(Jawapan Kepada Syabas – Selangor Kekurangan Air ?)
Dari kasih sayangNya
Dicurahnya cinta berlebihan
Hingga melempah tebing kawalan
Lantas anak manusia merasa terancam
Oleh nikmat berlebihan.
Bukan kesilapan
Tapi mengingatkan
Bersedialah menerima nikmat
Dengan teknologi infra-struktur lengkap
Parit, longkang, sungai selesa saliran
Kerana muka bumi berhak mandi
Bersih diri dari kotoran
Sedang bukit bukau gunung ganang
Haiwan dan tumbuhan
Berhak mengekalkan kehijauan
Dan kesuburan.
Tuhan Maha Adil
Menaburkan nikmatnya pada alam
Bukankah Syabas mengugut-mengancam
Selangor bakal kekurangan air
Perlu tebuk rusuk gunung untuk saliran ?
Lihatlah Allah dengan kekuasaanNya
Menurunkan hujan beberapa jam
Di dalam kawasan tadahan
Kalianlah gagal mengawal
Daripada mengancam kemanusiaan
Mengambil manfaat nikmat mencurah
Untuk kepentingan kehidupan.
Banjir di Hulu Langat
Dengan keadaan berulang
Menuntut kebijaksanaan tindakan
Bukan saja menyelamat nyawa-harta
Tapi memanfaat anugerah percuma
Untuk kepentingan semua.
Shafie Abu Bakar,
Hulu Langat,
16 Rabiul Akhir 1433
09 Mac 2012.
No comments:
Post a Comment