June 8, 2011

Papan Tanda Kampong Dan Tunjuk Arah Sekolah

West Country, Seksyen 5, BBB, 06 Rajab = 08 Jun (Rabu):

Antara kemudahan yang disediakan oleh Adun di dalam kawasan ialah menyediakan papan-papan tanda bagi kawasan masuk dan keluar bagi setiap kampong di bawah Dun Bangi (2 papan tanda bagi setiap kampong). Kampong-kampong berkenaan ialah:

  1. Pekan Bangi
  2. Kampong Bahagia Bangi
  3. Kampong Teras Jernang
  4. Kampong Sungai Tangkas
  5. Kampong Sungai Ramal Luar
  6. Sungai Ramal Dalam


Terdapat permohonan dari penduduk dan Sekolah untuk mendirikan papan tanda bagi Sekolah yang belum ada papan tanda yang berkedudukan ke dalam dan tidak diketahui ramai. Antara Sekolah yang memohon ialah:

  1. SJK(T) West Country (Timur)
  2. Sekolah Agama West Country (Baru Diluluskan).


Adun Bangi telah turun ke West Country pada Sabtu 28 Mei 2011 lepas dan melihat dua papan tanda bagi Sekolah Tamil yang telah dipasang. Pada masa turun padang ini Encik Sem Wakil Kaum India di sini yang juga Timbalan Ketua Kelab Penyokong Pas di sini menunjukkan kepada Adun tentang tempat menunggu pelajar-pelajar dan orang ramai.

Pada sebelah kiri jalan dari UKM ke Kajang ada hentian dan tempat menunggu bas yang agak sempurna, tetapi pada sebelah kiri dari Kajang ke UKM tidak ada tempat menunggu. Ini ialah kerana pada sebelah bahagian ini berhampiran dengan rel keretapi. Tapak di bahagian bawah tidak boleh diganggu dengan bangunan. Jika dilakukan tanah tidak stabil. Sebab itu tidak boleh dibuat pondok menunggu bas. Tetapi bagi penunggu yang hendak ke UKM & tempat lain dari Kajang terpaksa berdiri di atas longkang yang bukan saja panas atau hujan, tetapi boleh membahayakan, terutama bagi kanak-kanak Sekolah, kerana boleh terjatuh ke dalam longkang yang agak dalam serta bahaya dari kenderaan yang lalu begitu berdekatan.


Dalam perbincangan dengan saudara Sem dan lain-lain kami setuju akan meletakkan slab konkrik sebagai penutup longkang dan dilebarkan dengan semin bagi kawasan berdiri menunggu bas, tanpa menjejaskan struktur tanah KTM. Kami harap dapat disempurnakan dalam masa terdekat.

Sekian.

No comments:

Post a Comment