungkin ratus ribu ringkat, Pihak Polis yang dibuat laporan sedang melakukan penyiasatan, Adun Bangi mengambil maklumat dari Ketua-Ketua Blok untuk dibuat tindakan lanjut.


Sekian.

No comments:

Post a Comment