Pada hari Jumaat seperti hari ini pada minggu lepas pimpinan dari Jabatan Mufti Negeri Selangor turun padang dalam rangka menjayakan projek bersiri `Mufti Bersama Masyarakat`. Rombongan `Mufti Bersama Masyarakat` tiba di Masjid Al-Hasanah jam 12.30 tengahari Juma`at diketuai oleh S.S. Dato` Haji Abdul Majid bin Omar Timbalan Mufti Negeri Selangor disertai sama oleh Ustaz Mat Jais Bin Kamus, Pegawai Hal Ehwal Islam dan beberapa pengiring. Turut meraikan mereka ialah YB Dr. Shafie Abu Bakar, Adun Bangi, Ustaz Shafie Ngah Ahli MPKj, Tuan Haji Hanafiah Sha`rani Nazir Masjid, Imam-imam Tuan Syed, Imam Supaat Abdul Rahman, Tuan Haji Kamaruddin Yusof Setiausaha Masjid dan beberapa kakitangan Masjid.
Program yang disusun ialah pameran, edaran bahan terbitan dan transformasi tarikh lahir dari tahun Masihi kepada tarikh Hijrah, Tazkirah sebelum khutbah Jumaat oleh Ustaz Mat Jais Bin Kamus berhubung dengan ajaran sesat dan Munaqasyah antara Rombongan Jabtan Mufti dengan Pegawai-Pegawai Masjid Al-Hasanah dan tetamu-tetamu. Munaqasyah dilakukan di Dewan Seminar bersebelahan masjid:
Antara perkara yang ditimbulkan di dalam munaqasyah ialah:
a) Status Masjid Al-Hasanah- Pada peringkat awal pembukaan 2001 dipanggil Masjid Jami` Al-Hasanah, tetapi nama itu kemudian tidak digunakan.
Masjid Jami`I diberikan kepada Masjid Daerah. Masjid Jami` tentulah lebih banyak kemudahan dan kakitangan.
b) Kad Kuasa bagi mencegah maksiat, mengapa satu Kad Kuasa saja dikeluarkan kepada pegawai masjid – tidak mencukupi dan bermasalah bagi operasi. Sepatutnya 4 kad diberi.
c) Isu Hizbul at-Tahrir yang mengedar risalah di masjid khususnya pada hari Juma`at.
Ini kumpulan yang menegakkan fahaman – Tidak menyetujui pemerintahan demokrasi. Pilihanraya bukan kaedah Islam. Tidak setuju konsep berparti dan mengundi. Mereka mau menegakkan kembali Pemerintahan Sistem Khalifah. Tak jelas caranya. Gerakan mereka tidak bersifat terbuka.
Gerakan ini ada kaitan dengan gerakan dari luar seperti:
- NII (Negara Islam Indonesia) – Antara pusat pengajaran Jamiah Zaitun.
- Berhubungan ialah Pemuda al-Kahfi,
- Menggunakan Konsep Ala Hijrah dalam pendekatan.
- Faham ini turut dibawa masuk ke Malaysia.
- Di Bangi Pusat Gerakannya ialah di Seksyen Tujuh
- Cuba mendekati masjid – termasuk meminta slot khusus di masjid bagi menyampaikan pengajaran mereka.
- Mengadakan pertemuan dan seminar
- Dianggap memecahbelahkan umat Islam. Mungkin digunakan oleh pihak musuh bagi tujuan berkenaan.
Pihak pentadbir masjid ada kuasa menyekat sebaran dan kegiatan. jika difikirkan memudaratkan dan bercanggah dengan kepentingan umat dan awam. Tidak pasti sikap pemerintah tentang gerakan sedemikian.
d) Isu Kain Sutera. Jika asli memang lelaki diharam memakainya. Tetapi sutera
Di pasaran adalah tiruan, termasuk baju batik adalah sutera tiruan.
e) Nikah kahwin masyarakat pendatang melalui imam lantikan mereka.
Mereka perlu mengikut peraturan negeri. Rakyat tempatan jangan terjebak dengan mereka. Termasuk kahwin dengan mereka tidak melalui tauliah. Kelak akan menimbulkan masalah – termasuk lari (perempuan) mengikut mereka’
f) Masjid Al-Hasanah tidak mempunyai Van Jenazah. Perlu ada.
Boleh diusahakan. Misalnya mendapat tajaan dari Tabung Haji, Zakat, waqaf dan sebagainya.
Sekian.
d) Isu Kain Sutera. Jika asli memang lelaki diharam memakainya. Tetapi sutera
Di pasaran adalah tiruan, termasuk baju batik adalah sutera tiruan.
e) Nikah kahwin masyarakat pendatang melalui imam lantikan mereka.
Mereka perlu mengikut peraturan negeri. Rakyat tempatan jangan terjebak dengan mereka. Termasuk kahwin dengan mereka tidak melalui tauliah. Kelak akan menimbulkan masalah – termasuk lari (perempuan) mengikut mereka’
f) Masjid Al-Hasanah tidak mempunyai Van Jenazah. Perlu ada.
Boleh diusahakan. Misalnya mendapat tajaan dari Tabung Haji, Zakat, waqaf dan sebagainya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment