Malam ini bertempat di Restoran Sharifah, Seksyen 7 BBB, Adun Bangi dan Sdr. Dahari Embong Ketua Lajnah Sukan Adun Bangi meraikan Pasukan Bola Sepak West Country Bangi yang telah berjaya ke Peringkat Akhir, dalam pertandingan mencari bakat anjuran Liga Bola Sepak Negeri Selangor di Shah Alam. Pertandingan Akhir berlangsung di Padang SUK pada Rabu 27 Jun dan pasukan West Country berjaya mencapai peringkat Naib Johan bagi Primier League Negeri Selangor.
Hadir bagi meraikan kejayaan mereka ialah Ustaz Shafie Ngah YDP Pas Serdang, Saudara Adram Musa Ketua Pemuda Pas Serdang, saudara Ari Krishnan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS dan lain-lain.
Menurut saudara Magiswaran Ketua Kelab Bola Sepak West Country, ``Pertandingan adalah bersiri sejak beberapa bulan lepas. Sebanyak 42 pasukan mengambil bahagian. Pasukan West Country memenangi siri pertandingan hingga ke peringkat akhir pada 27 Jun 2012 lepas.``
Menurut saudara Magis lagi, ``Pasukan terdiri dari 20 orang yang kebanyakan adalah dari kalangan pemuda India, tetapi terdapat juga 3 orang Melayu (pelajar U) yang tinggal di West Country. Captain bagi pasukan ini ialah saudara Shanker.``
Ditanya bila ditubuhkan pasukan Bola Sepak West Country, Menurutnya ``Sudah beberapa tahun sebagai pemain amatur. Kami bermain di padang-padang berdekatan yang tidak begitu sempurna dari segi kelengkapan.`` Apabila ditanya, ``Bagaimana dengan sumber kewangan. Kata saudara Magis, ``Dari peruntukan sendiri, derma dan tajaan-tajaan. Hingga ke peringkat akhir kami terpaksa menggunakan lebih dari RM30000.00.``
Dalam majlis ringkas saudara Adram Musa selaku Ketua Pemuda Pas Serdang mengucapkan tahniah di atas kejayaan Pasukan Bola Sepak Serdang dan mengharapkan mereka dapat dipilih mewakili negeri, bahkan kalau dapat mewakili peringkat Negara.YB Dr. Shafie yang juga berucap, juga mengucapkan tahniah di atas kejayaan Pasukan Bola Sepak West Country. Pihak Adun melalui Lajnah Sukan memang memberi galakan bagi perkembangan sukan. Sedikit sebanyak telah memberi bantuan kepada pasukan ini. Kita juga menganjurkan pertandingan Liga Bola Sepak Dun yang berlangsung beberapa bulan yang lepas. Adun sedia terus bekerjasama memupuk bakat pemain bola sepak di Dun Bangi dan berharap pasukan ini akan terus mantap. Berterusan menang sebagai pasukan dan melahirkan tokoh-tokoh bola sepak dari West Country pada peringkat tempatan, kawasan, negeri dan Negara. Kalau Safee Sali lahir dari Sungai Tangkas tidak jauh dari sini, maka tidak mustahil boleh lahir tokoh-tokoh bola sepak dari West Country.``
Selain dari itu Adun juga mengumumkan pihak Kerajaan Negeri melalui Exco Adat Resam Melayu dan Warisan, Belia dan Sukan sedang menyiapkan Gelanggang Sukan Dun Bangi di Kajang Utama dengan peruntukan RM200,000 dan dijangka siap dalam masa terdekat. Sebuah padang bola juga terdapat di sana. Kiranya pasukan Bola Sepak West Country, ketiadaan padang, maka boleh berurusan dengan pihak pentadbir bagi mendapatkan slot bagi latihan permainan, bahkan pertandingan.

Pada Majlis Keraian ini, Adun menyerahkan cek sebanyak RM1,000 kepada saudara Magiswaran Ketua Kelab Pasukan Bola Sepak West country sebagai insentif di atas kejayaan.
Pasukan yang diraikan, tetamu-tetamu dan jemputan-jemputan diraikan dengan makan malam di Restoran Sharifah.
Sementara itu pada Sabtu 14 Julai Adun Bangi diiringi saudara Dahari, Azizi, Abu Bakar, Harun Aminur Rashid, saudara Hasan dan beberapa yang lain melawat Kompleks Sukan Kajang Utama. Adalah didapati pekerja-pekerja sedang giat mengecat jaring padang futsal yang hampir siap. Selain dari Padang Baru Futsal dinaiktaraf juga dua gelanggang sepak takraw yang juga sebagai gelanggang badminton terbuka. Terdapat pada sebelahan padang bola sepak. Sebuah bangunan untuk pentadbiran dan juga kemudahan sedang disiapkan. Diharap apabila siap sepenuhnya Kompleks Sukan ini menjadi alternatif bagi pasukan dan pemain-pemain untuk berlatih dan bermain.
Kita sedang berusaha dari pihak atasan untuk turun merasmikan Kompleks Sukan Kajang Utama pada tarikh yang akan ditentukan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment