December 19, 2010

Rahsia Mengapa Makin Muda Dan Berseri


Anekdot:

Dari masa ke masa ahli jamaah di surau berdekatan itu ada yang bertambah dengan kehadiran orang baru, tetapi tidaklah ketara, jika pun ada dari rumah-rumah yang diberi sewa. Jika penyewa orang yang kuat beragama, dia akan menjadi pengunjung baru surau. Walau bagaimana pertambahan tidaklah ketara, kerana kawasan di sini sudah penuh dan tiada pembangunan bagi perumahan baru. Kawasan di sini boleh disifatkan sebagai old town dan penghuni-penghuninya agak sudah berumur yang terdiri kalangan orang berpencen.

Perubahan dan pengurangan penduduk juga berlaku. Misalnya berlaku kematian. Jika yang mati itu yang lelaki yang sudah tua, maka isterinya akan terus tinggal di rumah bersama anak-anak atau menurut di mana kediaman anak-anak. Tetapi jika sang isteri yang meninggal, maka lebih kerap sang suami, walaupun sudah berpencen, mencari pengganti.

Demikianlah seorang ahli kariah mengalami kematian isteri. Maka ahli jamaah surau turut berduka dengan kehilangan seorang dari jamaah setia. Rumahnya dihuni oleh anak-anak yang membesar.
Lebihkurang setahun kemudian, pada musim cuti Sekolah, ahli jamaah ini muncul di surau pada satu malam Jumaat. Beliau menjadi tumpuan ahli berjamaah datang bersalam dan bertanya khabar. Seorang sahabat berkata,

``Eh, Saudara Abdullah ni makin muda dan makin berseri, Apa rahsianya ?`
Seorang kawan yang lain berkata,
``Balik kampung senang hati !``
Seorang yang lain berkata,
``Bukan, Saudara Abdullah ni ada kereta baru. Bila berkereta baru tentulah nampak berseri.``
Saudara Abdullah tersenyum dan yang lain turut ketawa !
Kata yang lain, ``Saya beli kereta baru, tak jadi muda pun !
Itu kereta 4 tayar ! Ini kereta berkaki tangan !
Semua ketawa.

Yang lain berkata, ``Kalau begitu untuk menjadi lebih muda, kita juga patut beli kereta barulah.`` Semuanya ketawa.

Sahabat kita ni datang berbulan madu di tempat asal. Patutlah kita menjemput mereka ke rumah kita berkenalan dengan orang baru sebelum mereka pulang ke kampung.`` Tingkah yang lain.

Sekian.

No comments:

Post a Comment