Ustaz Shafie Ngah berucap ringkas selaku Tuan Rumah mengalu-alukan para hadirin dan menerangkan tujuan ceramah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ridhuan dan terutama Aishah yang sudi hadir dan dapat menarik hadirin memenuhi Dataran. Adun Bangi yang kebetulan baru selesai menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada jam 7.00 petang tadi dan baru tiba pulang di Bangi menceritakan tentang Sidang Dewan Undangan Negeri berhubung dengan Bajet Tambahan sebanyak RM120 juta ringgit. Isu-Isu hangat diperkatakan di dalam Dewan Mengenai Isu Air yang sengaja dihebohkan pihak pembangkang kononnya Selangor kekurangan air, pada hakikatnya tidak, ia dijadikan isu agar Projek Langat Dua membawa air dari Pahang diteruskan bagi kepentingan dan keuntungan kroni. Isu Talam yang kononnya berlaku penyelewengan kewangan sebanyak RM1 bilion, tetapi dapat dijawab dengan jelas oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato' Menteri Besar Selangor. Begitu juga tentang isu UNISEL dan KUIS yang dikatakan sedang menghadapi masalah kewangan. Pada hakikatnya kedua-dua institusi pengajian tinggi itu berjalan dengan baik, bahkan makin mendapat sambutan dan makin meningkat dari segi prestasi. Adun juga menceritakan peranan pembangkang yang pasif dan sering tidak hadir dan tidak berada di dalam sidang, kecuali seorang dua daripada mereka.Cikgu Jaafar memulakan ucapan dihadapan pendengar-pendengar yang majority orang India. Beliau menceritakan penyelewengan-penyelewengan pemerintah BN. Penipuan yang cuba dilakukan terhadap pendaftaran pengundi. Beliau mengharapkan pengundi-pengundi India terus memberi sokongan terhadap Pakatan Rakyat. Adun Bangi bercakap tentang usaha kerajaan Pakatan Rakyat memberi tanah kepada rakyat yang tidak bertanah seperti pemberian tanah kepada Kaum India (24 orang) dan (12 orang) Kaum Cina di Pinggiran Desa Seroja di Jalan Reko. Adun juga bercakap tentang Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor dan berbagai skim dan projek yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Selangor kepada rakyat Selangor. Berucap sama ialah YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang yang mempersoalkan sikap boros kerajaan BN yang menabur kewangan secara tidak berhimat. Kerajaan sekarang menanggung hutang negara hingga sejumlah 1/3 trilion dan kemungkinan negara terjerumus ke dalam bankrupsi. Kerajaan seperti di dalam perjudian yang jika mereka menang di dalam pilihanraya ke 13, maka cukai akan dikenakan bagi membayar hutang antaranya GST dan jika mereka kalah, maka pihak kerajaan yang mengambil alih pemerintahan akan terbeban dengan hutang.
Saudara Sani Hamzan bercakap tentang isu semasa yang makin tumbuh dan menggerunkan BN sehingga tidak berani menentukan tarikh pilihanraya. Mereka bimbang kiranya pilihanraya ke 13 ini merupakan pengakhiran bagi mereka memerintah. Lantaran itu mereka teragak-agak dan masih tidak berkeyakinan untuk mebuat keputusan.
No comments:
Post a Comment