Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim pagi ini merasmikan Muzium Insitu Jugra, Kuala Langat dalam suasana klasik dan tradisional. Muzium ini berasal dari bangunan Rumah Pasung (Balai Polis) yang dibina pada tahun 1878, iaitu antara balai Polis terawal dibina di Selangor - sebelum didirikan Penjara Pudu (1890) bagi menempatkan pesalah yang dijil dan sebelum digantikan dengan Balai Polis Teluk Datuk (1929) yang mengambil alih peranan Balai Polis di sini. Hadir ke Majlis Perasmian ialah Y.B. Dr. Mohd Yunus bin Hairi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia Dan Sukan Negeri Selangor, Yang Mulia Dato` Ungku Raja Uzir Orang Besar Daerah Kuala Langat, Orang-Orang Besar Daerah Sepang dan Kuala Selangor, Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar Pengerusi PADAT, En. Mohd Yazid bin Abidin, Tuan Pegawai Daerah Kuala Langat, YDP Majlis Daerah Hulu Langat, Ketua Pegawai Eksekutif PADAT, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan dif-dif Jemputan.
Menurut Dato` Menteri Besar, dalam ucapannya menyatakan ``Memahami sejarah, adat resam dan warisan kita dapat mengenali Jati Diri kita dan membina arah masa depan kita.`` Menurutnya lagi , ``Orang Barat berusaha mengumpul bahan sejarah bagi mengenali sejarah, watak dan tabiat bagi sesuatu bangsa terutama bagi negeri yang dijajah, dengan demikian mudah bagi mereka berurusan.`` Adalah menjadi budaya bagi mereka membina muzium untuk memahami budaya dan warisan dan menjadi sumber pengetahuan.``
Dalam konteks negeri Selangor menurutnya, ``Membina Muzium Insitu Kuala Langat ini, bukan saja kita memahami tentang sejarah kepolisian (dulu dikenali Rumah Pasung), tetapi juga tentang sejarah pemerintahan kesultanan negeri Selangor yang bermula dari Kuala Selangor membawa ke Kuala Langat dan ke Kelang. Kita juga dapat memahami bahawa di Jugra pernah terdiri Pusat Pemerintahan Negeri Selangor mulai dari pertengahan abad ke 19 membawa ke akhir abad tersebut.``
Menurut Dato` Menteri Besar, ``Usaha memulihara bangunan berasal dari Rumah Pasung (Balai Polis) ini adalah selari dengan minat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor yang amat berminat dengan sejarah, bahkan Baginda menjadi Ahli Historical Society.``
Menurut Y.A.B. Dato` Menteri Besar, ``Kuala Langat mempunyai banyak tempat-tempat sejarah yang dapat menarik pengunjung-pengunjung tempatan dan luar negeri dan Negara. Kini ada jambatan baru yang menghubungkan Pulau Carey, sebab itu perlu dibina rangkaian tempat kunjungan dari Jugra ke Pulau Carey, melihat binaan Castle, melawat binaan pengaruh ala Belanda dan Inggeris, melawat estate Kelapa Sawit dan Getah, melawat Bandar dan pekan yang cukup setengah hari bagi pelawat dan keluarga melawat, tetapi untuk melengkapi rangkaian lawatan perlu dibina restoran, kedai sovenier dan berbagai-bagai rangkaian kemudahan. Y.A. Berhormat berharap ada kerjasama antara, PADAT, Pejabat Daerah dan Bahagian pelancongan memikirkan kemungkinan memajukan tempat-tempat berkenaan sebagai destinasi pelancongan.``
Sebelumnya Adun Bangi yang merupakan Pengerusi Padat menyampaikan ucapan alu-aluan. Selepas Y.A.B. Dato` Menteri Besar menyampaikan ucapan beliau dijemput menandatangani plag sebagai menandakan perasmian.
Kemudian Y.A.Berhormat diiringi Y.B. Dr. Ahmad Yunus Hairi, Adun Bangi, Orang Besar Kuala Langat, Puan Haslinda Ketua Pegawai Eksukutif PADAT, Encik Mohamad Aris melawat muzium Insitu Kuala Langat yang bahagian luat terdapat 2 buah kereta GMC yang diguna pada zaman darurat, dua buah telaga yang digunakan dahulu dan masih baik dan rangka perahu lama yang ditebuk dari sebatang kayu. Manakala bahagian dalam tingkat bawah ialah berhubung dengan pensejarahan Sultan Sir Abdul Samad Sultan yang memerintah di Juga. Syiling & kewangan lama, gambar-gambar intana, artifek-artifek lama, replica Gendang Dong Song, tembikar Cina dan lockup yang digunakan bagi mengurung pesalah-pesalah.
Selepas melawat bahagian bawah Y.A.B. diiring naik ke bahagian atas yang binannya dari kayu cengal. Bahagian atas ini terdiri dari pejabat pentadbiran kini, bilik menyimpan senjata yang digunakan pada masa tradisi, peluru-peluru, gambar-gambar, manuskrip-manuskrip dan buku-buku yang antaranya dihadiah oleh penderma yang memiliki buku-buku nadir berkenaan. Y.A.Berhormat mengangkat dan membidit senapang patah yang terdiri dari berbagai-bagai jenis. Di dalam almari juga dipamerkan mangga asal bagi mengunci pintu masuk ke kawasan Muzium Insitu di sini yang direplikakan dan dibuka mangga oleh Y.A.B. pada masa mula-mula masuk ke kawasan Muzium Insitu tadi. Pada bahagian luar tingkat atas dipamerkan gambar-gambar muzium induk di Shah Alam dan empat buah cawangan yang lain yang terdapat di negeri Selangor.
Sebelum melawat kawasan muzium tadi Y.B. Dr. Ahmad Hairi diberi penghormatan menyampaikan cenderahati kepada pihak Permuziuman Polis Diraja Malaysia, Orang Besar Daerah Kuala Langat, Tuan Pegawai Daerah dan beberapa yang lain.
Majlis bersurau selepas jamuan ringan. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Perasmian Muzium Insitu Jugra, Kuala Langat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment