Pada kebiasaan bantuan fakir-miskin dilakukan dari peruntukan Adun, dari peruntukan zakat atau dari individu yang berkemampuan, tetapi agak menarik dan unik pada pagi ini Adun dijemput ke Surau Al-Hamidiah bagi menyampaikan batuan kepada fakir miskin dan yang uzur di Kampong Bahagia Bangi. Pihak yang menaja peruntukan ialah Surau Ar-Rahim dari Seksyen 8 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Inisiatif dari Surau kawasan penduduk yang agak berada ini patut dipuji kerana memilih kampung yang ramai dengan mereka yang miskin dan uzur, Difahamkan ada tempat lain lagi turut disampaikan bantuan oleh Surau Ar-Rahim.
Hadir pada pagi ini ialah Encik Azlan Nordin Ketua Kampong, Kampung Bahagia Bangi, Tuan Haji Abu Hassan Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 8 Tambahan, BBB, Tuan Haji Farid Pengerusi Surau Ar-Rahim, Tuan Haji Rusli Imam Surau Ar-Rahim, Tuan Haji Ahmad Pengerusi Surau Al-Hamidiah, Tuan Haji Sembak Imam Surau Al-Hamidiah, Encik Shahrizan dan penerima-penerima Bantuan.
Encik Azlan Ketua Kampung berucap sebagai Tuan Rumah mengalu-ngalukan rombongan dari Surau Ar-Rahim dan mereka yang hadir, Pihak penduduk di Kg Bahagia Bangi berharap kehadiran rombongan dengan bantuan mengeratkan hubungan ukhuwwah terutama antara AJK Surau Ar-Rahim dan Surau Al-Hamidiah. Tuan Haji Ahmad selaku Pengerusi Surau mengucapkan Selamat Datang kepada Rombongan yang datang bagi menceriakan Ramadhan terutama bagi Penerima-Penerima Bantuan pada pagi itu. Beliau mengucapkan terima kasih terutama kepada Tuan Haji Farid yang bagi pihak Surau Ar-Rahim menaja bantuan. Menurutnya amalan bersedekah, terutamanya pada bulan Ramadhan adalah amat dituntut. Memeriahkan sumbangan, menurut Tuan Haji Ahmad pada pagi ini pihak AJK Surau turut sama menambahkan sedikit bantuan kepada penerima-penerima bantuan. Tuan Haji Rusli selaku Imam Surau Ar-Rahim mengucapkan terima kasih kepada Adun, walaupun mempunyai masa yang terhad, dapat menghadiri Majlis menyampaikan bantuan pada pagi ini. Menurut Tuan Haji Rusli, ``Kami dari Surau Ar-Rahim bukanlah senang sangat, tetapi sempenan bulan Ramadhan al-Mubarak, kami mengambil kesempatan untuk bersedekah.`` Tambah Tuan Haji Rusli,
``Bantuan yang disampaikan pada pagi inidiharap sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban mereka yang berada di dalam kesempitan dan membolehkan mereka menyambut Ramadhan dengan lebih selesa.``
Adun Bangi dalam ucapannya melahirkan kegembiraan dapat hadir dalam Majlis yang berkat sempena Ramadhan al-Mubarak. Beliau melahirkan kekaguman yang menurutnya penyampaian bantuan biasanya dari pihak atasan seperti dari JAIS, Pejabat Adun dan orang-orang berada dan peka dengan masalah masyarakat, tetapi pada hari sebuah Surau – Ar-Rahim yang jauhnya lebih dari 10 km datang ke surau yang lain - Al-Hamidiah bagi menyampaikan peruntukan Ramadhan, Tahniah ! Jazakumullah khairan. Adun difahmakan program yang disusun oleh Surau Ar-Rahim tidak saja melibatkan bantuan kepada penduduk yang menerima bantuan dari Surau Al-Hamidiah, tetapi juga melawat bagi menyampaikan bantuan di tempat lain.` Saya difahamkan,` kata Adun antaranya ke Kawasan Industri Bandar baru Bangi. Saya kagum di atas inisiatif yang diambil dan diharap ianya menjadi contoh yang baik bagi tempat yang lain.
Berikut dari pembacaan doa dari Bekas Imam di sini yang telah lanjut usia, penyampaian bantuan disampaikan oleh Adun dengan dibatu oleh Tuan Haji Rusli dan Tuan Haji Ahmad. Seramai 50 orang menerima bantuan pada hari ini yang merupakan dua begi p;astik barangan, sekampit Beras dan sesampul duit yang Adun tidak bertanya berapa jumlahnya, tetapi melihat kepada jumlah barangan dan duit dapat digunakan oleh penerima-penerima untuk sekurang-kurang pada bulan Ramadhan dan mungkin ke Hari Raya. Barang-barang yang disampaikan tidak terlarat diangkat oleh penerima dan terpaksa dibantu membawanya oleh pembantu-pembantu.
Adun mengucap tahniah kepada semua pihak dan diharap dapat menjalani ibadat puasa dengan sebaik mungkin. Adun juga mengucapkan selamat Berhari Raya kepada semua dan Maaf zahir-Batin.
Sekian.
No comments:
Post a Comment