July 2, 2012

Pertandingan Football & Footsal Menjelang Pertandingan Akhir Piala Euro 2012

BBB, 13 Syaaban 1433 = 01 Julai 2012 (Ahad):

Menjelang pertandingan Akhir Piala Euro 2012 antara Italy dan Sepanyol malam nanti, pihak Pejabat Adun juga membuat tajaan Pertandingan Bola Sepak Liga Veteran Jemputan 4 Penjuru bertempat di Padang B & C Padang Sukan UKM. Empat pasukan menyertai pertandingan, iaitu Bangi 3 FC, Taman Tun Hussein Onn, Dulustar dan Saujana Impian.


Pertandingan bola ini telah berlangsung mulai pada petang Sabtu 30 Jun dan hari ini 01 Julai (Ahad).. Pada petang ini jam 6.45 Adun turun ke Padang Sukan UKM bagi menyaksikan sendiri pertandingan akhir antara pasukan Bangi 3FC dan Taman Tun Hussein Onn. Pertandingan berkesudahan:

Johan: Bangi 3 FC

Naib Johan: Taman Tun Hussein Onn

Ketiga: Dulustar

Keempat: Saujana Impian.


Adun Bangi menyampaikan hadiah dan bergambar. Sebelum menyampaikan hadiah Adun Bangi berucap ringkas.memuji inisiatif diambil oleh Sudara Dahari Ketua Lajnah Sukan Adun yang menganjurkan pertandingan sukan Bola Sepak Veteran. Terima kasih kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Diharap melalui pertandingan akan terserlah bakat yang dapat mewakili Kawasan kepada peringkat negeri dan sebagainya. Diharap juga dari pertandingan memupuk rasa ukhuwwah terutama Adun Bangi dengan penduduk di kawasan. Adun berharap pasukan-pasukan yang mengambil bahagian akan terus menyertai anjuran pertandingan sukan, khususnya bola di bawah tajaan ADUN. Pada masa akan datang.

Sementara itu pada sebelah pagi pada hari ini pihak Adun juga menganjurkan pertandingan Futsal bagi merebut Piala Adun bertempat di MG 2 Futsal di Teras Jernang. Menurut saudara Dahari Ketua Lajnah Sukan, ``Sebanyak 24 pasukan menyertai pertandingan & dua padang ditempah.. Pasukan-pasukan yang menyertai kebanyakan dari Dun Bangi, namun terdapat pasukan yang datang dari luar Dun seperti dari Sungai Merab. Antara nama pasukan-pasukan yang bertanding, iaitu Kelab Pewaris, Jaguh DUN, Giat Mara, SMK BBB, Murai FC dan sebagainya. Hadiah bagi Johan ialah RM1,000, Naib Johan RM700. Tempat Ketiga RM500 dan tempat keempat RM300. Adun Bangi melancarkan pertandingan dengan sepak mula bola ke dalam gol, diikuti dengan bergambar beramai-ramai. Saudara Adram Ketua Pemuda turut tiba kemudian.

Keputusan Pertandingan:

Johan Tisi Pepublic (Sungai Merab)

Naib TTSI – Campuran Bangi,

Ketiga Street Soccer Saujana Impian Kajang

Keempat Ruzi Tiger.


Sementara itu saudara Amir Osman, saudara Fadhli dan kawan-kawan pada petang ini sebok memasang skrin besar di pinggir Medan Usahawan Bangi bagi menayang perlawanan akhir Euro Football antara Itali dan Spanyol. Kerusi-kerusi disediakan bagi penonton. Menurut iklan bubur kacang dan durian disediakan bagi penonton yang sanggup datang jam 3.00 pagi. Sebelumnya video dipasang sebelum tiba waktu pertandingan.

Keputusan akhir Spanyol 4 Vis Itali 0.

Sekian.

No comments:

Post a Comment