Pagi ini Sahibus Saadah Dato` Haji Marzuki bin Hussin Pengarah JAIS menyerahkan dengan rasmi bangunan Bekas Pejabat Agama Islam Negeri Selangor di Kelang kepada Adun Bangi selaku Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (PADAT). Penyerahan dilakukan dengan menandatangani Surat Penyerahan oleh Sahibus Saadah sendiri bagi pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan penerimaan dengan menandatangani Surat Pnerimaan oleh Puan Hajah Azlinda Azman Ketua Eksekutif PADAT dengan disaksikan oleh Pengerusi Padat YB Dr. Shafie Abu Bakar, Dato` Setia Diraja Abdul Ghani Fateh Akhir Orang Kaya Mahabijaya Orang Besar Daerah Kelang, Ustaz Abdul Malik Ramli Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Kelang dan Encik Shamsuddin Wakil Pegawai Daerah Kelang. Turut sama hadir pegawai-pegawai dari PAID Kelang dan pegawai-pegawai dari PADAT. Secara simbolik Dato` Marzuki menyerahkan replika kunci kepada Adun selaku Pengerusi PADAT.
Adun Bangi selaku Pengerusi PADAT dalam ucapan balasnya berkata, bahawa kita sedang mencipta sejarah, bahawa upacara penyerahan dan penerimaan bangunan yang kita saksikan secara kebetulan kini berusia 100 tahun (1912-2012). Pada bahagian akhir setelah Jabatan Agama Islam Selangor menggunakannya selama 45 tahun (1965-2010), maka pada hari ini JAIS menyerahkannya kepada PADAT. Kata Adun Bangi, ``Atas nama amanah dan menurut perintah, maka saya bagi pihak PADAT dengan sukacitanya menerima penyerahan bangunan ini kepada PADAT. Penyerahan bangunan ini pada hari ini sebagaimana dikatakan adalah genapnya usia seratus tahun bangunan ini dibina (1912-2012).
juta pernah dikendalikan dari Pejabat agama Islam di sini. Dari bangunan ini ditadbirkan zakat negeri Selangor, bahkan perundangan dan Mahkamah Syariyah, manakala kelahiran ulama ramai daripada Kelang terutama pada zaman pemerintahan Sultan Alaiddin Shah. Dengan tambahan bahan artifek, manuskrip hasil seni kraf yang bercirikan Islam dapat memperkayakan bangunan yang bakal diisikan dengan bahan-bahan yang terhasil dari budaya, nilai dan seni Islam. Akhirnya Adun selaku Pengerusi PADAT menyatakan,
Walau bagaimanapun, hasrat untuk mentransformasikan peranan bangunan lama ini kepada sebuah muzium yang canggih bersifat Islamik bergantung pada pemulihan dan pembaikan bangunan yang telah rosak dan uzur ini. Kata Adun, `` Kita berharap Kerajaan Negeri dan pihak yang berkenaan dapat memperuntukkan kewangan bagi memulihara dan pengisian terhadap bakal muzium ini. Banyak aspek permuziuman di sini mempunyai kaitan dengan JAIS, sebab itu
kata Adun, `` Pihak JAIS diharap dapat memberi bantuan dan sokongan bagi memulihara bangunan ini dan pengisiannya. Semoga sama kita memprojek dan mempertingkatkan imej Islam di Negeri Selangor.
Selepas menandatangani Surat Penyerahan dan Penerimaan para jemputan yang terdiri dari Dato` Marzuki, Pengerusi PADAT, Puan Azlinda, Dato` Ishak Fatih Akhir, Ustaz Abdul Malik dan tamu-tamu yang lain diiringi melihat bangunan bahagaina bawah yang menjadi Pusat Pentadbiran Agama Islamdan bahagian atas yang menjadi tempat mesyuarat dan juga Mahkamah Syariyah dan bahagian belakang bahagian Penguatkuasa.
Sebagai pengakhiran oleh kerana Dato` Marzuki menyelit pantun pada akhir ucapan, maka Adun Pengerusi PADAT menjawab pantun secara ringkas – pantun dua kerat:
Berbuka puasa dengan buah kurma * Maka amanah kuasa diberi kita terima
Sekian.
No comments:
Post a Comment