Keluarga adalah unit kecil masyarakat, kemampuan membina keluarga bahagia, bererti kejayaan membina tapak bagi kebahagian masyarakat. Nuklias asas keluarga adalah terdiri dari ibu, bapa dan anak-anak. Ini bererti membina keluarga bahagia, ialah menyempurnakan keperluan ibu dan bapa yang menjadi pelindung dan pendidik anak-anak. Anak-anak yang baik biasanya datang dari ibu bapa yang baik. Ibu bapa yang sentiasa prehatin menjaga kualiti diri dan keluarga dengan memberi didikan kepada anak-anak dengan keilmuan agama dan ilmu umum dan mendidik mereka dari segi akhlak dan pergaulan. Kegagalan pendidikan dan pengendalian keluarga boleh membawa kepada cerai berai, anak terbiar, terbantut dalam pelajaran, terlibat dalam jenayah kecil, membawa kepada merempet, pencopet, pencurian, rompok, rogol, pembunuhan, terlibat dalam dadah yang mengancam dan memasalahkan masyarakat dan Negara. Sebab itu induk keluarga perlu dididik sebaik mungkin agar mereka menjadi warga yang berguna, pelapis masyarakat dan menjadi pemimpin akan datang.
Al-Fadhil Tuan Haji Aluwi bin Paiman menyebut faktor-faktor yang menyebabkan gagalnya pembinaan rumah tangga bahagia. Menurutnya dari pengalamannya sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS beliau menghimpun permasalahan suami isteri. Iaitu sebanyak 53 masalah. Penulis memang ingin tahu semua masalah yang dijumlahkan, tetapi dalam masa yang terhad beliau hanya berkesempatan menyebut hanya lima:
1) Pasangan tidak mengamalkan suruhan agama, bahkan tidak memahami dan tidak berusaha belajar agama. Beliau memberi contoh bersembahyang berjamaah sekeluarga adalah faktor penting mengharmoni dan mengikat kasih sayang dan hormat dan taat isteri dan anak-anak terutama kepada bapa sebagai ketua keluarga.
2) Faktor Ekonomi – sememangnya bagi yang hendak berkeluarga dan bagi ibu bapa yang mau menerima pinangan bakal menantu, perlu mengambil kira dari segi kemampuan ekonomi – terutama bakal suami/bapa. Tanpa kemampuan ekonomi tidak dapat menanggung keluarga dan membawa masalah keluarga dan boleh membawa kepada perceraian atau kehidupan keluarga bermasalah. Ini tidak bererti bakal suami/bapa tidak semestinya seorang yang berada, tetapi sekadar menjamin kehidupan keluarga tidak terseksa.
3) Campurtangan keluarga – Ibu bapa kepada suami atau isteri. Ibu bapa kedua pihak perlu memahami kebebasan anak-anak yang sudah berkeluarga. Jangan memaksa kemahuan kita terhadap mereka dan kita menyusahkan mereka. Sebaliknya kita hendaklah berusaha membantu mereka untuk hidup bahagia terutama bagi anak-anak mereka yang juga adalah cucu-cucu kita yang menyambungkan zuriat kita.
4) Skendal dalam keluarga sama ada suami atau isteri mempunyai hubungan dengan perempuan atau lelaki lain. Sebab itu terutama bagi isteri bekerja di luar termasuk suami perlu awas diri dari terjebak dengan skendil yang merosakkan hubungan suami isteri dan keharmonianm keluarga.
5) Keganasan Rumah Tangga – Biasanya suami yang panas baran hingga sanggup memukul isteri. Berlaku perbalahan dan kekasaran dihadapan anak-anak yang mengeciwakan mereka dan mulai merasa rumah tangga bukan tempat aman bahagia bagi mereka dan mulai menjadikan anak liar dan membawa masalah yang lebih besar, bukan sahaja kepada keluarga tetapi kepada masyarakat.
Majlis juga diubuka kepada soal jawab. Sebenarnya banyak perkara yang boleh dibincangkan tentang faktor kebahagian keluarga dan sebaliknya. Tetapi oleh kerana masa terhad, maka perbincangan juga terpaksa dihadkan.
Sekian. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment