March 29, 2012

Meriahnya Dataran Cempaka Pada Hujung Minggu. Adun Rasmikan Peraduan Memancing Dan Lepaskan Konvoi Berbasikal

Dataran Cempaka, BBB, 02 Jamadil Awal 1433 = 25 Mac 2012 (Ahad):

Setiap hujung minggu – Sabtu dan Ahad Dataran Cempaka, Tasik Cempaka berdekatan dengan Bangunan PKNS BBB meriah dengan berbagai kegiatan. Setiap pagi hujung minggu ramai golongan veteran dan orang muda datang berjogging atau menyertai berbagai kegiatan yang diadakan. Antara kegiatan yang diadakan pada awal hari minggu ialah jogging yang kelihatan diambil kesempatan oleh kalangan veteran, orang Tua dan orang muda. Satu program lagi dijalankan pada hujung minggu – pada sebelah pagi hari Ahad ialah Senam Robik yang diadakan di tepi tasik yang boleh sesiapa sertai. Kelihatan Di dalam senaman aerobik para veteran, ibu-ibu yang mengiringi anak-anak mereka, golongan wanita dan anak-anak. Mereka yang tak bersenam aerobik, berjogging atau menyertai kegiatan-kegiatan berbagai yang lain. Begitu meriahnya lokasi ini dihadiri pengunjung-pengunjung.

Pada pagi ini Adun Bangi sendiri mempunyai dua program utama, iaitu mewakili Y.B.Dr. Haji Yaakob bin Sapari Exco Pemodanan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan bagi merasmikan Pesta Memancing peringkat Negeri. Menurut saudara Mat Zali Kasnan Pengurus Pertandingan, bahawa Pesta Memancing di Tasik Cempaka ini adalah merupakan siri kedua selepas Kelana Jaya (5.3.2012) daripada 12 siri bagi tahun 2012. Menurutnya lagi penyertaan kali ini berjumlah seramai 1,300 orang. Menurut saudara Mat Zali pelepasan ikan telah dilakukan beberapa hari yang lepas. Adun Bangi merasmikan pesta memancing dengan membunyikan siren tepat jam 9.00 pagi. Y.B.Dr. Yaakob Sapari pada jam 12.30 tengahari hari ini akan datang ke sini tengahari ini menutup pesta

Selepas itu Adun diiringi ke Dataran Cempaka kerana melepaskan Konvoi Berbasikal anjuran Ahli Majlis MPKj Zon 23 Ustaz Shafie Ngah. Peserta yang mengambil bahagian Berkayuh Berbasikal pada pagi ini berjumlah 157 orang. Daripada mereka ialah:

Pasukan MPKj 21

Pusat Kesihatan 58

Kelab berbasikal Bangi 30

Lain-lain 48

(Termasuk di atas Kelab Berbasikal Bandar Tun Hussein Onn).

Sebelum melepaskan pasukan di atas Adun diberi penghormatan merasmikan penubuhan Kelab Berbasikal Bandar Baru Bangi dan bergambar dengan mereka.

Konvoi Berbasikal adalah dari Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi ke Kajang Utama dan kembali semula ke Tasik Cempaka:

Berkayuh secara santai berbasikal

Edar risalah anti denggi di Kajang Utama

Bersungguh kekal exercise diamal

Insya Allah diri sihat panjang usia.

Sebelum Konvoi Berbasikal dilepaskan nasihat diminta dari Dato` Hasan Nawawi YDP MPKj yang juga Jaguh Berbasikal Merentasi Dunia selama 13 bulan. Menurutnya untuk menjaga kesihatan dan menjadikan diri fit perlu kepada usaha dan penjagaan:

Berbasikal atau exercise dilakukan jangan kurang 3 kali seminggu dan tak kurang dari setengah jam setiap kali.
Berbasikal lebih baik dari jogging. Berjogging banyak, berulang hentakan boleh sakit tumat dan memberi kesan pada lutut. Berbasikal berat badan ditanggung seat.
Terbaik selepas berbasikal ialah amalan berenang. Berenang mengapung badan, tiada tekanan.
Berbasikal seperti menunggang kuda mengukuhkan otot dan saraf jantina melalui geseran tunggangan. Mengunggulkan kelakian bersifat kepahlawanan. Sebab itu berbasikal dipanggil `Iron Horse` lebih murah dari kuda yang hanya mampu dimiliki orang berada yang memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi bagi menjaganya.
Basikal yang diguna tak semesti mahal harganya. Beli yang sederhana tapi sempurna. Basikal Dato` Hasan dalam lingkungan RM700/= harga dan memerlukan alat ganti – spare parts biasa yang ada di pasaran.
Berbasikal mengurangkan stress, merehat dan menenangkan fikiran dan menyenangkan tidur dan jangan merayau malam.
Lebih baik berbasikal secara berkawan dan berkumpulan. Bina ukhuwwah dan berbincang menghasilkan fikiran bernas seperti bermain golf.
Berbasikal jarak jauh seperti dilakukan Dato` Hasan merangka jarak perjalanan lebih kurang 160 km. sehari.
Berbasikal mengurangkan obesiti – kegemukan yang menjadi salah satu penyakit rakyat Malaysia yang banyak makan dan malas exercise. Obesiti di Malaysia tertinggi di Asia. Statistik menunjukkan penyakit darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis menjadi penyakit utama di Malaysia. Kurangkan ancaman penyakit berkenaan dengan exercise termasuk berbasikal.
Hanya 12% saja rakyat Malaysia yang mengamalkan exercise secara regular. Amalkan exercise untuk kesihatan.
MPKj mempunyai pasukan berbasikal. Kumpulan ini berbasikal pada setiap hari Rabu Malam – 55 km. berbasikal semalam. Terbuka kepada sesiapa untuk ikut bersama. Perlu pakai pakaian berwarna cerah merah atau orange. Tunggu untuk penyertaan di Section 15, Warung Sepakat dekat Stadium Bangi.

Selepas YDP Dato` Hasan Nawawi menyampaikan ceramah ringkas yang merupakan `Fatwa Kesihatan` sambil ramai-ramai berdiri. Pasukan berbasikal diminta beratur dalam keadaan bersedia untuk bertolak dan Adun Bangi ke hadapan dan melepaskan Konvoi Berbasikal berkenaan.

Selepas melepaskan Konvoi Berbasikal berkenaan, Adun bersama saudara Mat Zali dan beberapa pengiring bergerak pergi kembali ke Tasik Cempaka membuat lawatan melihat ikan-ikan yang telah ditangkap, seekor daripadanya seberat 8 km. dan seekor lagi seberat 7 km. Lawatan menemui peserta-peserta pesta memancing ini di tepi-tepi tasik memakan masa lebih kurang setengah jam. Selepas itu Adun meminta diri kerana mempunyai program di tempat lain.

Sekian.

1 comment:

  1. salam,

    yb atau pihak yang berwajib.
    saya adalah penduduk kajang. dulu, selalu juga beriadah di tasik cempaka. masa itu saya rasa tasik ini seperti kurang penjagaan dari segi kebersihan dan penjagaan. dah lama juga saya tak kesana. harap pihak2 berkuasa terus menjaga tasik ini dan jangan sampai mana2 pihak boleh ambil kesempatan dengan kelemahan ini.
    harap maklum.

    semoga yb terus dirahmati dan teruskan perjuangan.

    takbir!!!

    ReplyDelete