Remaja selalu diungkapkan sebagai harapan masa depan, pelapis bakal mengambil alih kepimpinan kini pada masa hadapan. Pengambilalih tugas ini tidaklah semestinya tugas besar-besar, bahkan melibatkan juga pimpinan setempat seperti ketua kampong, pengerusi surau atau paling kurang menjadi ketua keluarga yang baik.
Sempena tutup Sekolah ini berbagai aktiviti diadakan oleh persatuan penduduk, PIBG, surau dan sebagainya. Pada petang hari ini Adun dijemput oleh Surau Al-Muhajirin, Taman Melor bagi menyampaikan sijil kursus bagi remaja berumur antara 10 hingga 17 tahun, bertempat di Surau Al-Muhajirin. Adun turun berjamaah Asar dan menyertai Majlis Penutup bagi Kursus Motivasi yang dianjurkan oleh Surau Berkenaan. Adun juga turun bagi melihat kawasan lapang di tepi surau yang dipohon sebahagian peruntukan dari Adun bagi membina
Dalam ucapan ringkas mengalu-ngalukan kedatangan Adun Bangi, saudara Hanafiah Khalid berterima kasih di atas kehadiran Adun bagi merasmikan Majlis Penutup. Beliau menjelaskan, Kursus motivasi ini terhad dari segi bilangan, iaitu dari kalangan anak-anak penduduk - lelaki dan perempuan. Jumlah mereka dalam lingkungan 20 orang sahaja. Kursus selama dua hari bermula dari 9 Jun hingga 10 Jun. Motivator yang dijemput ialah dari Syarikat Success Touch yang dipimpin oleh Saudara Mohd Nazry Sani Abdullah. Menurut saudara Hanafiah, kursus bertujuan bagi menjinakkan remaja dengan surau, mengeratkan remaja di kalangan mereka, mengisi masa lapang, di surau. Mereka juga di latih dari segi kepimpinan sebagai persediaan mengambil alih tugas-tugas kepimpinan terdekat. Menurut saudara Hanafiah, tujuan AJK memohon dari Adun peruntukan bagi membina
Adun Bangi dalam ucapan penutup berterima kasih kepada AJK yang sudi menjemput Adun merasmikan Penutup Kursus Motivasi dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan kursus yang diadakan. Adun berpendapat kesan kursus sebenarnya sudah menampakkan kejayaan. Ketika Adun sampai disambut oleh anak-anak dan juga pegawai Surau, anak-anak begitu santun dan menghormati tetamu. Ini mencerminkan kursus yang dianjurkan memberi kesan yang baik bagi pelajar-pelajar. Bukan setakat itu sahaja, pada permulaan kesampaian dan bila tiba saja waktu asar, maka yang mengazan, bahkan yang mengiqamah juga dari kalangan anak-anak juga . Ini mencerminkan kursus yang dianjurkan mencapai kejayaan. Saya juga bersukacita mendapat tahu, kemungkinan surau akan membuka kelas Quran mengajar anak-anak kaedah hafaz dan tarannum yang akan memandu anak-anak membaca Qur`an dengan baik. Adun menyeru anak-anak merapatkan diri dengan surau dengan demikian berpeluang mengikuti apa yang dianjur surau. Semoga anak-anak menjadi generasi Qur`an. Insya Allah. Adun menyentuh berkenaan cadangan membina futsal di
Pada penghujung majlis Adun menyampaikan sijil penyertaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment