March 21, 2012

Ceramah Perdana Di Bangi: Selangkah Ke Putrajaya

Kompleks Sukan, Seksyen 15, BBB, 27 Rabiul Akhir 1433 = 20 Mac 2012 (Selasa):

Malam ini pihak Pas Serdang mengatur Ceramah Perdana yang bertemakan `Selangkah Ke Putrajaya` bertempat di Kompleks Sukan, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Pihak penganjur berjaya mendapat kesanggupan dua tokoh penting untuk berceramah pada malam tersebut. Mereka ialah Y.B. Dato` Tuan Teng Chang Kim Dato` Speaker Dewan Negeri Selangor dan Y.B Dato` Seri Nizar bin Jamaluddin Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Bekas Menteri Besar Perak. Turut sama berceramah ialah Y.B. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang dan Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar Ahli Dewan Negeri Bangi. Mereka berdua adalah selaku Tuan Rumah. Kesanggupan kedua Tokoh jemputan Kehormat dapatlah disifatkan sebagai pertolongan yang diberi bagi Kawasan Serdang dan Dun Bangi di dalam menghadapi pilihanraya. Meskipun Ceramah Perdana dapat menarik dua tokoh penting berkenaan adalah dirasakan publisiti tidak diberi perhatian secara sungguh, sehingga kehadiran pada peringkat permulaan agak mengeciwakan, Cuma pada pertengahan ceramah dijalankan barulah hadirin mulai kelihatan ramai, namun jumlah mereka tidak mencapai seribu orang. Mereka keempat-empat pencermah sanggup datang berkerja ke Bangi – kedua-dua ahli Parlimen baru sudah bersidang jam 8.00 malam – keluar awal sedikit dan Dato` Speaker dan Adun Bangi juga masih keletihan sehari bersidang dan semua mereka sanggup datang.

Memulai ceramah Ustaz Shafie Ngah selaku YDP Pas Serdang mengucapkan terima kasih kepada penceramah-penceramah yang sudah menerima jemputan dan hadirin yang datang mendengar cermah. Menurutnya penceramah-penceramah yang mempunyai maklumat di dalam bidang masing-masing dapat membantu para hadirin memahami situasi poltik semasa yang mencerahkan langkah di jalan ke Putra Jaya. Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi yang dijemput memulai ceramah menyebut bagi mengukuh azam dan memudahkan perjalanan ke Putrajaya perlu pastikan persiapan mantap pada tiga peringkat, iaitu mengukuhkan parti yang ahli bekerja menarik sokongan pengundi, kedua khidmat masyarakat dari Adun hendaklah cemerlang sehingga semua pengundi di kawasan memberi sokongan dan ketiga pimpinan peringkat negeri dan pusat matang di dalam mengatur strategi, polisi dan tawaran melalui manifesto terhadap rakyat.

Y.B. Saudari Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang bercakap tentang GST yang akan dilaksanakan yang akan melibatkan kenaikan semua harga barang. Kenaikan ini mungkin tidak dilakukan sebelum pilihanraya, tetapi akan dilaksanakan selepas pilihanraya. Sebab itu jangan sokong BN, jika tidak mau Barang Naik (BN). Beliau juga bercakap tentang pembaziran dan penggunaan harta rakyat bagi upacara seperti pertunangan anak Perdana Menteri dan berbagai pembaziran yang lain.

Y.B. Dato` Seri Nizar Jamaluddin bercakap tentang penyelewengan-penyelewengan yang berlaku seperti Cowgate yang melibatkan dana RM450 juta yang katanya, menurut Daim Zainuddin Mantan Menteri Kewangan yang lalu, ``Jika isu Cowgate tidak ditangani dengan bijaksana, ianya akan menelan BN dan hilang kekuasaan.`` Beliau juga mengimbau tentang perampasan haram Kerajaan Negeri Perak dari Kerajaan Pakatan. Beliau berkeyakinan insya Allah rakyat akan mengembalikan kekuasaan kepada Pakatan. Mereka tidak yakin dengan BN yang membazir, rasuah dan penyelewengan.

Y.B. Dato` Teng Chang Khim bercakap berkenaan pemerintahan yang bersifat adil, telus dan demokratik. Kerajaan Pakatan membawa kelainan dari segi pemerintahan berbanding kerajaan di bawah BN sebelumnya. Kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim berjaya meningkatkan ekonomi negeri Selangor dengan rizab simpanan RM1.9 bilion ringgit. Banyak skim yang ditawarkan kepada rakyat. Contoh Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan peruntukan RM500 juta, termasuk skim warga emas, air percuma, bantuan anak masuk universiti, bantuan kebajikan dan berbagai-bagai. Pentadbiran kerajaan Pakatan jauh lebih baik dari BN, sebab itu berilah sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi boleh membuka jalan ke Putrajayta.

Sekian.

No comments:

Post a Comment