Pagi ini Puan Suriani binti Shafie (38) dengan rasa berat dan sayu akan bertolak sekeluarga ke Kota Bharu berkereta meninggalkan rumah yang amat bersejarah bagi dirinya dan al-Marhum suaminya Suhaimi bin Ghazali (38) dan anak-anak menyemai kasih di sini sejak lebih dari sedekad lepas. Terhenti beliau sejenak berdiri di ruang tamu di mana tempat keluarga bersama beristirihat dan bercakap. Matanya pula menjeling ke meja makan di mana mereka berenam sering makan bersama dan terlihat pada potret suaminya yang masih tergantung di dinding, lantas air matanya tergenang dan mengalir di pipinya mengenangkan kemesraan sekeluarga dan kini kontradik dengan duka selepas suaminya meninggal (11 April) nahas helikopter selepas mengangkut pegawai-pegawai yang mengiringi Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam pilihanraya Sarawak 16 April 2011 lepas. Sejak itu keceriaan keluarga bertukar duka selepas anak-anak ketiadaan bapa.
Pada wajahnya berarak mendung duka. Bila ditanya, mengapakah tidak terus tinggal di rumah sendiri di Kajang Utama ?`` Menurutnya dengan perbelanjaan dan keperluan hidup yang tinggi dan tiada jaminan sumber kewangan, beliau bimbang tidak mampu tinggal di sini,`` katanya. Tambah beliau ``Kami buat keputusan sekeluarga untuk pulang ke kampung buat sementara tinggal dengan ibu terlebih dahulu di Pengkalan Chepa sebelum mendapat rumah sewa di sana.``
Bila ditanya bagaimana dengan rumah di Kajang Utama ini, adakah akan dijual ?
``Tidak,`` jawabnya, ``Akan disewakan untuk menjadi sumber kewangan, dan diuruskan oleh kenalan di samping saya akan bekerja kembali sebagai jururawat di Kota Bharu,`` tambahnya.
Sebenarnya, kami dari Lajnah Kebajikan Adun Bangi, pernah datang menziarah keluarga Puan Suryani selepas beliau pulang dari mengurus jenazah suami di Kota Bharu sebulan lepas. Dalam hati kami menjangka antara faktor beliau mau pulang ke Kota Bharu, kerana lebih dekat dengan kuburan suaminya yang dikasihi. Dua hari lepas, selepas mendengar beliau dan keluarga akan bertolak ke Kota Bharu hari ini, sekali lagi kami dari Lajnah Kebajikan dan AJK di Kajang Utama beramai-ramai datang menziarah dan menyampaikan bantuan. Kajang Utama adalah di bawah Dun Bangi. Atas rasa tanggungjawab dan simpati kami datang menziarah lagi.
Kami menjangka perpindahan Puan Suryani tidak semudah dijangkakan. Dengan keadaan masih tiada pekerjaan, pampasan belum berselesaian dan diri dan anak-anak perlu dtanggung, khususnya bagi pengajian anak-anak, banyak ujian yang akan dihadapi oleh Puan Suryani. Mengapa pihak Kerajaan, khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memberi perhatian terhadap pekerja yang telah berkhidmat membawa pegawai-pegawainya pada pilihanraya di Sarawak dulu. Bahkan sebagai raklyat Malaysia, khidmatnya harus dihargai kerajaan dan pembelaan yang wajar patut diberi, khususnya oleh seorang Timbalan Perdana Menteri yang seharusnya bersifat prihatin.
Pagi itu walaupun hati Puan Suryani masih berbelahbagi, dirinya yang sebak sayu bagai diarak rindu, tetapi sebahagian hatinya masih melekat di sini membimbing anak-anak masuk ke dalam kenderaan, melambai tangan pada jiran dan yang datang. Dia bagai membawa anak-anaknya merempuh gelombang hidup yang sudah tentulah tidak tenang dan berhadapan banyak ujian.
Sekian.
munkin mahiaddin sibuk promosi album anak dia. tu yang tak sempat tu
ReplyDeleteIni lah kepincangan yang berlaku dalam negara kita sekarang. Pemimpin yang hanya melepaskan diri sendiri dan bersikap enau dalam belukar.
ReplyDeleteTiada siapa akan peduli apabila kita sedang menangis!
Rakyat perlu berubah dan tentukan kuasa rakyat dapat merubah keadaan.
Tetapi jangan bersedih yakin lah bahawa ALLAH bersama mu.