Berdasarkan surat jemputan Adun adalah menjadi tetamu Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin bagi mengeratkan hubungan silaturrahim. Atas dasar ini Adun bersama saudara Azizi hadir ke Majlis sejak jam 8.30 malam dengan jangkaan ramai pemimpin termasuk dari parti dalam Pakatan Rakyat akan hadir. Bila tiba didapati Majlis lebih kepada himpunan pemimpin dan pendukung PKR bagi cabang Kota Anggerik di bawah YB Dr. Yaakob bin Sapari. Dari hadirin yang memenuhi Kompleks Belia, Seksyen 7 itu, agak sukar menemui pemimpin Pas tempatan di sini – mungkin kurang mengenali. Yang Adun pasti hadir ialah saudara YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dan YB. Dr. Ahmad Yunus Adun Sijangkang. Beberapa pemimpin lain ialah seperti Tuan Syed Shahir Pengerusi PKR Negeri dan Tuan Faris. Pada masa diumumkan YAB Tan Sei Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim tiba, majlis belum hendak bermula. Sebaliknya YAB dibawa berihat di Bilik Tetamu. Oleh kerana tidak ramai pemimpin peringkat negeri yang tiba, maka Adun yang telah duduk dikerusi makan ditentukan, dijemput meraikan YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah tiba itu. Atas permintaan dan penghormatan Adun bangun keluar bersama Tuan Rumah Tuan Dr Haji Yaakob Sapari meraikan YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim di dalam bilik tamu berkenaan dan sempat bercakap dengan beliau beberapa topic, misalnya cadangan untuk menubuhkan stadium Sukan di Muzium Negeri dan cadangan bagi mengadakan Majlis Pelancaran buku Bangi Bandar Ilmu.
Kehadiran Adun ke Majlis Makan Malam ini sekurang-kurangnya dapat mempelajari gerakerja yang diatur terutama oleh YB Dr. Yaakob Sapari yang dapat menggembleng tenaga kerja dari berbagai peringkat dan berbagai-bagai kaum yang bersiap siaga untuk menggempur kubu lawan. Di dalam ucapannya menurut YB Dr. Yaakob, gerak kerja yang disusun adalah merupakan bukan saja bagi Shah Alam, tetapi juga pengukuhan pada peringkat negeri. Menurut beliau kerja kita adalah benar-benar bersifat Pakatan yang terdiri bukan saja dari berbagai parti, tetapi berbagai kaum secara serentak. Menurutnya berlainan dari BN. Gerak kerja mereka - Umno hanya untuk Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk India dan mereka biasanya bergerak secara berasingan. Menurutnya, ``Inilah kekuatan parti dan Kerajaan Pakatan Rakyat yang benar-benar bersifat Pakatan dan tidak dibataskan oleh perkauman sebagaimana di dalam BN.``
Selepas YB Dr. Yaakob Sapari menyampaikan ucapan Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan yang antara lain beliau menyatakan, ``Melihat kepada kerja kuat pendukung dan penyokong Pakatan Rakyat seperti yang ditunjukkan oleh tenaga kerja di Kota Anggerik ini, saya yakin, bahawa Pakatan Rakyat akan lebih mendapat sokongan rakyat dan akan menang dengan majority yang lebih besar.`` Beliau menambah,
``Saya berharap Kota Anggerik menjadi contoh kekuatan kita bagi seluruh negeri Selangor !`` . Harapan Dato` Menteri Besar itu disambut dengan tepukan gemuruh dan laungan berturut-turut, Reformasi ! Reformasi Reformasi !`
Menurut Dato` Menteri Besar Selangor, ``Kita sama-sama boleh berbangga, bahawa kita dapat buktikan kepada rakyat, bahawa kita dapat mentadbir jauh lebih baik dari pentadbiran sebelum 2008.``
Menurutnya berbagai bukti dapat dijelaskan dengan indek-indek statistic yang tidak dapat dipertikaikan dari bajet tahunan negeri yang terus bertambah yang mencerminkan pertamnbahan pendapatan negeri, skim Selangorku, pertambahan pendapatan dari pasir, keuntungan terkumpul KSB, Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Pelaburan luar yang makin bertambah, SkimSel, Mimbar, pinjaman pelajar tanpa faedah dan berbagai lagi.``
Kata Dato` Menteri Besar, ``Kita memberi sumbangan pendapatan Negara sebanyak 23%, tanpa Selangor Kerajaan Persekutuan pincang. Inilah sebabnya mengapa BN bermati-matian untuk mengambil kembali Selangor.`` tambahnya, ``Kita bukan saja mau mempertahankan Selangor, tapi mempertingkatkan sokongan rakyat sambil bergerak ke Putra Jaya !``
Sesungguhnya jelas kebijaksanaan Pentadbir Selangor di dalam mentadbir negeri Selangor dan menjanakan ekonomi negeri. Sedang Dr. Mahathir memperingatkan kepada kerajaan BN bahawa Negara akan bankrupt, jika tidak bijak mengendalikan skim gaji minimum, dalam masa yang sama kerajaan BN secara gila-gila menabur duit kepada rakyat tanpa sebab dan perhitungan yang wajar. Mungkinkah Negara menjadi Greek kedua ?
Sekian.
No comments:
Post a Comment