Walaupun jemputan Iftar dan bertarawih adalah agenda tahunan yang diadakan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim pada setiap Ramadhan, termasuk pada malam ini, tetapi jemputan pada malam ini mencerminkan kelainan. Mereka terdiri dari Wakil-Wakil Rakyat Negeri Selangor, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Kampung dan Nazir-Nazir Masjid. Sememangnya Majlis Iftar, Solat Maghrib, Isya` dan Tarawih berjalan sempurna, tetapi sebagaimana kata Y.B.Dr Yaakob Sapari Exco dalam ucapan alu-aluannya dalam Majlis selepas menunaikan Solat Maghrib, bahawa:
``Konsep ibadat dalam bulan Ramadhan, bukan hanya semata-mata terhad kepada solat, puasa dan zakat, tetapi mempertahankan negera juga adalah tuntutan yang bersifat ibadat sebagaimana Rasulullah s.a.w. berperang Badar pada bulan Ramadhan bagi mempertahankan Islam.``
Analogi dan interpretasinya bahawa Wakil Rakyat, Ahli Majlis, Ketua Kampong dan Nazir yang dilantik oleh rakyat dan melalui Wakil Rakyat yang dipilih berlakunya perlantikan mereka haruslah melihat bahawa mempertahankan kerajaan yang dipilih rakyat yang menjalankan nilai-nilai Islam dan mempertahankan keadilan dan demokrasi adalah merupakan jihad dan ibadat selari dengan tuntutan ibadat dalam Islam. Para hadirin yang dilantik dan merupakan makanisme pentadbiran dalam pemerintahan Kerajaan Negeri, hendaklah secara aktif memberi tenaga dan fikiran bagi mengukuhkan pemerintahan yang menjadi pilihan rakyat. Tanpa mempertahankan pemerintahan, maka sekalian yang hadir tidak akan berada dan tidak mungkin terus berada pada posisi sekarang.
Pihak Kerajaan Negeri dan pemerintah kini berdepan dengan serangan secara bertubi-tubi dari musuh politik yang berusaha dalam misi mereka menawan negeri Selangor. Parti lawan yang masih belum jelas siapa di kalangan mereka yang lebih layak menjadi pemimpin di negeri Selangor menguji beberapa tokoh dari kalangan mereka dari segi kepimpinan. Misalnya Chua Tee Yong Ketua Professional Muda MCA .mencetuskan isu mengenai Talam yang pada awalnya kelihatan hebat, tetapi fakta yang dikemukakan tidak mantap, makin berubah dan lemah. Noh Omar juga cuba menggugat persoalan kononnya kekurangan Air Di Selangor dengan hujah yang tidak professional, lemah dan remeh. Mohd Zin Mohamed Bekas Timbalan Menteri Kerjaraya juga diharap sebagai bakal pemimpin di pihak mereka di negeri Selangor turut bercakap soal air, Talam dan Tawan Selangor. Mereka dan yang lain dari segi politik berhak bercakap menghujah dan dalam masa yang sama mereka juga dinilai dari segi kritis dan kematangan fikiran yang memperlihatkan layak atau tidak menjadi pemimpin, khususnya di negeri Selangor. Mereka sebenarnya masih belum mampu menunujukkan kewibawaan yang tinggi yang dinilai layak memimpin Negeri Selangor selaras dengan kepekaan kelompok masyarakat berdaya tinggi di Selangor.
Kerajaan negeri Selangor, khususnya di bawah kepemimpin Y.A.B Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim telah menjawab berhubung dengan isu Talam dan Air di Dewan Negeri Selangor dalam Sidang Dewan Negeri 9 – 12 Julai dan terakhir, walaupun Kerajaan Persekutuan menolak hasrat Selangor mengambil alih pentadbiran air di negeri Selangor dan diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan bahawa Langat 2 akan diteruskan dan tender dikeluarkan, pihak Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor Menolak Projek Langat 2 atas alasan menjaga kepentingan rakyat dan tidak mau mereka diexploitasi dengan kenaikan tariff air kelak yang akan membebankan rakyat demi kroni, sedangkan sumber air di Selangor lebih dari menckupi.
Para jemputan diminta memahami situasi politik semasa di negeri Selangor dan menjadi
Agen yang berkesan di dalam menyampai dan menerangkan polisi, projek dan program-program yang dijalankan oleh kerajaan. Kerajaan berkeyakinan berdasarkan prestasi pemerintahan yang dijalankan mampu meningkat sokongan rakyat di negeri Selangor. Apa yang dibimbangkan ialah penyelewengan dalam pengundian. Penambahan pengundi di luar kewajaran dalam daftar pengundi di banyak kawasan di negeri Selangor adalah kemungkinan berlakunya penyelewengan dari segi penambahan pengundi. Sebab itu salah satu cara mempastikan tidak berlaku penyelewengan dan bagi pembersihan daftar pengundi ialah dengan menjalankan Projek Pendemokrasian Mengundi di negeri Selangor. Para hadirin yang dijemput adalah sebahagian dari mekanisme Pendemokrasian ini. Mereka diharap memahami mesej dan memberi kerjasama yang tinggi bagi menjayakan Projek Pendemokrasian ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment