Antara program pada sebelah pagi hari minggu ini ialah bersama AJK Kebajikan yang diketuai Tuan Haji Rushdi dan ahli Lajnah Kebajikan menziarah individu-individu terpilih berdasarkan nasihat yang diberi oleh Ketua Kampong Tuan Haji Zakaria Bujang yang beliau turut sama turun danTuan Haji Sukaimi Rasmi yang beliau sendiri tinggal di Taman Bangi Indah dan turut sama menyertai ziarah.
Seramai 14 orang (rumah) sempat diziarah dalam tempoh tiga jam iaitu dari jam 9.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Tiga lokasi yang diziarah, iaitu Perumahan PKNS, Taman Bangi Indah, iaitu keliling Surau Al-Ibtidaiyyah dan Kampong Bangi. Satu kumpulan lagi menziarah ke Kampung Bahagia Bangi. Mereka yang diziarah antaranya pemimpin veteran yang sudah uzur, umpamanya kami menziarah Tuan Haji Mohd Marzuki bin Ibrahim yang pernah kami lantiknya sebagai Ketua kampong di Pekan Bangi pada awal 2010, tetapi oleh kerana beliau ditimpa sakit dan uzur untuk bergerak cergas, sebab itu beliau menarik diri dan tempatnya digantikan oleh Tuan Haji Zakaria Bujang, Ketua Kampung Pekan Bangi sekarang. Kehadiran kami disambut mesra oleh Tuan Haji Marzuki dan keluarga. Bahkan mereka sempat menyediakan air minum dan keropok goreng. Kehadiran kami lebih kepada bertemu mata dan bertanya khabar, disamping menyampakan cenderahati sebagai tanda ziarah.
Sebahagian dari meraka yang kami ziarahi adalah mereka yang sakit. Misalnya Encik Sharifuddin bin Mahmud yang sakit buah pinggang dan terpaksa berulang untuk dylisis tiga kali seminggu. Beliau memerlukan kewangan yang banyak bagi membiayai dylisis. Selain daripada itu kebanyakan yang kami temui ialah kalangan veteran, antaranya masih bersama suami-isteri walaupun dalam keadaan umur yang lanjut. Dalam percakapan bersama mereka Adun mendapat maklumat beberapa keluarga adalah veteran bekas pekerja keretapi yang kini berpencen. Umpamanya Encik Ibrahim bin Salleh (75) adalah bekas pekerja keretapi tinggal bersama isterinya. Menurutnya dia berasal dari Kelantan di Pasir Tumbuh dan bekerja kereta api di Kelantan, kemudian dipindah ke Klang dan akhirnya ditukar ke Bangi dan menetap di sini. Manakala En. Rohaizad Rokan bekerja keretapi tinggal bersama isterinya Rohana binti Salleh. Beliau bekerja keretapi di Pletbang, Kelantan. Ayahnya Encik Ibrahim bin Yusof bekerja kereta api. Beliau menjejaki ayahnya. Pada masa muda beliau belum bekerja dan diambil bekerja keretapi dan dihantar ke Klang sebelum ke Bangi. Ditanya tentang isteri, Menurutnya pilihan orang tua. Bila bekerja orang Tua mengusakannya berumah tangga dengan isteri adalah pilihan ibu bapa juga dari Kelantan dan bila berkahwin bawa ke Bangi.
Apa yang menarik pada hari ini dalam kami menziarah di Perumahan PKNS, kebetulan keluarga Encik Hussein Bin Mat Shah mengadakan Majlis Aqiqah cucunya Nurul Ismahari Salina binti Nur Zaid. Secara spontan kami diminta masuk ke rumahnya di sini dan Adun memimpin Majlis Doa Selamat. Pada masa itu cucu yang mau diaqiqah belum tiba dari rumahnya di Taman Bangi indah juga. Sedang kami menikmati jamuan makan nasi agak awal di luar rumah, cucu Nurul Ismahari tiba dipangku bapanya Nur Zaid. Di luar rumah dan kawasan meja dan kerusi jamuan itu kami berdiri dan bersalawat ke atas Rasulullah s.a.w. Adun mengetuai mentahniq Nurul Asmahari dan menggunting rambut diikuti Ketua Kampong Tuan Haji Zakaria, Tuan Haji Sukaimi dan beberapa yang lain. Majlis spontan itu meriah dan mesra. Kami juga dihadiah dengan buah tangan – termasuklah bunga telur.
Selepas menziarah rumah-rumah di Bangi Indah, kami bergerak ke Kampong Bangi, tempat Ketua Kampong Tuan Haji Zakaria tinggil. Oleh kerana berada di sini sudah jam 1.00 tengahari, kami hanya menziarah 2 buah rumah, manaka untuk lapan orang lagi kami tinggalkan barangan kepada Ketua Kampong untuk diagihkan kepada mereka yang terpilih dengan salam sejahtera minta disampaikan kepada mereka.
Sekian.
No comments:
Post a Comment