July 12, 2012

Sidang Intensif Mengenai Isu-Isu Besar: Edar Kepada Ahli Dewan Buku Warisan Masjid-Masjid Lama Di Selangor

Dewan Negeri Selangor, 21 Sya`ban 1433 = 11 Julai 2012 (Rabu):

Hari ini adalah hari penggolongan oleh pihak Kerajaan (Dato' Menteri Besar dan Exco-Exco) terhadap segala isu yang ditimbulkan oleh ahli-ahli Dewan Negeri sejak dua hari lepas sama ada dari pihak Kerajaan Negeri yang memerintah atau dari pihak pembangkang. Ada beberapa isu besar yang ditimbul dan diberi jawapan, terutama oleh YAB Dato` Menteri Besar:

1) Isu Talam yang dikatakan berlaku penyelewengan wang sebanyak RM1b. Ini ditimbulkan oleh Datuk Chua Tee Yong Ketua Muda Professional MCA pada 3.7.2012 lepas. Namun jumlah tuduhan wang ini makin berubah dari RM1 bilion kepada lebihan bayaran dan berubah lagi kepada pembelian kawasan air yang menunjukkan kekeliruan pihak yang menuduh. Isu ini terbawa-bawa oleh pembangkang di Dewan Negeri Selangor bagi menjatuhkan imej dan kredebiliti pemerintah. Menurut Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid, isu Talam tidak ada kena mengenai dengan hutang jumlah RM1b. Talam berhutang RM390 juta. Kita serah kepada MBI mengutip hutang. Tidak ada penyelewengan, Menurut Dato' Menteri Besar, "Untuk penjelasan kita akan jemput Bekas Akauntan Negara untuk audit secara bebas dan akan dibentangkan bagi membuktikan tiada penyelewengan."

2) Isu Unisel. Pihak pembangkang sengaja mau memburuk-burukkan imej UNISEL yang pada hakikatnya, prestasinya makin meningkat yang bukti-buktinya dibentang oleh YB Dr. Halimah Ali Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Modal Insan. Menurut YAB Dato' Menteri Besar Selangor. Beban UNISEL yang diwarisi bukan saja pada pentadbiran, tetapi berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM37, 603,000. Kerajaan cuba mengambilalih beban hutang dengan membeli Asrama yang didirikan oleh Syarikat yang dipunyai individu.. Dengan pembeliaan UNISEL tumpu pada pentadbiran dan pada pengajaran. Yang lain diurus oleh kerajaan.

3) Keadaan yang hampir sama berlaku di KUIS. Kita diberitahu bahawa Pemaju yang membina Bangunan Asrama KUIS ialah YB.Tuan Sulaiman Bin Abdul Razak Adun Permatang sekarang dengan kos pembinaan asrama RM135,158,407.74. Masalah kos sewaan bulanan terlampau tinggi - bergantung pada kategori bilik, namun tak dapat di atasi. Beban KUIS meningkat hingga 20 juta setahun, walaupun sewa ditanggung pelajar dianggap tinggi. Bagi mengatasinya kerajaan berunding bagi membeli asset dan pihak pemilik bersetuju berunding. Pihak KUIS menumpu dari segi pentadbiran dan pengajian. Prestasi KUIS dari segi pertambahan pelajar adalah meningkat dari tahun ke tahun.

4) Isu Air. Pihak yang mempunyai kepentingan sengaja mewujudkan suasana palsu, bahawa Selangor kekurangan air, pada hal Selangor mempunyai lebihan air, yang kalau kekurangan air dirawat boleh dirawatkan. Pihak Kerajaan tidak bersetuju membawa air dari Pahang, kerana ini akan membebankan pengguna. Walaupun kerajaan mempunyai 30% hak milik dalam Syabas, tapi ini tidak memadai dari segi majoriti. Terbaik bagi membela rakyat, ialah penstrukturan semula syarikat air yang sepatutnya pemilikan adalah 100% pada tangan kerajaan Negeri.

Sementara itu soalan Adun Bangi kedua (bil.26) keluar iaitu mengenai Skim Pemilikan Tanah. Melalui soalan ini dan soalan tambahan Adun Bangi berpeluang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas kelulusan tanah kepada penduduk di Kampong Bahagia Bangi dan Pinggiran Desa Seroja yang berjumlah hampir 100 lot. Dan mengharapkan agar permohonan di Teras Jernang dan Kampong.Bangi juga dapat disegerakan. Adun juga mencadangkan supaya kawasan ditawarkan ini dapat disediakan infra-struktur dan kemungkinan mendirikan rumah mampu milik yang meringankan beban pemilik tanah.

Sebelum daripada itu Adun juga membuat soalan tambahan berhubung dengan Program Kesihatan Rakyat yang dikemukakan oleh Tanjung Sepat (YB Dato' Dr. Karim Bin Mansor), iaitu. Negeri Selangor yang ramai dengan pendatang, adakah dikenalpasti penyakit berjangkit yang dibawa oleh mereka dan adakah rawatan ditanggung Kerajaan ? Menurut Dr. Xavier Exco Kesihatan, penyakit yang dibawa mereka antaranya kepialu (malaria) dan batuk kering. Bagi pendatang berdaftar mereka ke klinik kerajaan, tapi bagi yang tidak berdaftar, sukar mendapat maklumat mengenai mereka.

Sementara itu Adun Bangi selaku Pengerusi PADAT mengedarkan buku "Warisan Masjid-Masjid Lama Di Selangor" yang baru diterbitkan kepada ahli-ahli Dewan Negeri sebagai cenderahati kepada mereka daripada PADAT. Sebelum ini pada Isnin 9.7.2012 YB Dr. Haji Yaakob Sapari Exco juga sponsor buku "Islam Dan Melayu" karya Dato' Dr. Siddiq Fadhil Presiden Kolej Dar Al-Hikmah kepada Ahli-Ahli Dewan.

Sekian.

1 comment: