Pihak Kerajaan Negeri yang prihatin dengan pendidikan telah menghantar ke Pejabat Adun Bangi Sejak pertengahan Februari 2012 sebanyak 1,000 buah beg Sekolah untuk diagihkan ke Sekolah-sekolah pilihan di DUN Bangi.
Sebagai permulaan pada hari ini pihak Pejabat Adun Bangi mengatur buat permulaan untuk dihantar ke dua buah Sekolah Tamil di DUN Bangi. Sekolah berkenaan ialah Sekolah Tamil, Pekan Bangi dan Sekolah Tamil, West Country, Jalan Reko, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi. Sdr. Ari – Ketua Komuniti India di DUN Bangi menjadi penyelaras bagi Adun Bangi bagi kedua-dua Sekolah berkenaan.
Pagi ini jam 10.00 pagi, Adun Bangi diiringi tenaga kerja di Pejabat Adun Nur Sabrina binti Mohd. Arip dan Aisyah binti Zainuddin ke Sekolah Tamil, Pekan Bangi dengan membawa sebanyak 100 buah beg Sekolah ke Sekolah tersebut. Ketibaan kami di Pekarangan Sekolah disambut saudara Ari, Encik Nathan AJK PIBG yang juga mewakili Guru Besar Encik Armanimaran, En. Jesudas, AJK PIBG, Cikgu Rajendran, guru-guru dan beberapa ibu bapa yang turut hadir.
100 orang murid sedia berada di Dewan Terbuka Sekolah secara duduk dilantai dengan pengawasan guru-guru. Mereka kelihatan excited dengan beg-beg yang berlogo negeri Selangor. Adun terus diminta Pengerusi bercakap. Adun berkata, ``Terima kasih di atas penerimaan dan kerjasama Sekolah. Bahawa Adun datang pada kali ini membawa beg dari kerajaan negeri Selangor untuk diagihkan kepada murid-murid terpilih – kebanyakan mereka dari darjah satu.`` Menurut Adun, ``Beg kali ini lebih baik dan lebih bermutu dari beg yang pernah diedarkan dua tahun lepas, termasuk ke Sekolah ini.`` Tambah Adun,
``Ini bukan pertama Adun datang ke Sekolah, bahkan banyak kali dan ini bukan pertama kali bantuan, selain dari edar beg, kita pernah membekalkan kerusi dan meja untuk Sekolah. Membiayai yuran murid-murid miskin dan sebagainya.``
Adun menyebut, ``Adun sukacita masalah pemilikan tanah Sekolah telah dapat diselesaikan dan Adun lebih bergembira, usaha sedang dilakukan dari Kerajaan Negeri Selangor bagi menambah lagi kawasan 1.6 ekar bekas rumah JKR ke tepi jalanraya yang menjadikan jumlah keluasan kawasan Sekolah 3 ekar. Adun sokong dan berharap permohonan akan diluluskan dalam masa terdekat bagi menjadikan kawasan Sekolah lebih selesa.``
Berikut dari itu Adun mengagihkan beg-beg kepada murid-murid seorang demi seorang.
Setelah selesai pengagihan dan diraikan dengan sedikit minuman, Adun dan kedua pengiring Adun memohon diri, pulang ke Pejabat di Bandar Baru Bangi dan mengambil 100 buah lagi beg dan menuju ke Sekolah Tamil, Seksyen 5, Jalan Reko, Bandar Baru Bangi. Setiba kami saudara Ari Penyelaras komuniti India, sedia tiba terlebih dahulu dengan disertai Cik M. Vasuki Guru Besar disertai En. Gupi Nathan dan guru-guru. Kami dibawa ke Dewan dalam mana murid-murid duduk secara bersila sebagaimana di Sekolah Tamil Pekan Bangi. Sebagaimana di Sekolah Tamil Pekan Bangi, maka di Sekolah Tamil Jalan Reko ini, Adun diminta bercakap, Adun mengucapkan terima kasih, terutama kepada Guru Besar yang memberi kerjasama yang erat kepada Adun. Adun berkata, ``Untuk Pelajaran kita jangan diganggu oleh politik. Kita mau murid-murid pandai, apa saja bantuan untuk kepentingan pelajaran patut diterima dengan baik. Adun menambah,
``Adun amat sukacita Sekolah ini muncul sebagai Sekolah terbaik pada tahun 2011 dengan 11 murid berjaya mencapai 7 A, berbanding dengan 2010 hanya tiga orang. Adun berharap kemajuan Sekolah ini dapat dipertingkatkan lagi dan menjadi Sekolah cemerlang yang mencerminkan juga hasrat kita mengunggulkan Bangi sebagai Bandar Ilmu.`` Tambah Adun, ``Banyak kerjasama yang kita beri kepada sekoalh ini, umpamnanya kita dirikan Bangunan Pengawal yang hingga kini masih digunakan dengan baik, membaiki kerosakan pintu-pintu dan tingkap-tingkap yang rosak dan meluluskan peruntukan kewangan yang dipohon, bantuan dari Kerajaan Negeri dan berbagai lagi.``
Selepas itu Adun mengagihkan beg-beg kepada murid-murid, seorang demi seorang dan berakhir dengan minuman.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment