Sidang Dewan Negeri yang sepatutnya berterusan hingga 30 Mac 2012 (Jumaat)
Dipendekkan dan berakhir pada petang ini, kerana agenda yang disusun dapat diselesaikan pada petang ini.
Sebagaimana biasa selepas doa, ialah menjawab soalan-soalan. Sebanyak sepuluh soalan dapat dijawab pada hari ini menjadikan jumlah soalan yang dapat dijawab selama 7 hari bersidang hanya 70 soalan. Bagi Adun Bangi yang menghantar 10 soalan lisan dan 10 soalan tulisan yang semuanya diterima, bagi soalan lisan sempat dijawab hanya tiga soalan sahaja:
No. (10) Simpanan Tunai Kerajaan Negeri
No. (34) Akhbar Negeri Selangor
No. (54) Masalah Sampah
Tiada soalan dari Adun Bangi selepas 26 Mac (Isnin). Soalan pada hari Selasa ialah mengenai Peningkatan Peluang Pekerjaan oleh Bukit Antarabangsa yang Adun Bangi membuat soalan tambahan, Tabung Amanah Perkuburan (Subang Jaya), Industri Pelancongan di Kawasan Batang Kali (Batang Kali), Memartabatkan Islam (Lembah Jaya), Mimbar (Batu Caves), Pembaikan Jalan-Jalan Kampong (Morib), Bekalan Air Di Selangor Tahun 2016 (Kg. Tunku), Kuil Kota Warisan (Dengkil), Pengurusan Hutan Paya Laut (Hulu Kelang) dan Kompleks Sukan PKNS (Dusun Tua).
Pada pagi Selasa 27 Mac ini, soalan pertama sepatutnya dari Sungai Burong (Y.B.Dato` Mohd Shamsuddin bin Lias), tetapi apabila Sungai Burung dipanggil beliau baru mengambil tempat di kerusi, bila beliau cuba mengemukakan soalannya mengenai (Pindah Milik Tanah), Tuan Speaker memanggil soalan selepasnya (Bukit Antarabangsa) mengenai Peningkatan Peluang Pekerjaan. Sungai Burung cuba mengemukakan soalannya, tetapi Tuan Speaker berkata, soalan selepasnya sudah dipanggil. Ini membuat Sungai Burung merasa tidak puashati. Berikutnya beliaulah yang membuat protes mengatakan Tuan Speaker `Berpihak` berhubung dengan SMS dari Speaker meminta pihak Exco menyampaikan penggolongan yang memperlihatkan Kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat. Speaker menganggap ianya bukan berpihak, tetapi sebagai nasihat, sebagaimana dia juga pernah menasihatkan pihak pembangkang. Akibat dari rasa tidak puashati semua pihak pembangkang memboikot sidang mulai dari masa penggolongan dan seluruh persidangan di sebelah petang
Selepas menjawab soalan, mulai jam 11.30 pagi ialah penggolongan yang merupakan penyambungan dari penggolongan semalam (kelmarin) oleh Adun Batu Tiga Y.B.Rodziah binti Ismail yang bercakap tentang kemiskinan di Bandar, kesihatan, isu wanita, permuafakatan Wanita Selangor.
Penggolongan terakhir disampaikan oleh Adun Cempaka (Y.B. Iskandar Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan). Beliau menerangkan tentang rumah mampu milik. Adun Bangi bertanya mengenai permohonan tanah di belakang Desa Seroja, Jalan Reko, Kajang dan permohonan tanah di Kg. Bangi. Menurutnya usaha sedang disusun berhubung dengan tanah reserve sungai dengan tanah perumahan. Soalan juga berkenaan dengan Cybertel. Menurut Y.B. Iskandar perkara tersebut sedang dalam kajian. Berhubung dengan rumah terbengkalai yang melibatkan 1,785 keluarga, 659 telah selesai dan bakinya sedang menunggu penyelesaian.
Penggolongan terakhir adalah dari Y.A.B Dato` Menteri Besar menyatakan Pelaburan di Selangor adalah tertinggi. Beliau menafikan kita tidak mempunyai projek mega, kerana terdapat berpuluh projek yang melibatkan puluh billion modal. Menurutnya kita konsisten dari segi perkembangan ekonomi dan terus meningkat KDNK setiap tahun dari 7.7% pada 2007 kepada 8.08 2008 kepada 10.8 pada 2010 sedang karajaan Persekutuan dari 6.5% pada 2007 menurun kepada 4.7% 2008 dan meningkat kepada 7.2% 2010.
Beliau mempersoal cara Perdana Menteri mengaudit setiap item dalam manifesto 2008 tanpa melihat aspek kejayaan dan kejayaan-kejayaan yang lain. Pada hal kegagalan lebih banyak pada kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan lebih banyak melakukan penyelewengan, ketirisan dan rasuah. Rakyat perlu mengambil kira dari segi menilai prestasi negeri Selangor yang jauh lebih unggul dari segi ekonomi berbanding dengan kerajaan Persekutuan.
Selepas penggulungan ialah mengenai perlantikan-perlantikan yang melibatkan 3 usul perlantikan. Usul keempat ialah agar perlantikan Ahli Majlis Tempatan mematuhi syor-syor yang terdapat dalam Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) berkenaan Perlantikan Ahli Majlis bagi Pihak Berkuasa Tempatan seperti di Kertas Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2012 diterima. Adun Bangi berucap menyokong usul ini.
Oleh kerana masa bersidang tamat pada jam 4.30, maka usul menambah masa dibawa dan disokong. Usul-usul dibincangkan mengenai Syor Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah, Penyegeraan Pembinaan tapak letak kereta di Taman Seri Muda, Shah Alam, Usul agar Kerajaan Persekutuan berunding semula dengan Syarikat Konsesi Lebuhraya Pantai Barat agar hak dan kepentingan rakyat Selangor dipelihara. Usul seterusnya supaya Kerajaan Selangor menolak pembinaan kilang yang memproses bahan-bahan radio aktif di Selangor dan Usul terakhir mendesak kerajaan Persekurtuan menghapuskan kutipan tol Lebuhraya Persekutuan ll, iaitu di Sungai Rasau dan Batu Tiga.
Sidang berakhir dan ditangguh pada jam 6.00 petang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment