March 26, 2012

Penggulungan Dari Perbahasan Dan Soalan - Hari Keenam

Dewan Negeri Selangor, 03 Jamadil Awal 1433 = 26 Mac 2012 (Isnin):

Hari ini bermulanya penggulungan disampaikan oleh Exco-Exco sebagai jawapan dan ulasan terhadap apa yang ditimbulkan oleh ahli-ahli Dewan. Tiap Exco menjawab persoalan yang berhubung dengan bidang dan portfolio masing-masing.

Walau bagaimana sebelum penggulungan ialah sesi menjawab soalan yang memakan masa lebih kurang satu jam setengah. Sebanyak 11 soalan dapat dijawab hari ini yang antaranya mengenai Rumah Mampu Milik (Adun Bangi membuat soalan Tambahan berhubung dengan Rumah Mampu Milik di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi), Mengenai Perbelanjaan Am/Luar Jangka, Pembangunan Institusi Pengajian Tinggi Di Selangor (Adun bertanya cadangan untuk mendirikan Cawangan Universiti Madinah di Cyberjaya, tapi tertangguh kerana bimbang Pengaruh Wahabi – Belum ada keputusan dan cadangan pihak Alumni Kolej Islam Kelang yang diketuai Tan Sri Dr. Yusof Nor sebagai Pengerusi mahu mendirikan Universiti lanjutan dari Sistem Kolej Islam Awal – Perkara ini Adun Bangi pernah berbincang dengan Tan Sri Dr. Yusof Nor semasa mewakili Dato` Dr. Hassan Ali bermesyuarat di JAKIM dua tahun lepas dan baru-baru ini dibincang di dalam sebuah akhbar, tetapi Exco Pendidikan menjawab, beliau tiada maklumat mengenainya. Projek Perintis Penanaman Padi, Hasil dari Hutang Talam.

Pada hari ini juga keluar giliran soalan Adun Bangi berhubung dengan Masalah Sampah – Mengenai kekecohan berlaku pada Januari dan Februari 2012, mengenai kemungkinan disabotaj (benar) dan sejauh manakah masalah dapat diatasi. Adun juga membuat soalan tambahan mengenai prestasi kontraktor-kontraktor yang baru dilantik, kelemahan (tiada pengalaman) dan kurang peralatan. Berikut dari Adun Bangi beberapa orang lagi turut membuat soalan tambahan dan diberi peluang oleh Tuan Speaker kerana perkara semasa dan dialami oleh pelbagai pihak. Pokoknya perkhidmatan mengangkat sampah makin baik. Soalan-soalan lain mengenai Virus Pokok Pisang, Penrizaban Banjaran Kuartza Klang, Look Out Point, Hulu Langat, Kemudahan Awam, dan Hotel Bajet.

Penggulungan bermula dengan jawapan daripada YB Dr. Yaakob Sapari (Kota Anggerik) yang berhubung dengan prestasi pertanian semakin baik. Isu ditimbulkan mengapa dijualkan tanah ladang kelapa sawit negeri di Labuan dijual kepada kroni zaman BN. YB Teresa Kok menjawab mengenai pelaburan di Selangor yang makin meningkat. KDNK 2011 sebanyak 5.9%. Selangor memberi sumbangan kepada Pusat 23% dari pendapatan Negara.

YB Ronnie Liu menjawab soal Hotel Bajet, masalah sampah, manakala Dr. Xavier mengenai perlunya pertambahan Hospital di Selangor, tapi permohonan tidak diberi peduli oleh pihak-pihak berkenaan. Exco Belia, Sukan dan Adat Resam Melayu. Beliau bercakap tentang kemungkinan berlaku kemalangan, manaka YB Ean Yong bercakap tentang Kg. Baru dan Bagan, diikuti Bukit Lanjan mengenai alam sekitar yang Adun turut bangun menjawab. Dr. Halimah bercakap tentang menggalakkan pembelajaran (Adun Bangi turut mencadangkan diperbanyakkan pengajian pada peringkat menengah yang dapat menarik pelajar-pelajar tradisi dan moden. Majlis diakhiri dengan penggulungan oleh Y.B. Xavier berhubung dengan kesihatan, pekerja estet dan beliau juga menyentuh berkenaan dengan air. Menurutnya Selangor kaya dengan air dan tak perlu dibawa dari luar. Semasa YB Xavier bercakap masa untuk menjawab telah habis (4.30 petang) dan Dewan ditangguhkan kepada hari esok.

Sekian.

No comments:

Post a Comment