Dari Mesyuarat Penuh MPKj terhadap maklumat berhubung dengan Kawasan Dun Bangi sebagaimana berikut:
a). Dewan Konvensyen Bangi
Dipersetujui untuk dibina di atas satu tapak di tepi Tasik Cempaka. Dewan ini bukan sebahagian daripada bangunan hotel yang bakal didirikan, tetapi adalah sebuah bangunan bersendirian.
b). Masalah Cerun Di Taman Bukit Kajang Baru
MPKj menghubungi IKRAM selaku Perunding yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mendapat cadangan bagi mengatasi masalah. Anggaran kos perkhidmatan ialah RM45,000. Masalah ini telah berlarutan melebihi 10 tahun. Maklumat yang mengatakan peruntukan RM3 juta tidak disebut. Tidak diketahui dengan jelas sumbernya.
c). Penganjuran Pasar Ramadhan
Dimaklumkan 15 permohonan diterima dari Bangi 9 lokasi dibenar beroperasi. Isu Tapak Pasar Ramadhan di Jalan Reko nampaknya tidak dibngkitkan, walaupun ada dalam laporan.
d). Pengindahan Pintu Masuk Ke Bangi
Adun Bangi Meminta MPKj memberi perhatian mengindahkan kawasan pintu masuk ke Bangi dari segi landscape dan Taman Perhiasan. Ini termasuk Bulatan selepas Tol Bangi dan Jalan Dari Tol Kajang hingga ke jejambat ke Bangi-Kajang-Putrajaya. Impression pelawat & pelancong bermula di sini. Perlu ditingkatkan landscape dan hiasan taman dan projekkan imej BBB mulai dari sini ke lokasi-lokasi yang lain..YDP menjawab bajet kita lebih tertumpu kepada sampah dan pembersihan. Tetapi isu kawasan Hijau dan Taman Perhiasan hendaklah sama diberi perhatian. Tidak malukah kita jika dibandingkan Bangi dengan Subang Jaya, Shah Alam, apa lagi dengan Putrajaya?
e) Isu Pembinaan Kompleks Pengurusan Mayat Di Sungai Chua
Tapak disediakan sejak 1906, tetapi tidak dapat diteruskan kerana terdapat larian air di bawah tanah. Tapak perkuburan orang Cina ini dipindahkan ke Sungai Jelok. Tindakan Persatuan Hokkien Kajang mencadangkan Projek Pembinaan Kompleks Pengurusan Mayat ditentang (ada Memorandum Penentangan), kerana lokasi kini berada di tengah kawasan penduduk – Jln. Wan Siew, Sg. Chua, Kajang. Pembinan akan mengganggu ketenteraman dan menjadikan kawasan setempat tidak selesa. Kedua pihak Pencadang dan Pembantah menurut YDP akan dipanggil untuk mendengar pendapat kedua pihak sebelum dibuat kelulusan.
f). Kerja-Kerja Membaiki Jalan
- Menurap Jalan Simpang masuk Taman Kajang Baru dan Taman Indah Kajang Megah.
- Menurap jalan rosak dan mendap di jalan KB 8, Kampong Bangi, Pekan Bangi
- Menurap jalan rosak dan mendap di Jalan Kenanga, Kampong Sungai Ramal Luar
- Menurap jalan rosak dan mendap di Jalan Kenari 5, Jalan Kenari 6, Kg. Sungai Ramal Luar
- Menurap jalan rosak dan mendap berhampiran Surau Taman Jasmin, Kajang.
- Menurap jalan rosak dan mendap di Jalan Utama, Taman Bukit Kajang
- Menurap jalan rosak dan mendap di Jalan 14. Jalan Bukit Mewah
- Menurap jalan rosak dan mendap di Jalan Butika, Jalan Reko
- Menurap jalan rosak dan mendap di Jalan Tenaga 9, Taman Tenaga, Kajang
- Menurap jalan rosak dan mendap di Jalan Langat 2 dan Jalan Langat 6 Taman Seri Langat.
- Menurap jalan rosak dan mendap di Jalan 5A/5, Taman Langat Jaya.
- Menurap jalan rosak dan mendap di Jalan 2/1, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.
- Menurap jalan rosak dan mendap di Jalan 6A/5 dan Lorong 6A/4, Seksyan 16 BBB
- Menurap jalan rosak di Jalan ABIM, Kampong Sungai Ramal Dalam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment