BBB, 18 Rabiul Akhir 1433 = 11 Mac 2012 (Ahad):
Usaha Alumni Kolej Islam Kelang mau menghidupkan kembali system Pengajian Kolej Islam bermula di Kelang (1955) kepada tahap universiti sebagaimana tersiar dalam New Sunday Times hari ini amat dialu-alukan. Dilihat dari segi sejarah penubuhan Kolej Islam bertempat di Kelang, Selangor adalah amat penting, kerana ini adalah merupakan pengajian tinggi moden terawal wujud di Negara ini, mendahului universiti Malaya sebagai cawangan dari Universiti Singapura (1959). Hasrat meningkatkannya ke tahap universiti bukan merupakan kesedaran kini, tetapi bercambah pada akhir dekad 1960an. Pada masa yang sama gelombang desakan supaya didirikan Universiti Kebangsaan sebagai puncak system pendidikan Negara begitu kuat. Pendukung-pendukung bagi kedua universiti berbincang dan berkeputusan mengutamakan desakan rakyat dan kecenderungan kerajaan agar UKM didirikan, maka sebagai kompromi status Kolej Islam ditingkatkan kepada Fakulti Islam UKM. Sudah tentulah ada yang tidak berpuashati dengan status Kolej Islam dijelmakan sebagai sebuah fakulti sahaja. Dengan status ini Fakulti Islam sebenarnya tidak mempunyai kebebasan bagi memperluaskan pengajian sebagaimana jika ianya sebagai sebuah universiti. Perasaan terpendam ini masih berterusan hingga penyuaraan ditimbukan pada 2010 dan mendapat respond yang baik hingga Jawatan Kuasa memulihkan Kolej Islam yang dipengerusikan oleh Ybhg. Tan Seri Dato` Dr. Mohd Yusof Noor membuat pengumuman hasrat membangunkan Kolej Islam bertaraf Universiti yang namanya dicadangkan sebagai Universiti Islam Malaysia.
Kita merasa gembira dengan usaha pemuliharaan Universiti Islam Malaysia ini, walaupun tidak mengambil tapak asalnya di Kelang, tetapi di tempat yang paling strategic dan maju di Selangor, iaitu di Cyber Jaya, sebuah Bandar moden di dalam Selangor menandingi Putrajaya. Bandar ini merupakan Bandar Akademik dengan adanya Universiti Multi Media, Lim Kok Wing dan kini Universiti Islam Malaysia. Sebelum ini ada ura-ura sebuah cawangan Universiti Madinah bakal didirikan di sini. Namun ada timbul kebimbangan, sebagai sebuah cawangan universiti dari luar akan membawa implikasi dari segi aliran dan fikiran yang tidak sejajar dengan aliran dan pemikiran rakyat di Negara ini, sebab itu walaupun ada tapak, maka projek berkenaan tertunda. Dengan kemampuan yang ada pada kita dan dokongan alumni, maka adalah wajar kita mendirikan universiti Islam Malaysia global dengan kebebasan tadbiran dan pendekatan kita sendiri.
Bagi negeri Selangor, kewujudan Kolej Islam di Selangor dan kini mau memulihnya menjadi uniiversiti Islam, maka ianya amat memberi erti bagi Selangor. Dengan fakta sejarah bahawa Kolej Islam di Selangor dan dia dbangunkan berasaskan istana yang dikurniai Sultan Hishamuddin Shah negeri Selangor, maka ianya mempunyai nilai tinggi dari segi warisan dan permuziuman, bahkan adalah menjadi hasrat muzium dengan adanya fakta sejarah dan mengaitkannya dengan sejarah pendidikan keislaman pada peringkat awal seperti pada zaman pemerintahan Sultan Alaiddin Shah di akhir abad ke 19, maka berdasarkan fakta yang ada Selangor sebenarnya mempelopori pendidikan dan pendidikan tinggi di negara ini. Dengan adanya hasrat memulih Kolej Islam di Cyber Jaya, maka ianya tidak saja bergantung pada sejarah silam, tetapi diperkukuhkan dengan adanya pengajian tinggi terkini di Selangor, iaitu Universiti Islam Malaysia. Maka ianya tentulah memperkukuhkan Selangor sebagai negeri mempelopori pengajian Islam moden dan terkini di Selangor dan Malaysia.
Walau bagaimana kita mengharap oleh kerana Kolej Islam asal didirikan di Kelang Selangor, hasratnya ada kaitan dengan pengurniaan tapak dan bangunan oleh Al-Marhum DYMM Sultan Hishamuddin Shah dan kini tapak yang baru juga bergantung pada kelulusan kerajaan Selangor, maka kita berharap penubuhan Universiti Islam Malaysia (jelmaan dari Kolej Islam Kelang), maka ianya janganlah mengkesampingkan Kerajaan negeri Selangor. Kita berharap Kerajaan Negeri Selangor diberi peranan penting bukan saja dari segi menentukan lokasi tapak dan keluasan, tetapi juga di dalam menentukan falsafah, pendekatan, misi dan visi Universiti Islam Malaysia tersebut. Kita tidak mau Universiti Islam Malaysia ini duplikasi dari misalnya UIAM, USIM, KUIS dan sebagainya. Sebaliknya ianya merupakan universiti yang mempunyai falsafah, pendekatan, kurikulum dan wawasan tersendiri yang mengistimewakannya dan beridentiti sebagai sebuah Universiti Unggul bukan saja di Negara ini, tetapi juga di kalangan Negara Islam, bahkan di dunia ini.
Sekian.

No comments:
Post a Comment