July 14, 2012

Karnival Usahawan Wanita Taman Jasmin Meriah

Taman Jasmin, 18 Sya`ban 1433 = 08 Julai 2012 (Ahad):

Pagi ini Adun Bangi beserta Ahli Parlimen Serdang YB. Teo Nie Ching turun ke Padang Taman Jasmin berdekatan dengan Surau Taman Jasmin bagi menyertai Karnival di atas yang dianjurkan oleh Pejabat Adun Bangi, Ahli Parlimen Serdang, Muslimat Serdang dan Persatuan Penduduk Taman Jasmin.

Berbagai program yang dianjurkan dari pagi sehingga ke malam seperti pertandingan futsal (lelaki) bagi peringkat rendah dan tinggi- terdapat 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pertandingan 7 pemain sebelah, peraduan mewarna, Teka soalan dan Ujian Minda. Dalam karnival ini juga diadakan Penerangan Bantuan Kewangan bagi peniaga kecil melalui Skimsel dan Mimbar, Pemeriksaan Kesihatan, Rawatan Darul Shifa`, Taklimat Denggi dan CPR.

Program utama dalam karnival ini ialah memberi peluang kepada wanita berusaha dan berniaga. Sebab itu pandangan yang paling utama di padang Taman Jasmin ini ialah deretan gerai-gerai keliling padang, bahkan barisan gerai-gerai juga di tengah padang. Yang menjalankan perniagaan ialah wanita dibantu suami anak-anak dan keluarga. Berbagai-bagai jualan boleh didapati seperti pakaian, makanan, keperluan rumah dan dapur serta gerai-gerai minuman.

Pada majlis perasmian YB Teo bersukacita dapat bersama masyarakat di Taman Jasmin. Karnival yang menganjurkan gerai-gerai patut dipuji, kerana dengan cara ini para wanita bukan saja dapat berlatih berniaga dan tentu ramai daripada mereka adalah peniaga-peniaga, dengan cara ini dapat menambahkan sumber pendapatan. Adun Bangi juga dalam ucapana perasmian, memuju AJK yang terdiri dari beberapa pihak dapat mencetuskan idea bagi mengisi karnival yang sebenarnya bermanfaat dari pengisian sukan semata-mata. Menurutnya, ``Kita akan menyambut Ramadhan tak sampai dua minggu lagi. Adun Bangi berharap semangat berniaga ini diteruskan ke Bulan Ramadhan dalam mana permintaan terhadap makanan dan sebagainya adalah tinggi. Sebab itu para wanita hendaklah mengambil kesempatan ini. Hendaknya semangat berniaga ini diteruskan selepas Ramadhan kelak dan menjadi sumber pendapatan. Adun juga berharap orang ramai yang datang dan kepada penduduk tempatan hari ini keluar dan mengunjungai gerai-gerai dan turut membantu membeli barang-barang keperluan.
Selepas Majlis Perasmian Adun dan YB Teo bergerak melawat gerai demi gerai melihat barang-barang yang dijual dan harga-harga yang ditawarkan dan turut membeli apa yang perlu.. Adun juga melawat gerai rawatan dan penerangan. Karnival ini boleh disifatkan sebagai berjaya dan berharap karnival seumpama ini dapat diteruskan, sekurang-kurangnya bagi melatih mereka yang berminat berniaga meneruskan perniagaan.

Selepas daripada melawat gerai-gerai Adun bersama YB Teo Nie Ching berkesempatan menziarah warga emas dan mereka yang sakit di rumah-rumah berdekatan dan menyampaikan bantuan.

Pada sebelah malamnya diadakan ``Malam Palestin Menangis` dianjur oleh Ngo setempat dengan sokongan karnival. Tuan Haji Abdul Aziz yang kini menumpukan kegiatan berkempen membantu Palestin berjaya membawa dua orang aktivis Palestin yang turut berucap pada malamnya. Adun Bangi turut hadir dan sama berucap.

Sekian.

No comments:

Post a Comment